≡ Menu

Bacaan Dalam Sujud Sahwi

Soalan :

Apakah bacaan yang dibaca olih Nabi saw ketika baginda sujud sahwi?

Adakah bolih membaca Subahana Man La Yanamu Wala Yashu seperti yang diamalkan olih kebanyakkan orang kerana ada yang mengatakan bacaan tersebut tidak ada dalam hadith maka dilarang membacanya?

Jawab :

Sujud sahwi adalah disyariatkan dengan nas hadith-hadith yang sahih dan hasan tetapi dalam hadith-hadith tersebut tidak menyebut apakah bacaan yang dibaca olih orang yang melakukan sujud sahwi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Contohnya hadith yang diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ

artinya : “Apabila seorang kamu syak di dalam solatnya tidak ia tahu adakah sudah ia solat tiga rakaat atau empat rakaat maka hendaklah ia tinggalkan apa yang ia syak itu dan ambillah atas apa yang ia yakini kemudian hendaklah ia melakukan sujud dua kali sebelum memberi salam.” (Hadith Muslim)

Dan diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. Rasulullah saw bersabda :

وإذَا شَكَّ أحَدُكُمْ في صَلَاتِهِ فَلْيَتَحَرَّ الصَّوَابَ، فَلْيُتِمَّ عليه، ثُمَّ لِيَسْجُدْ سَجْدَتَيْنِ

Artinya : “Dan apabila ragu seorang kamu pada solatnya maka hendaklah ia memilih yang betul kemudian sempurnakan atasnya kemudian hendaklah ia sujud dua kali sujud.” (Hadith Muslim)

Olih kerana tidak ada disebut dengan jelas apakah bacaan khusus ketika sujud dalam hadith-hadith berkenaan sujud sahwi maka ulamak berbeza pendapat atas beberapa pendapat.

BACA:  Adakah Memakai Cincin Ketika Solat Dikira Berlapik?

Pendapat jumhur ulamak ialah sunat dibaca akan bacaan tasbih yang sama sebagaimana bacaan tasbih dalam sujud solat yaitu bacaan سبحان ربي الأعلى

Berkata Imam Nawawi :

” سُجُودُ السَّهْوِ سَجْدَتَانِ بَيْنَهُمَا جَلْسَةٌ , وَيُسَنُّ فِي هَيْئَتِهَا الافْتِرَاشُ ، وَيَتَوَرَّكُ بَعْدَهُمَا إلَى أَنْ يُسَلِّمَ , وَصِفَةُ السَّجْدَتَيْنِ فِي الْهَيْئَةِ وَالذِّكْرِ صِفَةُ سَجَدَاتِ الصَّلاةِ . وَاَللَّهُ أَعْلَمُ ”

Artinya : “Bermula sujud sahwi itu dua kali sujud yang antara keduanya ada duduk. Disunatkan keadaan duduknya duduk iftirasy dan disunatkan ia duduk tawarruk selepas dua sujud sebelum salam. Dan sifat dua sujud ini pada rupa dan bacaan ialah seperti sifat sujud solat.” (Al-Majmu’ Syarah Muhazzab)

Berkata Syeikh Zakaria Al-Anshori :

وَكَيْفِيَّتُهَا كَسَجْدَتَيْ الصَّلاةِ ، يَجْلِسُ مُفْتَرِشًا بَيْنَهُمَا ، وَيَأْتِي بِذِكْرِ السُّجُودِ لِلصَّلاةِ فِيهِمَا ” انتهى
Artinya : “Dan cara sujud sahwi itu sama seperti sujud bagi solat. Duduk iftirasy antara keduanya dan membaca zikir sujud solat pada keduanya.” (Asnal Matholib)

Dan setengah pendapat mengatakan tidak dibaca apa-apa kerana beramal dengan zahir hadith.

Dan setengah ulamak berpendapat ketika sujud sahwi sunat seorang itu berdoa kerana sujud itu tempat bagi doa.

Abu Hurarirah r.a. berkata Nabi saw bersabda :

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ العَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ ، فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

Artinya : “Yang paling hampir seorang hamba itu dari Tuhannya ialah ketika dia sedang sujud. Maka hendaklah kamu memperbanyakkan berdoa.”(Hadith Muslim)

Dan setengah ulamak mengatakan dibaca di dalam sujud sahwi itu akan bacaan سبحان من لا ينام ولا يسهو artinya : Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.

Berkata Dr Wahbah Zuhaily :

وحكى بعضهم أنه يندب أن يقول فيهما: (سبحان من لا ينام ولا يسهو) وقال بعضهم: والظاهر أنه كالذكر (التسبيح) في سجود الصلاة

BACA:  Ukuran Waktu Berbuka Bagi Orang Musafir

Artinya : “Dan telah menyebut sebahagian ulamak bahawasanya disunatkan berkata pada kedua sujud itu akan ‘سبحان من لا ينام ولا يسهو‘ manakala berkata sebahagian ulamak yang zahirnya ialah bacaannya seperti bacaan tasbih pada sujud solat.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Dan tersebut pada kitab Al-Fiqhu ‘Ala Mazahibil Ar’ba’ah :

وإذا كان سببه السهو يحسن أن يقول في سجوده: سبحان الذي لا ينام ولا يسهو، أما إذا كان عمداً، فيحسن أن يستغفر الله في سجوده

Artinya : “Dan apabila adalah sebab sujud sahwi itu kerana lupa maka elok bahawa dibaca dalam sujudnya itu akan ‘سبحان من لا ينام ولا يسهو’. Adapun jika sujud sahwi kerana sengaja tinggal maka elok bahawa istighfar ia akan Allah dalam sujudnya.” (Juz 1 m.s. 409)

Berkata Syeikh Khatib Syarbiny :

وحكى بعضهم أنه يندب أن يقول فيهما: سبحان من لا ينام ولا يسهو” قال: “وهو اللائق بالحال، قال الزركشي: إنما يتم إذا لم يتعمد ما يقتضي السجود، فإن تعمده؛ فليس ذلك لائقًا، بل اللائق الاستغفار”

Artinya : “Dan menyebut olih setengah ulamak bahawasanya disunatkan membaca ‘سبحان من لا ينام ولا يسهو’ dan berkata mereka itu ialah yang layak dengan keadaan. Berkata Imam Zarkasyi : Hanyasanya elok ia apabila bukan sengaja melakukan perkara yang menghendakki kepada sujud sahwi. Maka jika sengajanya maka yang demikian itu tidak layak bahkan yang layak dengan keadaan ialah mengucapkan istighfar.’ (Kitab Mughni Muhtaj)

KESIMPULAN

Para ulamak tidak sepakat pada bacaan yang disunatkan ketika di dalam sujud sahwi.

Ada yang berkata dengan sunat membaca tasbih sama seperti dalam sujud biasa bagi solat dan ada yang mengatakan diam sahaja dan ada yang mengatakan memperbanyakkan doa dan ada yang mengatakan membaca ‘سبحان من لا ينام ولا يسهو’ dan lain-lain lagi.

BACA:  Kelonggaran dalam solat sunat orang musafir

Pendeknya siapa yang sujud sahwi kemudian dia mengikuti mana-mana satu pandangan ulamak di atas maka solatnya sah dan tidak batal.

Berkenaan bacaan ‘سبحان من لا ينام ولا يسهو’ tidak ada ulamak muktabar yang melarangnya bahkan jika seorang itu hendak membaca apa jua tasbih yang lain atau doa-doa yang ia suka maka hukumnya adalah harus.

Wallahua’lam

 

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel