Anda mungkin pernah mendengar tentang restoran Korea halal yang sah di Seoul, Eid Halal Korean Food ; mereka juga ada sebuah rumah tumpangan (guesthouse) yang memenuhi keperluan pelancong Islam! Berikut adalah 6 sebab untuk meyakinkan anda mengapa Eid Guesthouse sesuai untuk penginapan anda di Seoul.
- Eid Guesthouse terletak hanya 2 minit dari restoran Halal mereka
Anda boleh makan makanan asli Korea sebelum anda bersiar-siar di siang hari dan makan malam semasa anda kembali. Restoran mereka antara yang wajib dikunjungi bagi setiap pelancong Islam yang melancong ke Korea.
Tempat di mana anda bole makan Bulgogi halal tanpa ragu-ragu dan terbaik di seluruh Korea. Selain itu, mereka juga menyediakan semua hidangan mereka tanpa MSG! Mereka menggunakan bahan semulajadi seperti buah pir untuk memberikan Bulgogi rasa yang semulajadi.
- Eid Guesthouse juga dekat dengan Seoul Central Mosque
Anda dapat menghadiri solat Jumaat pada hari Jumaat dan merasai suasana bersembahyang yang berbeza di Masjid ini. Ia juga merupakan salah satu tarikan di Itaewon . Walaupun ia kebanyakannya dipenuhi dengan orang asing, anda dapat melihat beberapa orang Muslim Korea dari semasa ke semasa.
Anda mungkin dapat melihat seorang Muslim Korea terkenal, Olabora Song, yang mengajar bahasa Arab di masjid
- Peraturan ketat terhadap alkohol (dan tanda bahasa Inggeris!)
Eid guesthouse mungkin satu-satunya guesthouse yang mempunyai peraturan ketat terhadap alkohol sehingga anda akan merasa lebih selamat tinggal di sini berbanding dengan yang lain. Selain itu, peraturan mereka semua ditulis dalam Bahasa Inggeris supaya anda selesa. (Terutama dengan budaya kitar semula yang ketat di Korea)
- Kedai / kafe yang unik di kawasan kejiranan
Jalan bersebelahan dengan Eid Guesthouse dipenuhi dengan kedai kulit (leather shop), kedai makanan dan kafe. Lokasi membuat foto Instagram yang baik. (Terutama dalam musim sejuk apabila salji jatuh!)
Terletak bertentangan dengan restoran Eid dan 1 minit dari guesthouse, Entropy Coffee merupakan untuk segelas latte vanila.
Selain itu, di Itaewon terletak satu stesen sebelum Noksapyeong di mana anda akan melihat beberapa seni jalanan dan kafe yang paling indah.
Syarikat Honey Honey adalah kedai tersembunyi jika berjalan-jalan sekitar Noksapyeong. Jika anda ke sini, cubalah rasa mereka punya lavender lemonade. Rasa lavender yang sedikit memberikan masam mana di dalam air lemonade.
Nota: Entropy Coffee dan Seoul Honey Company menjual alkohol juga. Lawat & menjamu selera mengikut budi bicara anda sendiri.
- Cenderamata yang cantik
Perlukan cenderahati untuk keluarga dan rakan-rakan? Eid mempunyai koleksi cenderahati dari beg Korea ke cermin yang boleh anda beli di kawasan lounge.
Berkoleberasi dengan jenama hijab pertama di Korea, AZFEZA, Eid Guesthouse juga menjual tudung yang dibuat di Korea.
- Belajar masak masakan Korea
Eid guesthouse ada menjalankan kelas memasak yang anda boleh mendaftar. Menu untuk kelas memasak termasuk Ddeokbokki dan Pajeon (Korea Pancake). Anda juga boleh meminta untuk belajar hidangan lain tetapi mereka tertakluk kepada ketersediaan.
Kelas memasak diadakan di restoran Eid sebelum waktu buka kedai makan mereka. Anda boleh melihat video bagaimana membuat Ddeokbbokki (kek beras pedas) seperti yang diajar oleh Chef Hyunwoo.
Maklumat tambahan mengenai bilik mereka – Eid mempunyai pelbagai jenis bilik dari bilik gaya asrama untuk lelaki dan perempuan dan bilik peribadi untuk keluarga 4 hingga 6 orang. Para tetamu juga dialu-alukan untuk menggunakan dapur mini mereka untuk memasak. Sarapan bijirin, roti dan susu disediakan di kawasan dapur.
Alamat: 67-20, Usadan-ro 4-gil, Yongsan-gu, Itaewon, Seoul, Korea Selatan 140-824
Cara untuk ke sana:
Untuk info yang lebih terperinci, lihat halaman Facebook mereka.
Klik sini untuk menempah penginapan anda di Eid Guesthouse.
Tip : jika anda mempunyai beg berat dengan anda, sebaiknya anda mengambil teksi kerana guesthouse terletak di atas bukit agak sukar menyeret beg berat.
Sumber : Have Halal Will Travel