≡ Menu

Bencana Terhalang Dengan Sedekah

Diceritakan oleh seorang Imam bahawa ada seorang lelaki yang mengalami masalah jantung dan perlu dibedah dengan segera di Jerman. Namun pembedahan tersebut berisiko kerana pembuluh darah jantungnya hampir tersumbat. Apabila dikhabarkan bahawa pembedahan tersebut hanya 50-50 akan berjaya, beliau benar-benar merasakan bahawa sudah tidak ada banyak peluang untuk hidup.

Lantas beliau meminta kebenaran untuk kembali kepada keluarga dan rakan-rakan buat beberapa hari (di Mesir), untuk berjumpa mereka dan meminta maaf – pertemuan tersebut mungkin menjadi pertemuan terakhir.

Pada suatu hari, ketika berjalan, beliau melihat seorang perempuan sedang mengutip sisa tulang yang dibuang oleh pemotong daging di suatu jalan. Lalu beliau bertanya,

“Apa yang sedang engkau lakukan”

“Aku mengutip tulang buat anakku, sudah dua tahun dia tidak merasanya”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Lalu beliau berkata kepada pemotong daging tersebut supaya membekalkan daging secukupnya kepada perempuan tersebut dan anaknya – beliau akan membayarnya sepanjang tempoh setahun.

Perempuan yang dibantunya mula berdoa kepada Allah agar lelaki tersebut diberikan kesihatan, dikabulkan segala doa dan keinginannya.

Lelaki tersebut kemudian kembali semula ke Jerman untuk melalui pembedahan jantung. Ketika melakukan pemeriksaan terakhir sebelum pembedahan, doktor terkejut dan bertanya,

“Hospital mana yang telah kamu pergi?”

“Tidak, aku tidak ke mana-mana hospital”

Apa yang terjadi?

Pembuluh darah jantungnya telah benar-benar terbuka, sehingga beliau tidak memerlukan sebarang pembedahan!

Kuasanya Allah yang telah menyembuhkan, berkat sedekah yang telah beliau lakukan.

Rasulullah SAW bersabda:

Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(HR. Imam At-Thabrani – disahihkan oleh Al-Albani)

Cerita ini bukan menunjukkan bahawa kita hanya perlu bersedekah apabila melalui kesusahan. Usaha untuk mengubati, berjumpa doktor, menerima rawatan masih diperlukan namun dalam masa yang sama bersedekah dan berdoalah kepada Allah, kerana hakikatnya Allah lah yang mampu mengabulkan apabila Dia berkata,

“Kun, fayakun”
(Jadi, maka jadilah!)

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel