≡ Menu

5 Cara Suami Melayan Isteri – Ramai Suami Tidak Tahu, Kongsikan Kepada Suami

Untuk suami-suami di luar sana, bukan wang ringgit yang isteri mahu. Anda tersilap jika memanjakan isteri dengan wang ringgit dan intan permata. Walaupun ia adalah satu ‘bonus‘, isteri sebenarnya menginginkan perkara lain.

Bagaimanakah cara suami melayan isteri, dengan perkara yang betul-betul isteri mahu? Jangan hanya mahukan isteri yang goda suami, suami juga perlu mainkan peranan. Cara suami melayan isteri perlu dengan penuh kelembutan.

Mari kita kupaskan berkenaan isu apa isteri mahu dari suami? Atau dalam Bahasa Inggerisnya, “What woman wants from their husband?”. Sebenarnya, ramai sudah tahu. Malah selalu mempraktikkannya pada awal perkahwinan. Samada buat-buat lupa atas sengaja malas mahu melayan isteri sebaiknya.

Bagaimana dengan sekarang?

CARA SUAMI MELAYAN ISTERI

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
  • SELALU PELUK DAN CIUM

Andaikan anda sedang memcuci pinggan di sinki dapur. Apa perasaan seorang isteri jika suami memeluk ada dari belakang?

Tipu kalau anda kata tidak teruja. Pelukan spontan sebeginilah yang isteri cari. Bukan pelukan dan ciuman hanya di atas katil dan ranjang. Besar perbezaanya. Ini baru betul cara suami melayan isteri!

Pada suami-suami di luar sana, rajin-rajinlah cium isteri, hatta ketika menonton televisyen bersama anak-anak.

  • BERI PERHATIAN PADA PERUBAHAN KECIL ISTERI

“Dengar, dengar, dengar”, “Listen, listen, listen”. Kenapa susah sangat suami nak luangkan masa dengar cakap isteri. Isteri tidak perlukan sebarang komen. Hanya dengar sahaja apa yang ingin diluahkan.

Acapkali suami memintas isteri yang sedang asyik dan bersungguh-sungguh bercerita tentang sesuatu perkara. Ini sangat menjengkelkan isteri. Bagi suami yang tidak faham kenapa isteri muncung, bacalah buku Men Are from Mars, Women Are from Venus dari John Gray.

BACA:  “Isteri Ini Amanah Allah Untuk Kita Pimpin Ke Syurga, Bukan Suka Kita Jaga, Tak Suka Ceraikan”- Ustaz Ebit

Ketahui perubahan yang kecil pada isteri. Kena pandai baca dan lihat apa yang berbeza hari ini. Contohnya, bila isteri potong rambut, dia sebenarnya mahu suami puji. Bila rumah kemas, dia sebenarnya mahu suami luahkan dengan kata-kata yang rumah sudah tidak bersepah lagi.

Bila makan sedap, dia seronok jika suami tambah lagi. Mudah sebenarnya untuk ketahui cara suami melayan isteri, jika tahu apa yang isteri mahu.

  • HARGAI ISTERI, ATAS PENGORBANANNYA

Bila tiba hari-hari penting seperti ‘anniversary‘, hargailah isteri dengan memberikannya hadiah. Bukannya isteri mahukan yang mahal-mahal. Hadiah kurang RM10 yang dibeli dari ‘Memory Lane’, ‘Daiso’ atau ‘Hinode’ (sekadar menyebut beberapa kedai), isteri akan terima dengan senang hati. Kad ucapan pun sudah memadai.

Bukan harga barangan itu yang membuatkan isteri gembira, tapi nilai penghargaan oleh suami pada isteri yang tiada tandingan. Jika suami mahu berikan emas, intan, permata atau telefon bimbit baru, apa salahnya? Isteri terima sahaja dengan hati terbuka.

  • BERIKAN NAFKAH BATIN YANG SECUKUPNYA

Jangan ingat nafkah batin itu cuma atas katil sahaja. Bukan juga perkara yang dimomokkan untuk malam pertama. Ia sebenarnya lebih daripada itu.

Tugas suami ialah memberi perlindungan pada isteri. Bukan pada saat isteri memerlukan sahaja, tetapi pada setiap masa dan ketika. Isteri akan terasa lebih disayangi apabila dilindungi.

Selain dari perlindungan, isteri juga mahukan bimbingan dari suami. Bukan dengan cara menyindir, tapi dengan menasihati isteri dalam konteks Islam yang sebenar.

Ingat, bimbingan ini adalah salah satu ‘nafkah batin‘ yang sering disalah tafsir oleh ramai orang. Nafkah batin, bukan sekadar nafkah di tempat tidur. Kami ulang sekali lagi.

BACA:  Selalu pasang aircond ketika anak tidur? Tak sangka bahaya sampai anak kena bedah

Nafkah batin juga termasuk apabila suami mengajarkan isteri dan menyemak bacaan Al-Quran, suami bercerita tentang kuliah di masjid dan bermacam-macam lagi.

Apabila saling nasihat-menasihati, rumah tangga harmoni.

  • AJAK ISTERI BERCUTI

Bukannya percutian ‘exotic‘ yang isteri mahukan. Bukannya mahukan percutian mewah di London, Paris atau New York. Destinasi tempatan seperti Langkawi dan Kota Kinabalu pun sudah cukup. Bandung pun boleh juga. Dengan tiket kapal terbang yang semakin murah dari Air Asia dan Malaysia Airlines, pelbagai destinasi dapat dilawati dengan penerbangan yang sekadar mengambil masa kurang 3 jam.

Untuk suami yang tidak mempunyai bajet besar, isteri tidak kisah jika suami bawa ke ‘picnic‘ sama-sama satu keluarga. Lokasi seperti Port Dickson dan Ulu Bendul (sekadar menyebut beberapa lokasi) pun sudah cukup. Isteri hanya mahukan masa suami, bukannya kemewahan dengan tidur di hotel 5 bintang.

Itu bukan bermakna isteri tidak mahu menaiki kapal terbang. Jika ada bajet lebih, apa salahnya bawa isteri dan anak-anak naik Air Asia atau Malaysia Airlines? Sekali-sekala sahaja, bukannya selalu.

Kalau tak dapat bawa pergi pulau yang cantik-cantik, bawa ke tempat menarik di serata Malaysia juga sudah cukup.

AKHIR KATA

Banyak perkara yang berlegar-legar di kepala isteri. Ada kalanya, dia malu untuk beritahu suami. Suami kena pandai menafsirkan apa sebenarnya yang isteri mahu. Jika layanan yang baik diberikan pada isteri, sudah tentu dia akan jaga suami dengan sebaiknya.

Kalau rasa ilmu masih belum cukup di dada, boleh rujuk Panduan Munakahat dari JAKIM. Macam-macam ilmu boleh kita pelajari. Jika ada masa terluang, rajin-rajinkanlah diri untuk menyertai kuliah di masjid-masjid berdekatan.

 

Sumber: karteldakwah.com 

BACA:  Anak Yang Rapat Dengan Ayah Punyai IQ Lebih Tinggi. Ini Buktinya!
Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel