≡ Menu

Bagaimana Jika Terlupa Bilangan Puasa Yang Ditinggalkan

Bagaimana Jika Terlupa Bilangan Puasa Yang Ditinggalkan

Mereka yang meninggalkan puasa Ramadan sama ada dengan sengaja atau tidak, wajib ke atasnya untuk menggantikan puasa tersebut.

Walau bagaimanapun, jika insan tersebut tidak mampu menggantikan puasanya seperti disebabkan oleh sakit yang berpanjangan atau hamil dan menyusu, maka mereka perlu membayar fidyah.

Dalam situasi lain juga, terdapat segelintir yang mengeluarkan persoalan bagaimana pula jika terlupa bilangan hari yang tertinggal puasanya. Sama ada tertinggal sebanyak tujuh atau lapan hari, berapa bilangan sebenar yang perlu digantikan?

Dalam hal ini, jumhur ulama telah mengeluarkan beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk menggantikan puasa yang terlupa bilangannya.

Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan dalam menentukan bilangan hari untuk qada puasa tersebut, iaitu tahdidi dan taqribi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kaedah tahdidi ialah dengan menentukan harinya berdasarkan bilangan yang tepat. Taqribi pula ialah menggunakan anggaran berapa hari yang tertinggal.

Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Shinqiti berkata, kaedah taqribi ialah seperti berikut;

Was-was sama ada tertinggal puasa selama lapan hari atau sepuluh hari? Maka, dalam kaedah ini perlu mengambil bilangan tengah, iaitu sembilan hari.

Dalam hal ini, jika anda was-was akan puasa tersebut, perlu diambil dengan bilangan yang paling dekat. Menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk mencatat bilangan hari yang tertinggal. Banyak aplikasi yang ada yang boleh digunakan di peranti pintar anda jika anda tidak ingin mencatatnya pada kertas.

Namun, jika tetap terlupa juga, ambillah bilangan yang dirasakan pasti dan paling dekat dengan hari yang tertinggal.

Rujukan: Mufti Wilayah

 

Sumber: tzkrh.com 

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  4 Tips Bijak Membahagikan Masa Antara Kerja Dan Ibadah