Hadith Qunut Subuh Adalah Sahih
July 1st, 2011 | 9:07 pm | Ibadah | 21 responses
Hukum baca qunut pada solat subuh adalah sunat disisi mazhab Sayfie dan imam-imam yang sependapat dengnanya.
Siapa yang tidak membacanya tetap sah solatnya kerana hukumnya adalah sunat sahaja bukannya wajib dan siapa yg membacanya dapat pahalal.
Golongan yang melarang qunut subuh adalah golongan yang jahil dan tidak mahu menerima pendapat orang lain. Golongan ini jelas sangat jahat dan tidak patut di ambil pendapat-pendapat mereka kerana bersifat asobiyyah dan keras kepala lagi bodoh.
“Sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi wasalam melakukan qunut selama satu bulan, melakukan doa untuk para sahabat beliau di Bi’r Ma’unah, lalu beliau meninggalkannya, akan tetapi qunut waktu shubuh, maka beliau masih melakukan hingga wafat”
Hadith ini berada dalam Syarh Al Kabir (1/151). Hadith diriwayatkan Ad Daruquthni (2/39). Ahmad dalam Musnad (3/162), Hafidz Abu Bakar Khatib, dalam At Tahqiq Ibnu Al Jauzi (1/463), Al Baihaqi dalam Sunan Kubra (2/201).
Mereka yang menshahihkan
Hafidz Ibnu Shalah:
”Hadits ini telah dihukumi shahih oleh lebih dari seorang huffadz hadits, diantaranya: Abu Abdullah bin Ali Al Balkhi, dari para imam hadits, Abu Abdullah Al Hakim, dan Abu Bakar Al Baihaqi.
(Lihat, Badr Al Munir, 3/624).


















responded on July 1st, 2011 at 9:19 pm
Apakah tidak lebih bodoh orang yang mengatakan bahwa orang yang tidak melakukan qunut adalah golongan yang sangat jahat dan tidak patut diambil pendapatnya karena menganggap mereka bersifat asobiyyah dan keras kepala lagi bodoh.sungguh pendapat yang bisa memecah belah ummat.
responded on July 9th, 2011 at 12:42 pm
Assalammualaikum…w.b.t….
ustz. mengatakan “Golongan yang MELARANG qunut subuh adalah…..” . Beliau tidak mengatakan “orang yang tidak melakukan qunut adalah golongan yang ….”.
-wassalam
responded on July 1st, 2011 at 9:31 pm
“Golongan yang melarang qunut subuh adalah golongan yang jahil dan tidak mahu menerima pendapat orang lain.”
Imam Hanafi berpendapat tiada sunat Qunut di dalam solat, adakah Imam Hanafi jahil dan tidak mahu menerima pendapat orang lain? Sedar sikit ilmu kita banyak mana, jangan taksub,
Imam Syafie pernah menjadi imam kepada makmum bermazhab Hanafi,
dan beliau tidak membaca Qunut dan tidak melakukan sahwi, apabila di tanya,
beliau menjawab sambil menunjuk makam Imam Hanafi; “Patutkah aku menyanggahi beliau sedang beliau di hadapanku?”
Bagi saya, masalah ini telah lama selesai,
dan mengikut sebahagian ustaz, ada berpendapat hadith itu dhaif,
mungkin ini diguna pakai Imam Hanafi,
benda sunat ni tak kisah la nak buat ke tidak, terpulang pada individu,
tapi saya tidak setuju dengan artikel yang seolah2 mengatakan Imam Hanafi sedemikian,
Imam2 yang lain menghormati pendapat imam yang lain, tidak pernah bertengkar atau bergaduh,
semua mazhab tersebut benar,
hanya orang yang kurang ilmu seperti kita melaga2kan mazhab,
wallahualam
responded on July 1st, 2011 at 9:40 pm
Doa qunut pada raka’at kedua shalat Shubuh. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad doa qunut shalat Shubuh hukumnya tidak disunnahkan karena hadits Nabi SAW bahwa ia pernah melakukan doa qunut pada saat shalat Fajar selama sebulan telah dihapus (mansukh) dengan ijma’ sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud:
“Diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud: Bahwa Nabi SAW telah melakukan doa qunut selama satu bulan untuk mendoakan atas orang-orang Arab yang masih hidup, kemudian Nabi SAW meninggalkannya.” (HR. Muslim)
Bila ditanya apa dalil qunut, Imam syafie kata dia cuma mahu mengekalkan apa yang Nabi pernah buat sahaja, tiada dalil khusus. Nabi melakukan qunut selama sebulan sahaja, Nabi buat qunut cuma sebulan (semasa orang Islam yang dihantar untuk berdakwah disatu tempat dibunuh secara zalim) kemudian ditinggalkan.Amalan yang terbaik ialah amalan terakhir Nabi s.a.w. sebelum baginda wafat.
Pendapat tentang bagaimana dua hadits tentang doa qunut pada shalat Shubuh yang tampak tidak sejalan. Cara kompromi untuk mendapat kesimpulan hukum (thariqatu al-jam’i wa al-taufiiq) dapat diuraikan, bahwa hadits Abu Mas’ud (dalil pendapat Hanafiyyah dan Hanabilah) menegaskan bahwa Nabi SAW telah melakukan qunut selama sebulan lalu meninggalkannya tidak secara tegas bahwa hadits tersebut melarang qunut shalat Shubuh setelah itu. Hanya menurut interpretasi ulama yang menyimpulkan bahwa qunut shalat Shubut dihapus (mansukh) dan tidak perlu diamalkan oleh umat Muhammad SAW. Sedangkan hadits Anas bin Malik (dalil pendapat Malikiyyah dan Syafi’iyyah) menjelaskan bahwa Nabi SAW melakukan qunut shalat Shubuh dan terus melakukannya sampai baginda wafat.
Benda khilafiah ni janganlah dipanjang2kan, elok bincang masalah yang lebih utama, pendapat saya
responded on July 1st, 2011 at 10:13 pm
Assalammualaikum…w.b.t….
Penggunaan hadis dari Anas oleh mereka yang bertujuan mensyari’atkan qunut di setiap solat fardhu subuh tersebut sebenarnya dibantah dengan hadis yang datangnya juga dari Anas. Daripada Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu:
“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam itu tidak pernah berqunut di dalam waktu subuh melainkan bagi tujuan mendoakan kebaikan bagi sesuatu kaum (muslimin), atau mendoakan kebinasaan sesuatu kaum (kafir).” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani mensahihkan sanadnya. Rujuk: al-Dirayah fi Takhrij Ahadis al-Hidayah, jil. 1, m/s. 195)
Dengan hadis yang sahih ini, sekaligus ia menjelaskan pegangan sebenar Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkenaan qunut subuh. Oleh itu, hadis ini secara tidak langsung telah menolak hadis di atas yang dijadikan hujjah untuk mensyari’atkan qunut di dalam setiap solat subuh.
Kesimpulan/Ringkasan Pendapat:
1 – Telah tsabit daripada hadis-hadis yang sahih bahawa doa Qunut yang dilakukan di dalam solat fardhu adalah doa qunut nazilah yang bertujuan mendoakan kebaikan (keselamatan) bagi kaum muslimin, atau mendoakan kebinasaan bagi kaum kafir (yang memerangi/memusuhi) umat Islam.
Dan ianya tidak semestinya dilakukan hanya di ketika waktu solat subuh.
2 – Doa dengan lafaz “Allahummah dini fiiman hadait… (اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِيْ فِيْمَنْ عَافَيْتَ)” adalah lafaz doa qunut yang dibaca di dalam solat witir, bukannya solat fardhu subuh.
3 – Syaikh Dr. Sa’id Wahf bin Ali al-Qahthani berkata,
“Telah diriwayatkan dengan sahih dari nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau melakukan qunut Nazilah selama sebulan, berdoa melaknat satu kaum. Teriwayat dengan sahih bahawa beliau berdoa untuk kaum yang lemah dari kalangan para sahabat beliau yang ditawan oleh satu kaum sewaktu mereka berhijrah. Ketika penyebab beliau melakukan qunut tersebut sudah tidak ada lagi, beliau pun meninggalkannya. Nabi tidak pernah melakukan qunut secara rutin dalam solat wajib yang manapun, solat subuh atau solat yang lainnya. Demikian juga halnya dengan para Khulafa’ur Rasyidin. Mereka melakukan qunut tersebut dengan cara yang sama. Mereka tidak pernah melakukannya secara rutin. Namun jika penyebab qunut itu sudah tidak ada, mereka meninggalkan qunut tersebut. Apa yang sunnahnya (yang tsabit dari sunnah) adalah melakukan qunut Nazilah dan berdoa berdasarkan kepada keadaan, iaitu untuk mendoakan kebaikan bagi suatu kaum, atau untuk melaknat mereka, dan disesuaikan juga dengan bencana yang terjadi.
Diriwayatkan dengan sahih bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah melakukan qunut pada solat subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya’. Namun perlaksanaan di dalam solat Subuh dan Maghrib adalah lebih ditekankan. Ketika penyebab qunut itu sudah tidak ada, beliau pun meninggalkannya, termasuk juga pada solat subuh.” (Rujuk: Syaikh Dr. Sa’id ‘Ali bin Wahf al-Qahthani, Kumpulan Shalat Sunnah Dan Keutamaannya, m/s. 75, Terbitan Darul Haq, Cet. Ketujuh – Feruari 2007M)
4 – Tiada dalil yang boleh dijadikan sandaran bagi mensyari’atkan doa qunut di dalam setiap kali solat fardhu subuh.
Wallahu a’lam…
responded on June 20th, 2012 at 1:32 pm
Imam Syafi’e kata sunat, tak wajib pun. Nak buat dapat pahala, apa susah. Rasa nak dapat pahala lebih, buat je la. So tak perlu nak bahas-bahas lagi dah.
responded on November 22nd, 2012 at 3:43 pm
masalahnya…bila kita ikut2 qunut dan tiba tiba mewajibkan dan jadi rutin itu yg akan menjadi bid’ah..bid’ah itu sesat..ingat tu..
responded on November 22nd, 2012 at 3:47 pm
saya setuju dengan ulasan oleh Golongan Jemaah.. Jazahumullahu Khoiro..
responded on November 13th, 2011 at 11:10 pm
Jangan saling membodoh-bodohkan. Please, ada yang sedang tertawa melihat kalian seperti ini.
responded on November 15th, 2011 at 1:56 pm
Tapi kan…orang dah terang dengan detail kenapa hadis tu lemah, tp masih tak faham-faham lagi…siapa yang kepala batu sebenarnya?
responded on December 11th, 2011 at 6:34 pm
Qunut subuh tetap saya amalkan sampai akhir hayat.
responded on February 20th, 2012 at 10:15 pm
Amalkanlah selagi yakin dengan dalil. Kalau ragu-ragu atau bila ada kerajinan, kajilah dan ikut mana yang lebih rajih dan meyakinkan.
responded on June 20th, 2012 at 1:31 pm
Siapa nak buat boleh dapat pahala. Siapa yang tak nak buat sah solatnya. Jangan berpendapat Qunut itu Bida’ah kerana adanya hadith yang sohih. Jangan mengatakan orang yang tidak membaca qunut itu salah kerana ada juga hadith yang sohih. Ini perkara khilafiah, tak perlu nak salahkan sesiapa. Ikut pada kehendak dan pendapat masing-masing.
responded on August 11th, 2012 at 11:50 am
ASSALMUALAIKUM,MAAF KLU PENDAPAT SAYA SALAH..BAGI SAYA APA YANG PENTING KEMBALI PADA QURAN DAN SUNNAH DAN PEMAHAMAN SAHABAT,SERTA SALING MENGHORMATI PENDAPAT IMAM2,APA YG KITA YAKIN SAHIH DENGAN PENGETAHUAN KITA,MAKA AMALKANLAH..INSYA4JJI,URUSAN PAHALA HAK 4JJI,BUKAN KITA YG MENENTUKAN..YG PENTING IKHLAS DAN BENAR DALAM PETUNJUKNYA(RASULULLAH)..KAJILAH JGN HANYA TAKSUB/TAKLID BUTA2..ADA AKAL,GUNAKAN SEBAIKNYA.
responded on August 28th, 2012 at 8:59 am
saya masih tak jumpa jawapan bagi satu perkara…bagi yg berpendapat qunut subuh itu sunat…bila terlupa qunut nape mesti ganti ngan sujud shahwi…kalau x ganti tak leh kan? kira subuh tak sah ke kalau tak ganti sujud shahwi? ada sesape yg bole jelaskan
responded on October 7th, 2012 at 3:17 am
hukum sujud sahwi –> sunat atas sebab lalai dalam solat (tertinggal sunat ab’adh/qunut/terlupa bilangan rakaat)
kalau seseorang memang selalu baca doa qunut tetiba terlupa maka sunat baginya sujud sahwi.. kalau dia x mahu sujud sahwi sah solatnya cuma x cantik kerana dia lalai dan x mahu memohon ampun..
kalau seseorang memang berniat x mahu baca doa qunut (memang x diamalkan atau dalam keadaan bersegera) maka tidak perlu baginya melakukan sujud sahwi kerana dia tidak lalai dalam solatnya.
responded on November 21st, 2012 at 9:21 pm
maih kita semua belajar….hanya org2 yg berilmu saje yg tahu…dah jelas dah tentang hadis2 tu..Pas tu cuba kite semua kaji 4 Mazhab….apa kata mereka semua…p buat umrah dan Haji ada tak Qunut? Yg problem sebab banyak org kita mengaji tapi tak mengkaji…Soal Qunut ni soal khilafiah…Ulamak Hadis pun berbeza pendapat…Yg problem nya bile kita mengkhususkan Qunut dibuat waktu Subuh…Rasullaulah pernah buat di setiap Waktu…kita dok hapai Allahhumadini….dari muda sampai ke tua…tapi tak ambil tahu makna nya…Sepatutnya semua Masjid dan surau sekarang ni buat Qunut di setiap waktu lebih2 lagi solat Jumaat… untuk mendoakan saudara2 kita di Palestine..dan biar tuhan turunkan bala pada Israel laknatullah tu..Mari kita sama2 kaji semua ni….Mengkaji dan mengaji dua bende yang berbeza…wallah hualam….
responded on November 22nd, 2012 at 3:31 pm
Saya pelik kenapa ustaz azhar idrus tidak menyimak hadist kutubusittah..(bukhori,muslim,tirmidzi,abi daud,ibnu majah, an nasae’i)..kenapa perlu terangkan hadist yg belum org kenal..belum tentu kesahihannya..saya amat heran dgn ustaz sorang ni…Beliau perlu mencari ilmu sampai ke MEKKAH..byk ilmu dan hadist2 hasan sohih, sohih, mutafakkun alaih..saya cadangkan ustaz ni dah byk duit hasil terkumpulnya dri ceramah2 beliau dimana2..jadi uang simpanan tu sebaiknya pergi mencari ilmu di Mekkah..bukan di Mesir..sekian..
responded on February 2nd, 2013 at 11:46 am
Lebih baik bahas bagaimana org islam tidak bangun kesiangan dan bisa berjama’ah di masjid dr pada bergaduh masalah Qunut…gitu aja kok repot
responded on February 2nd, 2013 at 12:23 pm
Masalah yg hukumnya sunnah aja kok dipermasalahkan
responded on March 6th, 2013 at 12:43 pm
dimana2 perdebatan itu tdk d sukai oleh shalafunashalihin
karena berdebat hanya memperkuat argumen nya masing masing dan tdk mau argumennya d patahkan oleh orang lain,
lebih baik bemusyawarah sma2 saling memikirkan penyelesain,
kta sudah di bodohi oleh TV yg mengajarkan perdebatan karena tujuan mereka adalah untuk menyingkirkan musyawarah