
Seorang klien datang bertemu saya untuk urusan faraid suaminya. Seperti biasa saya akan minta dokumen berkaitan untuk urusan permohonan. Semua dokumen harta diserahkan kecuali salinan geran sebidang tanah yg mana arwah suaminya adalah salah seorg penama dlm geran tersebut. Geran asal tanah tersebut dipegang oleh adik-beradik arwah suami sebaik sahaja suami meninggal dunia.
Saya diberitahu keluarga arwah suaminya tak bagi isteri uruskan tanah tu sebab mereka ingat mereka juga ada hak nak tuntut tanah tersebut. Tapi bila ditanya katanya arwah suami tak ada buat wasiat ataupun hibah. Fakta tambahan, mereka ada 2 org anak lelaki dan 2 org anak perempuan.
Apa isu dan pengajaran yg boleh diambil dari kisah di atas?
- Masih ramai yg tak tahu siapa yg boleh mewarisi harta pusaka dari bahagian faraid. Isteri tu pun tak tahu, keluarga suami pun tak tahu. Kita tak kata keluarga arwah suami tamak. Tapi mungkin mereka mmg tak tahu dan ada salah faham.
- Anak lelaki dan anak perempuan dpt bahagian asobah (baki) drp faraid maka adik-beradik arwah suami tak ada hak ke atas faraid melainkan jika pasangan suami isteri tersebut tiada waris ataupun hanya ada anak perempuan sahaja barulah adik-beradik boleh tuntut.
- Ramai yg terlupa, isteri bukan sahaja ada bahagian faraid ke atas harta pusaka tersebut, malah ada hak harta sepencarian ke atas tanah tersebut sekiranya tanah tersebut diperolehi oleh arwah suami semasa dlm tempoh perkahwinan.
- Ibu dan bapa arwah suami (sekiranya masih hidup) juga adalah waris fardhu kepada harta pusaka tersebut.
- Setelah berlaku kematian, waris utama yg terdekat digalakkan untuk memohon Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah. Tujuannya supaya jelas siapa sebenarnya yg berhak mewarisi, apa hubungan dgn si mati dan berapa bahagian dalam faraid. Ini penting supaya tidak berlaku salah-faham, tersilap pembahagian dan berlaku keciciran waris2 yg sepatutnya berhak.
Setelah dinasihatkan, si isteri bersetuju utk berbincang dgn keluarga arwah suami bagi menguruskan harta pusaka suaminya termasuklah tanah tersebut. Menariknya, keluarga suami memberi kerjasama kerana katanya mereka memang tak tahu bahawa adik-beradik suami sebenarnya tiada bahagian dlm faraid tersebut.
Alhamdulillah. Selesai satu masalah pertikaian pusaka. Perang mulut akibat kejahilan tidak akan berkesudahan jadi kita selesaikan dengan ilmu, kerana lumrah manusia akan memusuhi sesuatu yg dia tidak ketahui.
Tiada masalah yg tiada penyelesaian. Dapatkan bantuan dari yg ahli dlm bidang tersebut. Ketahui siapa waris faraid kita, berapa bahagian faraid yg sepatutnya kita akan dapat, siapa yg terhalang untuk mewarisi, bagaimana cara pembahagian supaya kita lebih bersedia untuk merancang harta dan menguruskan harta pusaka kita kelak.
Sumber: Roslina Sabiyah & Co.