≡ Menu

Habuan dari Allah – Allah juga merancang

Sekatan kawasan penangkapan ikan yang dihadkan Israel

Buat sekian lamanya, penduduk Gaza telah dihukum dengan pelbagai deraan dan sekatan. Mereka telah dikepung ketat oleh penjajah Zionis Israel sejak tahun 2007 lagi. Bukan sahaja di sempadan darat dan udara, bahkan juga di keseluruhan persisiran pantai Gaza yang semakin menghimpit.

Para nelayan dan masyarakat di Gaza hanya dibenarkan memancing dan menjala sejauh 3 km daripada persisiran pantai. Maka hasilnya tentulah sedikit dan ikan-ikan yang ditangkap hanyalah ikan-ikan kecil seperti sardin yang halus.

Hanya 3 km atau bersedia untuk ditembak!

Beberapa enjin bot nelayan telah ditembak pada 3 hari yang lalu kerana bot yang mereka gunakan telah menghampiri kawasan 3 km dari pantai Gaza. Harga sebuah enjin bot ini bernilai USD 6,000.00 kerana terpaksa dibawa melalui terowong-terowong bawah tanah di Rafah daripada Mesir. Harga yang terlalu tinggi untuk ditanggung oleh seorang nelayan biasa di Gaza.

Nelayan Gaza, Mahyuddin Bakeer menunjukkan enjit botnya yang ditembak

Harga ikan melambung tinggi dan tidak dinikmati oleh masyarakat kebanyakan. Hanya di kalangan mereka yang berduit sahaja yang mampu membeli ikan. Apa tidaknya, harga sekilo ikan sardin yang kecil (sebenar ibu jari) setinggi RM 20-25, ikan merah RM 60-70 sekilogram dan udang kebiasaannya hampir RM 100 sekilogram.Hasilnya, kebanyakan mereka hanya dapat menangkap ikan sardin sebesar 2 jari dan beberapa jenis ikan yang kecil bagi menampung keperluan lebih 1.7 juta penduduk wilayah ini.

Miski pun kawasan perairan tersebut dikawal rapi dan laluan ikan ditutup oleh pasukan Navy Israel Ikan tetapi ketentuan Allah melebihi segala-galanya. Ditakdirkan Tuhan apabila ribuan ekor ikan-ikan pari yang besar dan sihat ini menerjah masuk ke perairan Gaza dan acap kali memberikan hasil tangkapan yang lumayan kepada sebahagian daripada nelayan di sini.

Habuan sebenar dariNya jua...

Inilah bumi barakah yang dijanjikan Allah apabila masyarakatnya terus gigih berjuang dan tetap teguh pendiriannya. Malahan pertolongan dan pemberian rezeki dari Allah kepada mereka terus diterima dari hari ke hari daripada sumber-sumber yang tidak disangka-sangkakan.

Allah Swt berfirman dalam surah Al-A’raf ayat 96:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud

MK-8 AP ke Gaza, 15hb April 2012.

Juga baca: http://northofvenice.wordpress.com/2010/06/12/eva-bartlett-head-first-towards-the-opposition/

By: Dr Zainur Rashid Zainuddin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 25 comments… add one }
  • mohamad azeez May 1, 2012, 12:04 am

    Macam zaman Jepun menjajah Tanah Melayu(Malaya) makanan tak ada tapi ikan sangat banyak kata orng tua -tua.

  • lalok May 1, 2012, 1:44 pm

    org yahudi tak makan ikan pari..ada saudara muslim juga tidak makan ikan pari..ikan yg tidak bersisik mempunyai kandungan logam berat yg tinggi..tidak baik untuk kesihatan..

  • terharu May 1, 2012, 3:07 pm

    YA ALLAH, SEMOGA DI PERMUDAHKAN URUSAN2 MEREKA YANG BERJUANG KE JALAN MU…..

  • mohd aswadi May 1, 2012, 5:38 pm

    sedap makan ikan pari buat colek, ikan pari boleh makan sampai tulang…ikan pari bakar……

  • zam May 1, 2012, 9:13 pm

    Allah

  • Osama May 3, 2012, 1:07 am

    Bukankah ajaran Islam  mengata bahawa Allah ialah maha kuasa kenapa ia tidak datang tolong menyelesai perselisihan antara Israel dengan Palestian sehingga zaman ini?

    • Always Me May 11, 2012, 8:49 am

      Firman Allah:
      Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, yaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Al Baqarah: 214

      Ia adalah tanda kasih-sayang Tuhan kepada hamba-Nya yang taat. Justeru hamba itu akan mendapat pahala dan ditinggikan darjatnya disisi Allah. Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, redha, pemaaf, qanaah dari Tuhan?

      Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya.

      Dalam keadaan berdosa, ujian didatangkan sebagai pengampunan.
      Dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat dan memberi pahala…

      Quote dari: http://www.bicaraaddin.com/v1/Akidah/312-Tidak-beriman-jika-tidak-diuji.html

    • cicakubing May 18, 2012, 10:03 pm

      sebab islam tidak bersatu…tidak mengamalkan sunnah sebab tu pertolongan Allah lambat..

    • hanna May 21, 2012, 9:23 am

      knp? awak tak percaya pada ALLAH SWT ke?

    • hanna May 21, 2012, 9:26 am

      kalu awk org islam better awk istifar n mengucap kalimah syadah serta bertaubat Osama. kata-kata anda itu sudah boleh di kira meragui kehendak dan kekuasaan Nya.Nauzubillah

      • sha May 31, 2012, 6:48 am

        mgkin dia perlu pencerahan… sahabat sendiri bnyk bertanya..Rasulullah tidak pernah marah jika sahabat bertanya..:)

    • muslimah June 27, 2012, 10:11 pm

      beristigafar osama jika awak seorang muslim..fikir sblum mmberi knyataan..

  • hamba Allahh May 5, 2012, 12:39 pm

    Allah Maha Besar.
    Osama kdg2 masalah yg kita hadapi sbgai ujian dr Allah. saudara kita d palestin terpilih utk mjadi insan2 ahli syurga klu mrk sabar n redha. manakala ramai saudara islam yg lain brebut2 utk mdapat peluang ini. Allah maha pengasih maha pyayang.

  • Cool Daddy May 8, 2012, 12:22 am

    rezeki bkn manusia yang tentukan…semoga kita & rakyat palestin terus diberi keimanan yg berkekalan…

  • Tip Elak Gangguan Jin May 12, 2012, 8:17 am

    Pernah terbaca satu artikel diantara tanda-tanda semakin dekatnya kemunculan Imam al-Mahdi ialah apabila semakin berleluasanya kezaliman dan kejahatan Yahudi laknatullah.

  • Abdul Hamid May 17, 2012, 12:51 am

    Apa yang tersirat di sebalik keperitan dan kesengsaraan masyarakat Islam Palestin Allah Swt akan memberikan jalan keluar yang tidak terlintas oleh minda manusia kepada hambanya yang sentiasa patuh dengan suruhan dan larangannya berpandukan AL QURAN DAN AS SUNNAH serta pimpinan Ulama yang lurus perjalanan AD DINnya untuk membimbing masyarakat kaedah terbaik beribadat kepada Allah swt. Ulama adalah pewaris nabi, ketiadaan mereka bumi ini akan hancur lebur oleh kerakusan nafsu dan hasutan Iblis-syaitan terhadap manusia yang hilang akal pertimbangannya sesama manusia. Allah swt akan menguji setiap hambanya yang beriman….untuk menunjukkan siapa yang betul ikhlas dan benar-benar beriman bukan hanya pengakuan di bibir tapi terletak di hati….sesuai dengan tahap keimanan seseorang hamba allah. Yakin dan tetap pendirian semoga masyarakat Islam Palestin sentiasa sabar dan tabah serta kental fizikal dan minda dalam menghadapi Yahudi Laknatullah…Ingatlah kita semua azab Allah swt amat pedih sekali….kalau Allah swt murka tiada sesiapa mahkluk di bumi ini yang mampu menahan seksa itu walaupun seluruh manusia dan para jin bersatu….Ingatlah status KONSEP HAMBA ALLAH… Allah swt telah beri kita pilihan SYURGA ATAU NERAKA…Kalau kita pilih syurga ikutlah kaedah mencari keredhaan Allah swt ke arah itu….Kita umat Islam adalah bersaudara..tanpa mengira keturunan, warna kulit, budaya serta bahasa pertuturan tanpa mengira sempadan geografi dunia masakini….dari keturunan manusia yang pertama mendiami bumi Allah swt ini iaitu nabi Adam dan Hawa dan nabi-rasul terakhir Nabi Muhammad saw. Kajilah SIFAT-SIFAT ALLAH SWT supaya kita faham dan yakin tentang keesaannya….bukannya ZAT ALLAH….nanti kita terpesong. Akhir kalam marilah kita sama-sama berdoa dengan hati yang paling ikhlas demi sesama muslim khas buat penduduk bumi Palestin dengan memberi segala bantuan yang termampu oleh kita sebelum AJAL MENJEMPUT KITA SEMUA….DUNIA HANYA SEMENTARA…..AKHIRAT JUALAH YANG KEKAL ABADI….

  • zue May 17, 2012, 8:00 am

    Palestin pasti menang. Allah akan datangkan bantuan untuk menjaga agamaNya,..pasti..
    YAHUDI akan dibinasakan..PASTI!..

  • Muhammad Ihsan May 18, 2012, 3:57 pm

    Alhamdulillah ………………….
    semoga rakyat Palestin sentiasa akan bersabar dengan segala dugaan yang diberikan……………….

  • Osama May 19, 2012, 8:25 am

    Ha ! Ha ! Ha ! Bila Palestin akan menang ? Ini semua khayalan sahaja. Allah kalau berkuasa dan tolong Palestin pasti tiada wujud negara Isreal. Ha ! Ha ! Ha !

    • abu May 19, 2012, 1:01 pm

      Org Islam meyakini kehidupan di DUNIA ini adalah satu ujian bg yg berIMAN kerana AKHIRAT nanti adalah kehidupan yg KEKAL…… walau kita ditimpa kesusahan namun kita bersabar dan REDHA, ganjarannya sangatlah besar…….. bagi yg tak berIMAN, mmglah didunia hidupnya bersenang2 namun BALASANnya sangatlah DAHSYAT……… ALLAH swt Maha Pengasih.

    • saudara February 4, 2013, 5:59 pm

      sebenarnya ALLAH memberikan rakyat palestin sesuatu kelebihan iaitu mati demi agama dan akn diberikan syurga

  • hamba Allah May 19, 2012, 2:53 pm

    Astaghfirullahal’azim.. Semoga kamu sempat bertaubat dan mati dalam iman wahai osama. Allah datangkan kesusahan kerana nk bagi ganjaran kpd umat manusia yg terpilih. Tuntutlah ilmu dahulu br kamu layak berbahas ttg kuasa Allah

  • Hamba allah May 23, 2012, 8:09 pm

    Astaghfirullahal’azim. Terus terang saya rasa Osama tu bukan orang Islam sebab kalu dia org Islam Xian keluar statement camtu namun kalu dia betul org Islam bawak2la bertaubat dan mintak la ampun kat Allah bebanyak. Wallahualam

  • mdkhairi saat February 3, 2013, 6:47 pm

    Saudara jgn cuba mencari sesuatu yg pasti dtg, lambat atau cepat iitu rahsia Allah..siapa kita sebagai hambaNya nk mempertikaikannya..Mahasuci Allah yg tidak pernah meminta..taatlah jua istiqamah..ammiiinnnn

Leave a Comment

CommentLuv badge