
Banyak kali tanam biji durian tapi tidak hidup? mari saya kongsikan teknik yang betul menyemai biji durian supaya semua tumbuh!
1. Sebaik makan durian, jangan buang biji, terus cuci bersih-bersih dan rendam dengan air biasa satu atau dua malam sahaja. Anda akan nampak akar mula keluar selepas direndam.
2. Jika biji durian direndam lebih dari 3 hari, atau dibiar di tempat yang panas/ terbuka, peratus hidup adalah rendah sebab biji durian menjadi ‘masak’ oleh haba.
3. Sebaik direndam 1-2 malam, terus semai. Ada beberapa cara menyemai biji durian. Pertama terus tanam dalam polibag bersaiz 7×10 menggunakan tanah kuning + top soil.
4. Cara lain ialah semai diatas pasir /karung terpakai atau cocopeat..boleh buat batas tempat semai, pastikan ada net hitam untuk melindungi cahaya matahari.
5. Atau semai dalam polibag besar saiz 16×18, guna media cocopeat 100%. Pastikan diletak dibawah net hitam, perlu cahaya matahari.
5. Selepas 1 bulan lebih, iaitu dah ada lebih kurang 3-4 daun keluar, boleh lah pindah ke polibag bersaiz 7×10. Selepas 1-2 bulan, anda boleh jual sebagai pokok penanti atau cantum dengan durian kegemaran anda seperti Musang King dan Duri Hitam.
Selamat mencuba – Sifudurian
Sumber: rentas.asia
