3 syarat bina keluarga bahagia

June 29th, 2011 | 5:46 pm | Ibadah, Perkahwinan | 8 responses

INSTITUSI kekeluargaan menjadikan kehidupan manusia sentiasa berjemaah. Ketua keluarga bukan saja memimpin ahli keluarga, tetapi juga mengamalkan unsur syura dalam semua perkara membabitkan ahli keluarga.

Dalam kehidupan berjemaah, suami, isteri dan anak akan solat bersama, makan, membeli-belah, beriadah dan melakukan aktiviti kekeluargaan tanpa mengetepikan ahli keluarga yang lain.

Rumah ibarat syurga yang menyempurnakan kehidupan manusia, segala-galanya ada di dalamnya, penghuninya berasa selamat dilindungi, apatah lagi dipimpin oleh ketua keluarga bertanggungjawab serta sarat kasih sayang.

Rumah tangga yang pincang kerana pemimpinnya tidak berkhidmat untuk ahli yang dipimpin, maka tidak akan mencapai objektif perkahwinan dan berkeluarga seperti mana dituntut agama.

Islam mensyariatkan perkahwinan kerana memenuhi fitrah manusia yang tidak boleh hidup sendirian. Manusia memerlukan perhatian, pertolongan, sokongan dan pasangan untuk berkongsi kelemahan serta kekuatan yang boleh melengkapkan sebuah kehidupan menuju ke akhirat.

Tujuan perkahwinan adalah untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup supaya kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan antara kamu berdua mawaddah dan rahmah.” (Surah ar-Rum, ayat 21)

Melalui perkahwinan manusia akan hidup dalam mawaddah, musyawarah dan amanah. Lumrah berpasangan mengasihi antara satu sama lain kerana mereka saling melengkapi, justeru mawaddah menjadikan manusia berhemah sesama makhluk Allah dan bertolak ansur sesama insan.

Keperluan mawaddah bukan hanya untuk memenuhi keinginan seksual, juga keperluan jiwa dan nurani manusia yang sentiasa ingin didampingi pasangan bagi berkongsi susah dan senang.

Mawaddah berasaskan nafsu serakah semata-mata akan menghilangkan rahmah dalam kehidupan berumah tangga sehingga memungkinkan suami atau isteri meninggalkan pasangannya kerana orang lain.

Musyawarah pula bermula apabila pasangan saling menghormati, memahami keperluan dan kehendak masing-masing, justeru cuba memenuhinya tanpa mengorbankan salah satunya. Tetapi, menjadi sebaliknya apabila konsep berjemaah dan syura tidak lagi diterapkan dalam rumah tangga.

Amanah menjadikan pasangan suami isteri lebih bertakwa kepada Allah kerana ia memberi ‘sesuatu’ kepada suami dan isteri supaya bertanggungjawab terhadap pemberian itu. Ia sekali gus menjadikan mereka amanah dan amanah menjadikan mereka bertakwa.

Bagaimanapun, perkahwinan menjadi kehidupan sukar buat setiap pasangan yang tidak mampu mencapai objektif perkahwinan dalam Islam. Rumah tangga yang tidak mampu ditegakkan dengan mawaddah, musyawarah dan amanah akan mudah ranap dan runtuh.

Memang benar perceraian paling dibenci Allah, tetapi tidak bermakna suami isteri harus terus membiarkan diri mereka tenat di bawah runtuhan rumah tangga.

Jika perkahwinan menjadi penyebab manusia semakin galak melakukan maksiat dan mengingkari perintah Allah, sudah tentu perkahwinan itu perlu dijauhi.

Sebab itulah walaupun hukum asal perkahwinan itu sunat kerana diamalkan oleh Rasulullah SAW, ulama menetapkan hukum perkahwinan berbeza mengikut situasi individu.

Malah, perkahwinan diharamkan jika suami tidak mampu membina mawaddah, musyawarah dan amanah, seperti menzalimi isteri serta tidak memberi nafkah zahir dan batin.

Justeru, tiada rasionalnya untuk meneruskan sebuah perkahwinan jika ia menjadikan manusia semakin jauh daripada kasih sayang Allah. Suami atau isteri yang tiada mawaddah, musyawarah dan amanah menjadikan pasangannya tidak taat, setia, sekali gus merosakkan rumah tangga dibina.

Malah ia berkemungkinan mengakibatkan berlakunya perbuatan lain yang membuatkan mereka semakin ingkar terhadap peraturan Allah. Perceraian bukanlah keseronokan, ia bukan juga penentu sebuah kehidupan baru yang akan dibina akan lebih baik dari sebelumnya, tetapi ia adalah jalan keluar dari kesukaran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(8)

  1. 1

    kemuskilan……. (isteri yg terabai- umur32tahun; suami-umur 63tahun)

    salah kah aku meminta belaian & kasih sayang daripada suami ku. Dia selalu beralasan …tidak dapat memberikannya kerana penyakit sendi tangan kirinya… yg mana menyakitinya setiap masa….tetapi entah sejauh mana kebenarannya….sedangkan dia mampu berjalan kesana kemari dengan saudaranya dan membuat kerja/2 yg lain.

    saya mrasa terabai dan merasa kesakitan batin yg amat mendalam…hati saya terasa hancur & ketakutan untuk menghadapi masa depan . sesungguhnya saya masih menyayangi suami saya…

    hubungan suami isteri berjalan sangat menyakitkan, keinginan batin tak dipenuhi….

    APA YANG PATUT SAYA BUAT?????

    sekian terima kasih.

  2. 2

    semua perkara yang tidak selesa bermula dari keresahan hati hingga kepada kesukaran hidup didunia adalah berupa Dugaan ALLAH samaada berbentuk ujian kepada ke IMAN an kita atau balasan dari kesalahan lalu yang merupakan penghapus dosa lampau yang kita pohon keampunan dari ALLAH. Apapun banyak kan bersabar dengan memohon doa, tambahan pula doa orang orang yang dianiaya atau dizalimi adalah tanpa HIJAB dengan ALLAH. Semuga kita semua di Rahmati ALLAH dengan limpahan Kebahagian didunia serta diAkhirat. WALLAHUALAM..

  3. 3

    bagaimana pula kalau rumah tangga hancur disebabkan oleh undang-undang kerajaan? saya dilahirkan di sabah dan membesar di sabah tapi kedua orang tua saya orang filipina..ketika saya pulang ke filipina,saya lansung tiada surat lahir d sini..kemudian kami memohon rayuan agar saya dapat membuat passport..setelah itu saya berjaya dan diberi peluang untuk menggunakan passport…setelah itu saya merantau ke malaysia dan telah menemui jodoh saya di sana..tetapi ketika kami bersama dalam beberapa tahun tiba-tiba kami di timpa masaalah dan ianya memerlukan belanja sikit..wang simpanan semua habis digunakan..ketika itu passport saya dah dekat expire..saat 6p dilancarkan,saya salah seorang daripada yang tertangkap..kemudian kami telah diusir ke negara asal..yang tensionnya passport saya tidak di kembalikan..so sekarang macam mana saya nak balik ke pangkuan keluarga saya sedangkan saya sudah tidak mempunyai passport? kalaulah rumah tangga saya hancur disebabkan masaalah ini,adakah ianya kerana takdir dariALLAh atau pihak yang BERKUASA yang menentukan takdir insan seperti saya? mohon sedikit advice..

    • 4

      Soalan lahir disabah tidak beerti menjadi warganegara malaysia jika ibubapa bukan warganegara malaysia, sepatutnya ibubapa anda mendaftarkan kelahiran anda di kedutaan.

      walaubagaimanapun saya muskil …anda mendapat passport dari negara mana…passport malaysia atau passport filipina. jika passport filipina, anda boleh mengadukan hal ini pada kedutaan filipina.(ini menghairankan sebb saudara tiada surat lahir bagaimana pula dapat memohon dan mmiliki passport)

  4. 5

    assalamalaikum…brmula dari awal tahun ini trlalu banyak prkara yg bnrr2 mengubah kehidupan sy dr segi peribadi dan jg umum…segalanya brmula apabila sy sedari ibu sy yg mula brcinta dgn saudara rapat shgga brkahwin tanpa restu keluarga dan 9org anaknya…selepas kematian ayah 5thn lalu sy telah menggalas tggjwbnya demi memastikan keluarga dibentuk dgn sifat2 trpuji yg arwah ayah terapkan kpd kami…namun pabila ibu sy sggp meningglkn kami saya dan adik2 yg masih dibawah tggungn saya mengalami kepincangan dr sudut nurani yg saban hari menekan jiwa kami..trlalu banyak perkara yg diluar batasan brlaku kpd keluarga sy membuatkn sy sendr mengambil jln sngkt…tanpa sedar sy menyalahkn dr atas apa yg brlaku…namun sy ingin meminta pendapat bagaimana untuk memimpin keluarga sedang penguat kami telah pergi mengglkn kami…sy merasakn yg setiap kptsn apa yg sy buat punya kemusykilan…bantulah sy….insan yg hampir hilang pada kehidupan

    • 6

      Salam…

      apa keputusan sdr menyebabkan kemuskilan?

  5. 7

    seiepas beberapa tahun suami tidak puas hati dengan isteti mengigatakan suami.isteri bkn dara

    • 8

      mengampunkan tampa rasa apa2 patutkah

Leave a Reply

CommentLuv badge