Hukum Bercumbuan Tanpa Zina
March 8th, 2011 | 6:52 am | Akidah, Soal Jawab Agama | 26 responses
Soalan: Assalamualaikum..sy nak tanya, apakah hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? adakah dosa keterlanjuran ini sangat berat walaupun tidak berlaku zina? apakah Allah akan mengampunkan dosanya sekiranya mereka ini telah insaf dan tidak mengulangi perbuatan ini untuk kali kedua?? sy kurang jelas tentang hal ini..
Jawapan: Perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu:
- Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).
- Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi).
- Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.
- Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 264)
- Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).
- Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7). Perhatikan Allah menegaskan “sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu” (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas. Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram.
Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;
- Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.
- Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.
- Bertekad tidak akan mengulangi lagi.
Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat). Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; “Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman” (HR Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4516)
Wallahu a’lam.
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Source: Ilmu & Ulama



















responded on March 14th, 2011 at 11:32 am
sekali terjebak, susah nak tinggalkan.. nauzubillah
responded on March 15th, 2011 at 5:15 am
‘Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya’
bleh terangkan mengenai hamba sahaya mcm mn yg dmaksudkan…?
responded on March 22nd, 2011 at 2:45 pm
a’ah.. x fhm apa yyg dimaksudkan dgn hamba sahaya itu… perlukan penjelasan
responded on April 30th, 2011 at 5:13 pm
hamba sahaya itu adalah tawanan peperangan yg dijual untuk dijadikan hamba. zaman dulu masa peperangan wujud,perhambaan ni masih lg wujud,tp skrg dh xde dh.
responded on February 7th, 2013 at 2:46 am
kalo istri lagi nifas gmn…
apakah onani masih dilarang?
responded on April 21st, 2011 at 2:38 am
Subhanaallah…
responded on May 22nd, 2011 at 11:19 pm
“Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka,
Apa maksud hamba sahaya ni?
responded on February 19th, 2013 at 9:20 am
tolong make research ttg hamba sahaya, jangan keja tanya soalan saja..
responded on May 22nd, 2011 at 11:21 pm
Apa maksud hamba sahaya ni?
mereka yg menjaga kemaluan mereka,kecuali kpd isteri @ hamba sahaya mareka?
responded on June 9th, 2011 at 8:19 am
hamba tawanan perang,dlu jk ada..skrg ni xda lg
responded on May 25th, 2011 at 4:47 pm
Assalam;
Doa dhuha
Sesungguhnya waktu dhuha waktu Mu, cahaya nya cahaya Mu, kerinduan nya kerinduan MU, keagunganya keagungan Mu, kekuatanya kekuatan Mu, kekuasaannya kekuasaan MU, pemeliharaan pemeliharaan MU. Jika rezekiku ada di langit maka turunkan lah, jika ada di bumi maka keluarkan lah, jika ada di air, di laut , di sungai maka keluarkanlah, jika payah maka permudahkan lah, jika lambat maka percepatkan lah, jika berselerak maka satukanlah, jika jauh maka dekatkan lah, jika haram maka sucikanlah, jika sedikit maka perbanyakkanlah, jika banyak maka berkat kan lah ia bagiku. Berikanlah rezki kepada ku sebagaimana yang Engkau berikan kepada hamba2 Mu yang soleh yang taat yang beriman yang bertakwa. Jadikanlah tangan ku di atas sebagai pemberi dan jangalah jadikan tangan ku di bawah sebagai meminta-minta dan janganlah engaku pindahkan aku ketempatnya tapi pindahkanlah ia ketempatku
Selawat
Pohon ustaz beri, olah, susun doa dhuha ini di dalam bahasa arab. Kebanyakan buku yang saya jumpa semacam ‘tak lengkap’ doa tu. Ayat apa yang afdhal di baca untuk sembahyang dhuha . Wassalam
responded on June 1st, 2011 at 12:34 pm
assalamualaikum.
boleh terngakan lebih lanjut pasal hamba sahya tu? seperti wan, sy juga cuba nak paham ayat ni “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka.” apa yg cuba diterangkan? apa perbezaan isteri dan hamba sahaya? apa peranan hamba sahaya?
responded on July 21st, 2011 at 1:45 pm
Subhanallah.. Allahuakbar..
responded on July 27th, 2011 at 4:23 pm
saya juga nak tahu apa yg dimaksudkan dgn hamba sahaya.adakah tarafnya sama spt gundik2 raja melayu pada zaman dahulu.
responded on August 13th, 2011 at 9:35 pm
saya nk tanya. boleh ke kita tgk tv? memandangkan hampir sume rancangan tv tidak menutup aurat
responded on September 5th, 2011 at 11:55 am
Ya Allah….
responded on October 15th, 2011 at 11:44 am
jika seseorang itu bercumbuan tetapi dalam waktu yg sama die tetap solat,adakah amal ibadatnye diterima oleh Allah??
responded on October 15th, 2011 at 3:55 pm
Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah.” Hassan r. a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”
responded on January 10th, 2012 at 9:13 pm
Assalammualaikum,
Saya mempunyai sedikit kemusykilan berkaitan dengan hubungan di antara suami dan isteri di akhirat kelak, persoalan saya adakah di akhirat kelak masih kekal ikatan di antara suami dan isteri itu, tidak kira samada si suami atau si isteri berada di neraka berpuluh2 atau beratus2 ribu tahun sekali pun adakah selepas itu mereka akan kembali bertemu, masih kekalkah ikatan suami isteri itu di akhirat ? Terima kasih di atas penerangan dan penjelasan untuk saya yang jahil ini…
responded on February 4th, 2012 at 12:33 am
Salam.
Nak tanya hamba sahaya adalah tawanan perangkan? Maknanya hamba tersbut adalah isteri2 tuannya ler kan sbb boleh dihampiri. maknanya dah dikahwini ler?
responded on May 23rd, 2012 at 12:11 am
Pada firasat saya,
hamba sahaya adalah hamba perempuan atau lelaki yang ditawan selepas peperangan (i.e tawanan perang)
Oleh itu, mereka (hamba sahaya) akan diberikan kepada yang mampu untuk dijaga dan dibela.
Persoalannya: Adakah mereka semua dikahwini? sehingga dihalalkan? Dipercayai pada zaman dahulu, seorang lelaki mampu mengahwini lebih dari 4 perempuan akibat dari peperangan. Adakah ini benar2 berlaku?
responded on July 8th, 2012 at 12:51 am
apa kah hukum kalau isteri orang bercumbuan dengan suami orang.
responded on July 8th, 2012 at 1:04 am
asalmualaikum.apa kah hukum isteri becumbuan dengan suami orang.? apakah amalan nya tidak di terima selagi ia tidak memberitahu suaminya ? apakah yang patut di hukum sekiranya dia memberi tahu suaminya dia menyesal diatas perbuatannya ada kah perlu tinggal atu pun penceraian?
responded on August 8th, 2012 at 10:38 pm
ya allah…. jauhkan la ak dr melakukan kemungkaranMU… dekatkan la ak dgn keredhaanMU…amin….
responded on September 6th, 2012 at 12:51 pm
Apkh hukum org yg dh tau pkre 2 stu dose tp die ttp buat…dlm mse yg sme die ssh untk brubh…tp niat nk brubh 2 mmg ad..
responded on December 13th, 2012 at 10:42 pm
Mohon pencerahanya. Apa bila seorang lelaki berzina dengan kaum wanita yg bukan mukgrim apakah kewajiaban untuk pria tersebut. Apa dia wajib menikahinya meskipun tidak hamil atau sebaliknya haram untuk kita nikahi.