≡ Menu

Bab Besarkan Anak, 10 Bahasa Dosa Ini Ketika Bercakap Penyebab Anak Jadi Degil


Sepanjang membesarkan anak, ada perkara-perkara yang selalunya ibu bapa terlepas pandang sehingga kita tak perasan ia juga doa yang ‘tak disengajakan’.

Selalunya ibu bapa akan berkata, rasanya apa anak nak semua dah bagi tapi kenapa degil dan sikapnya tak seperti yang diharapkan. Ingat dalam berbicara dan setiap yang keluar dari mulut ibu bapa itu dianggap doa.

Seperti yang dikongsikan oleh Puan Noraliza Alwi, bab besarkan anak; Ada 10 “Bahasa Dosa Dalam Berbicara”, menurut Dr. Azlina Roszy Mohamad Ghaffar Pakar Psikologi Klinikal, Hospital Pakar An-Nur.

Penyebab Anak Degil Dan Bermasalah Yang Perlu Dielakkan Ketika Bercakap Dengan Anak.

#1 Bahasa Melaknat

Contohnya, sumpah, maki hamun, menggunakan perkataan yang buruk.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Anak yang ditengking dan dimaki cenderung sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious ataupun seorang yang kurang keyakinan diri.

#2 Bahasa Menyindir (Sarcasm)

Contoh ayat; “
“Asyik-asyik mintak duit je”
Kamu ingat ayah ni kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang direct namun tidak mengguris.

#3 Bahasa Berdusta/Menipu

Contoh ayat;
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim.” (Tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)

“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.” “Jangan main kat situ, ada hantu.”

Ayat-ayat di atas biasa diucapkan untuk diamkan anak pada masa itu. Namun kesan panjangnya masuk dalam kepala hati anak, dan boleh membentuk emosi negatif pula.

BACA:  Gusi Bayi Perlu Dijaga Walaupun Belum Tumbuh Gigi. Ini 8 Tips Penting!

Terbaiknya usahlah berbohong kepada anak. Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

#4 Bahasa Menemplak

Contohnya, “Padan muka.” “Tu lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

#5 Bahasa Membandingkan

Contoh ayatnya;
“Cuba kamu tengok abang, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu ni, asyik nak main je.”

“Kenapalah kamu ni tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot je.”

Perbuatan melebihkan anak-anak tertentu (favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed.

Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak.

#6 Bahasa Mengkritik/Membebel

Yang ni mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri.

Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas janji mereka faham. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

#7 Bahasa Mengungkit

Contohnya, “Kenapa result teruk macam ni? Buat penat je ayah/ibu hantar pergi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga.”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

#8 Bahasa Mengugut

Contohnya, “Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.” “Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.” “Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”

BACA:  Subhanallah! Cukur dan timbanglah rambut anak ketika lahir 7 hari. Tak Sangka ini hikmahnya.

Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan untuk terapkan disiplin.

#9 Bahasa Menuduh

Contohnya “Macam mana barang boleh hilang? Ni mesti tadi kamu cuai masa main sampai tercicir.” “Kenapa adik menangis ni? Abang/kakak buat ya?”

Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis.

Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

#10 Bahasa Bisu (Silent Treatment)

Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.

Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan.

Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.

Sama-samalah kita perbaiki yang salah. InsyaAllah ❤️

Sumber: Noraliza Alwi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel