Sudah menjadi lumrah dalam kalangan anak-anak sulung apabila dikurniakan seorang adik baru, pasti akan ada rasa cemburu. Mana tidaknya, mak dan ayah mula tunjukkan perhatian yang lebih kepada adik baharu berbanding anak lain. Jadi, penting untuk ibu bapa jangan tersalah didik anak sulung kerana boleh menimbulkan karakter negatif kepada mereka lantas memberi pengaruh yang buruk kepada adik-beradik lain. Ini perkongsian dari pakar.
BAHAYA KALAU SALAH DIDIK ANAK SULUNG
Bahaya sebenarnya kalau salah didik anak sulung. Anak sulung ni memang banyak kelebihan antaranya mengikut kajian mereka ada IQ yang tinggi tetapi cara didik anak sulung yang salah boleh buatkan :
1. ANAK SULUNG JADI PEMARAH
– Mudah melenting dengan adik adik dan selalu tinggikan suara bila bersama adik adiknya
2. ANAK SULUNG JADI TERLAMPAU SENSITIF ( OVERSENSITIVE)
– Anak sulung jadi mudah menangis, mudah tersinggung dan sangat mudah merajuk hingga membuatkan mak ayah tertekan kerana setiap hari perlu memujuk
3. ANAK SULUNG JADI TERLAMPAU DOMINAN ( BOSSY)
– Anak sulung menjadi terlampau menguasai adik adiknya, tak suka berkongsi dan selalu gunakan kemarahan untuk menguasai
4. ANAK SULUNG BERUBAH PERANGAI ( FIRST BORN SYNDROME )
– Anak sulung tiba-tiba berubah perangai menjadi pendiam, suka memendam dan penuh amarah dalam hati sejak kehadiran adik beradik yang lain dalam keluarga. Ada juga kes anak sulung jadi mengasingkan diri daripada ibubapa dan ahli keluarga
5. ANAK SULUNG JADI JAUH HATI DAN SUKA MEMENDAM
– Anak sulung merasa tak disayangi dan tak penting di dalam keluarga. Mereka takkan bagitahu kita tapi mereka pendam senyap senyap hingga akhirnya mereka lepaskan dengan cara memberontak bila dah remaja nanti
6. GAGAL DALAM HIDUP MEREKA
– Anak sulung tak tahu nak capai apa dalam hidup mereka hingga buatkan hidup mereka menjadi rosak. Paling dasyat jika ianya sampai mempengaruhi adik adiknya yang lain.
Lagi perit bila anak sulung yang tak dididik dengan betul akan :
~ Mempengaruhi adik beradiknya yang lain sebab anak sulung adalah contoh ikutan adik beradiknya.
~ Kita sebagai ibu bapa jadi makin tertekan dan cemas dengan masa depan anak sulung kita.
Sumber: Dr. Ahmad Samhan via siraplimau.com