Khasiat berwuduk sebelum tidur

thumbs

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra). Berwuduk mempunyai manfaat yang …Read more

Cerita Lapar, Roti Canai dan Zakat

thumbs

Bismillah. Saya telah memeluk Islam pada usia 16 tahun ( saya bagi tahu, sebab kawan-kawan baru mungkin tak tau ). Ketika itu, selalunya saya memilih makan di luar kerana hendakkan makanan yang diyakini halal. Sekali-sekala saya beli makanan balik rumah, supaya boleh makan di rumah bersama mak. Tak mahu kelihatan ketara tidak makan di rumah. …Read more

Suami tak boleh paksa isteri keluar kerja

thumbs

Memetik artikel Pengerusi Himpunan Ustaz dan Pendakwah Dr Zaharuddin Abdul Rahman menerusi www.zaharuddin.net bertajuk Hukum Wanita Bekerja Dengan Keputusan Fiqh Dunia menyatakan Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya. Keharusan ini termasuk dalam umum sebagai firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian …Read more

Waktu solat menurut Al-Quran dan Sains

thumbs

Solat menjadi Ibadah utama seorang muslim, kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi langsung seorang hamba dengan Tuhannya. Banyak hikmah di dapati berkaitan perintah solat ini. Baik secara kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi hikmah yang lain. Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima) waktu. Rahsia ini terungkap berdasar beberapa kajian …Read more

Membela Rasulullah SAW

thumbs

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi serta segala yang berada antara keduanya. Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Rasulullah dan para sahabat. Allahumma Sholli a’laih wasallam wa a’la aalihi washohbihi ajmain. Sebagai umat Islam, kita sedar bahawa kita meyakini bahawa Allah SWT …Read more

Wanita solehah permata suami

thumbs

Allah SWT mengurniakan keupayaan intelektual dan kognitif untuk berfikir kepada makhluk-Nya bergelar manusia. Dengan kemampuan itu, manusia diberikan kebebasan membuat pilihan, mahu taat dan patuh secara sukarela, atau mengingkari seruan mentauhidkan Allah serta tahu akibatnya. Kapasiti menggunakan akal dianugerahkan Allah yang akan membezakan manusia dengan makhluk lain. Malaikat dikurniakan akal tanpa nafsu, menjadikan mereka makhluk …Read more

Kelebihan solat 5 waktu terutama Subuh

thumbs

Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan – perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) …Read more

Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah

thumbs

Hari ini Kalam Abu Musaddad ingin berkongsi dengan pembaca budiman berkaitan dengan adab-adab ketika berbuka puasa menurut sunnah. Di mana Rasulullah SAW telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah: 1. Membaca doa Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca : Hilanglah segala …Read more

Tujuh Nama Lain Mekah Dalam Al Quran

thumbs

Mekah al-Mukarammah merupakan kota tertua dunia dan tempat permulaan Islam. Allah SWT menyebut dalam Al Quran tentang Mekah. Terdapat tujuh nama lain Mekah dalam Al Quran. 1. Makkah, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan Dia­lah yang mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah. Setelah Allah memenangkan …Read more

Rai Bulan Rasulullah: Doa Mudah Dimakbulkan Dosa Diampunkan

thumbs

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan …Read more

Urus masa dalam Islam

thumbs

PEPATAH Arab menyebut, ‘Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya , maka ia akan memotong kita.’ Ini menggambarkan kepada kita bahawa masa itu sesuatu yang sangat penting dan amat berharga. Sehinggakan dalam kehidupan kita ada ungkapan masa itu ibarat emas. Masa sebenarnya adalah nyawa kerana apabila kita diberikan peluang untuk terus bernafas, kita sebenarnya …Read more

Giliran Bashar al Assad semakin hampir

thumbs

Samada disengajakan atau tidak, tidak ramai rakyat Malaysia yang mengetahui atau tidak mengambil tahu tentang apa yang sedang berlaku di Syria sekarang. Presiden Bashar al Assad (Presiden sekarang) telah bertindak semakin kejam bagi mempastikan kekuasaan yang diwarisi oleh ayahnya Hafez al Asad sejak 11 tahun yang lalu terus berkekalan. Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac …Read more

Jaga 7 Sunnah Rasul

thumbs

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa …Read more

Buat si cerdik yang berfikir panjang

thumbs

Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa mengkehendaki balasan dunia, nescaya kami berikan bahagian dari balasan dunia ini kepadanya. Dan barangsiapa mengkehendaki balasan akhirat, maka kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu. (Surah ali ‘Imran ayat 145)

Fadhilat Puasa Sunat Asyura’

thumbs

Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah …Read more

Merebut kelebihan bulan Muharram

thumbs

ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36) Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar …Read more

Bahaya fitnah dalam hidup

thumbs

SEBAGAI manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat. Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak berada dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak menunaikan tuntutan sebagai manusia. Orang yang …Read more

Semua Rezeki Datangnya dari Allah SWT

thumbs

Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk. Mahfum Firman Allah (Saba’:24) Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata. Mahfum …Read more

2 ancaman suka lengah bertaubat

thumbs

MANUSIA dilahirkan dalam keadaan fitrah tetapi kerana perbuatannya sendiri yang berlawanan dengan acuan ajaran Islam atau perintah Allah, maka terpalit dosa. Kita sebagai manusia biasa harus menerima hakikat kita tidak pernah terlepas daripada kesalahan serta kekhilafan yang dipengaruhi oleh suasana lingkungan, bisikan syaitan dan kehendak nafsu. Disebabkan itu, apabila melakukan kesalahan, kita perlu segera bertaubat. …Read more

Ananiyah – Kanser yang sukar diubati

thumbs

Di antara penyakit yang paling sukar diubati di kalangan umat Islam kini ialah penyakit ‘ananiyah’ yang membarah di dalam diri. Ananiyah (aku dan keakuan) adalah penyakit hati yang lebih mementingkan urusan atau kepentingan peribadi dan tidak peduli dengan kepentingan orang lain. Mereka melihat sumbangan orang lain hanya dengan sebelah mata dan dan mengambil tindakan yang …Read more