Apabila anak-anak sakit, ada ibu-bapa yang mengambil jalan mudah dengan hanya membeli ubat-ubatan di farmasi berbanding membawa pemeriksaan ke klinik. Sudah menjadi kebiasaan kerana dianggap lebih mudah dan menjimatkan. Tetapi tahukah anda sikap sebegini boleh mengundang bahaya kerana anak-anak anda?
Perkongsian pengalaman oleh Doktor Yazeed Hair Johari ini diharap dapat membuka mata ibu bapa di luar sana. Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia akibat diberi ubat cirit birit oleh ibunya yang dibeli dari farmasi.
Setelah dilakukan pemeriksaan, ternyata ubat tersebut adalah untuk orang dewasa, bukannya untuk kanak-kanak di bawah usia 2 tahun. Sesal tiada guna lagi, kerana anak tersayang sudah tidak dapat diselamatkan. Ikuti perkongsian kes yang ditangani oleh doktor ini seperti di bawah.
KISAH BENAR UNTUK YANG SUKA BELI UBAT DI FARMASI.
Kisahnya si ibu kesian melihat anak yang sedang menanggung sakit perut dan cirit birit di rumah. Jadi ibu pun beli ubat di farmasi.
Hasil siasatan, ibu mengaku.. beli ubat di farmasi.. mungkin si ibu tak terangkan ubat itu untuk anak dia..
Jika si ibu berterus terang ubat itu untuk anaknya .. Tak mungkin Ahli Farmasi akan tetap menjual . Dan Ahli farmasi pastinya akan menasihati Ibu tentang bahayanya lomotil kepada kanak kanak .
Kemudian … Mungkin ubat itu dilarutkan dalam air dan diberikan pada anak nya .Maka anak dia pun telan lah ubat tu… Yang disangka penawar , Menjadi racun yang membawa maut tak semena. Tak Disangka …”Baru jer semalam main dengan kau nak , Hari ni aku kena tgk kau ditanam “ bisik hati ibu yang menangis tersesak esak
Kanak kanak berusia 2 tahun tadi , Akhirnya meninggal Dunia … disebabkan Hypoxia ( Respiratory Distress) Sesak nafas dan juga menyebabkan injury pada sel otak . Dek kerana Keracunan (Poisoning Lomotil)
Apakah itu Lomotil? Secara ringkasnya Lomotil itu Adalah sejenis ubat ceret beret . Yang selalu digunakan untuk orang dewasa .
Mengandungi :
1) Diphenoxylate hydrochloride 2.5 mg
2) Atropine sulfate 0.025 mg
AMARAN ! Tak sesuai untuk kanak kanak bawah 12 tahun.. nak aku ulang lagi ke ayat tu?Tu lah, aku kata banyak kali dah, hangpa suka-suka beli ubat sendiri.. Diagnos penyakit sendiri.. Google penyakit sendiri ..
“ Dosage “ tu tinggi satu hal, kandungan tak sesuai untuk umur 2 tahun satu hal. Mungkin ibu nak berjimat atau kesempitan wang ? Bukan menjadi Alasan !
Klinik kerajaan kan ada kenapa tak bawak pi sana? Umur 2 tahun, tak boleh ambil AntiDiarrhoeal, tak boleh ambil ubat anti ceret bawah 12 tahun. !!! Aku ulang Lagi !!!
Apa nak buat ? Kalau anak tu cirit teruk sangat, tak mahu minum air, muntah-muntah… badan lemah, tak aktif, bawa pergi hospital ..tak ada cara lain. Segera ! AKU KATA NOW!!!
Tapi , jika.. kalau cirit sikit-sikit, anak masih aktif, masih boleh minum dengan banyak. Tak ada demam..
Kalau malas pergi hospital , Korang boleh monitor dulu. Pastikan kerap beri air tak kira lah susu, ke ribena. Janji masuk air. Janji hidrasi badan cukup. Tapi sebaik-baiknya, dapatkan pemeriksaan awal di hospital….
Keracunan makanan, jangkitan usus, rotavirus , dysentry.. dan macam-macam lagi sebab yang berkemungkinan boleh membawa maut tanpa disangka. Kalau ada probiotik pun boleh kasi.
ORS – Oral Rehydration salt, berfungsi untuk penyerapan semula dan “Rehidrasi”
Smecta pun boleh juga ditambah dengan ORS.
Ingat , ianya bukanlah “ Gold Standard” Sebagai rawatan utama. Ia hanya dapat membantu dari segi pemulihan sahaja. Badan kita perlukan masa untuk menyahtoksin kotoran, jangkitan atau sebagainya .
Dalam masa tu yang paling penting adalah ”hidrasi”, tapi kalau dah makin melarat, anak makin tak aktif, makin lemah, tak mahu minum. Refer perenggan di atas. Bawa ke hospital segera! Kau jangan malas sangat .
APA YANG BERLAKU DI HOSPITAL ?
Doktor akan pastikan tahap hidrasi, masuk air melalui drip, jika ada demam, ujian darah, sampel najis dan macam-macam lagi ujian .
Kalau korang pergi farmasi, memang la diorang akan jual sebab, ada beberapa jenis ubat ubat yang boleh dijual tanpa preskripsi.. Lomotil diklasifikasikan sebagai Kelas C, boleh dibeli tanpa preskripsi .. kerana lomotil selamat untuk orang dewasa melainkan ada alahan/ alergi pada lomotil.
Tapi bila dah jadi apa apa, siapa yang kena tanggung ? Korang tanggung sendiri! Contoh korang sakit perut, pedih ulu hati, pergi beli ubat gastric, tapi sebenarnya jantung punca masalah, kau dah terlepas petanda bahaya di situ.
Pihak pharmasi boleh cadangkan ubat sesuai untuk gastritis, dos, bedasarkan apa yang korang komplen dan sebagainya. Tapi mereka tak boleh buat examination. Mereka hanya boleh beri ubat berdasarkan simptom sahaja.
So point aku kat sini, tak kira lah apa simtom, nak nak lagi kanak-kanak. Korang pergi check dulu , examination dulu, kalau korang nak juga beli di farmasi, ambil preskripsi dari doktor. Jangan ambil risiko.
Macam aku cakap, semalam dalam isu rotavirus tu, dehidrasi ekstrem pada kanak-kanak pun dah cukup membawa maut.. berkorban lah sedikit, pada kesihatan anak-anak.. Jangan ambil sambil lewa. Berbaloikah penjimatan tu?
Menyesal tak berguna lagi.. Ubat ni bukan suka-suka kau nak telan tau. Jangan kau ambil remeh. Bukan aku tak kasi beli ubat di farmasi, boleh beli, jumpa pegawai farmasi.. Sebab pegawai farmasi akan terangkan cara pengunaan dengan selamat .
Tapi aku nasihatkan , Seelok-elok nya.. PERIKSA dulu.. takut tertinggal beberapa simptom lain yang korang tak perasan .
KALAU KORANG PERGI KLINIK , dorang kasi ubat lomotil untuk kanak kanak kurang dari 12 Tahun , Korang cakap DR SAKA TAK KASI !
Sumber : Dr Yazeed Hair Johari