≡ Menu

“Ada Tanda-Tanda Awal Kita Berjaya Kekang Penularan Covid-19” – Dr Noor Hisham

”Ada Tanda-Tanda Awal Kita Berjaya Kekang Penularan Covid-19” – Dr Noor Hisham

Terdapat tanda-tanda awal kita berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 berdasarkan laporan graf daripada Malaysian Institute of Economic Research (MIER), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut Dr Noor Hisham, Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama menunjukkan terdapat sedikit garisan mendatar di dalam graf kes sekaligus memberi bayangan tanda-tanda awal langkah ini berjaya.

”Tindakan kita dalam tempoh dua minggu dalam MCO kita lihat garisan warna biru, jadi kes kita tak naik secara mendadak tetapi ada sikit mendatar.

”Jadi nampak daripada graf ini ada kejayaan ataupun tanda-tanda awal kita berjaya dalam tindakan kita untuk melaksanakan MCO.

Oleh itu, di dalam fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini sehingga 14 April, kementerian akan meningkatkan usaha mengawal penularan Covid-19 terutamanya di kawasan zon merah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

”Jadi kita harap fasa kedua kita dapat mempertingkatkan strategi dan aktiviti-aktiviti kita terutamanya di hotspot-hostpot yang telah dikenal pasti,” kata beliau.

”Ada Tanda-Tanda Awal Kita Berjaya Kekang Penularan Covid-19” – Dr Noor Hisham

Pada masa yang sama, Dr Noor Hisham menasihatkan seluruh rakyat Malaysia untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan kekal berada di dalam rumah dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

 

Sumber: siakapkeli.my 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Hibah TH sejak 2014 Langgar Akta Lembaga Tabung Haji - Mujahid