Panduan Puasa – Syarat-syarat Wajib Puasa

July 24th, 2011 | 8:38 pm | Ibadah | 3 responses

Apa maksud syarat-syarat wajib puasa?

Iaitulah syarat-syarat yang menjadikan seseorang itu wajib berpuasa, yakni jika sempurna syarat-syarat yang dimaksudkan itu pada seseorang wajiblah atasnya berpuasa, tidak harus ia meninggalkannya. Namun jika tidak sempurna (yakni ada di antara syarat-syarat yang dimaksudkan itu tidak terdapat padanya), tidaklah diwajibkan ia berpuasa.

Apa dia syarat-syarat wajib puasa tersebut?

1. Baligh; iaitu sampai umur seseorang itu dibebani dengan kewajipan Syarak. Tidak wajib puasa ke atas kanak-kanak yang belum baligh, namun digalakkan berpuasa jika telah mumayyiz. Tanda-tanda baligh ialah;

  • Keluar mani apabila telah berumur 9 tahun; sama ada ketika tidur (yakni bermimpi) atau ketika jaga (dengan berjimak, khayal atau sebagainya).
  • Kedatangan haid; tanda khusus bagi wanita.
  • Mengandung; tanda khusus bagi wanita.
  • Berumur 15 tahun; apabila seseorang itu sampai umurnya 15 tahun, otomatik ia dianggap telah baligh walaupun belum berlaku tanda-tanda tadi (yakni keluar mani, kedatangan haid dan mengandung). (Mughni al-Muhtaj, bab al-Hajr, 2/227).

2. Berakal; tidak wajib puasa ke atas orang gila atau tidak siuman.

3. Tidak ada keuzuran; iaitu kelonggaran yang ditetapkan syarak yang menggugurkan kewajipan puasa dari seseorang. Keuzuran ini ada dua jenis; a) Keuzuran yang menegah dari sahnya puasa b) Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa.

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(3)

  1. 1

    kanak2 belum baligh tak wajib puasa tpi kalau mereka bepuasa adakah mendapat pahala atau dikira tiada mendapat apa2

  2. 2

    Puasa merosakkan badan seperti perut sakit, kelaparan, kehausan dan badan lemah. Keadaan ini menyebab kerja lambat dan kurang productiviti. Puasa sesuai untuk orang yang tiada kerja dan orang miskin. Pada zaman modern ini yang penuh saingan haruslah kita lebih rajin dan bertenaga sepanjang masa. Janganlah percaya ajaran kuno yang tidak sesuai dizaman ini.

    • 3

      Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

      ” Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa..“

      Ayat ini bukti puasa adalah perintah Allah bukan amalan kuno …moga bertaubat dan mendpt hidayah..

      http://waksab.blogspot.com/2011/08/kebaikan-berpuasa-dari-sudut-sains.html

Leave a Reply

CommentLuv badge