≡ Menu

Berdiamlah Di Saat Anda Menerima Kejian

Seorang lelaki yang tidak sependapat dengan seorang murabbinya lalu ia datang bertemu dengan murabbinya lalu mengeluarkan kecaman dan kata-kata kasar dan kesat meluahkan kebenciannya kepada murabbinya.

Murabbinya hanya mendiamkan diri, mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata apa pun.

Setelah lelaki tersebut berlalu, murid yang melihat peristiwa itu segera bertanya;

“Mengapa Tuan Guru mendiamkan sahaja tanpa membalas makian dan kejian lelaki itu?”

Bening seketika, beberapa saat kemudian, Murabbi itu mula bertanya kepada murid nya;

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Jika ada seseorang memberikan kepada kamu sesuatu, tapi kamu tidak mahu menerimanya, lalu menjadi milik siapakah pemberian itu?”

Lalu jawab murid itu;

“Tentu sahaja menjadi milik si pemberi”

Tukas murabbinya dengan lembut;

“Begitu pula dengan kata-kata kasar itu”

“Kerana aku tidak mahu menerima kata-kata makian dan kejian itu, lantas aku mendiamkan diri dari menjawabnya, maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri. Tidakkah dia wajib mengerti dan menyedari, suatu hari nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia atau pun akhirat, kerana sikap buruk dan negatif yang muncul dari fikirannya, perasaannya, perkataannya dan segala perbuatannya hanya akan membuahkan penderitaan hidup yang akan di kembali ke atas dirinya pula, manakala kita? berbahagialah dengan pahala yang di beri percuma oleh yang maha pemurah dek kesabaran yang kita miliki!”

Demikianlah hati, berbahagialah dan damailah saat mereka mengejimu dan kamu di pihak yang benar.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel