≡ Menu

Kenapa Aku Perlu Berpuasa Di Bulan Ramadan?

Mengapa Tuhan menyuruhku berpuasa? Benarkah hanya untuk mendorong empati terhadap fakir miskin? Atau sekadar latihan mengekang hawa nafsu?

Menjelang Ramadan, para ustaz sering membacakan;

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”
Surah Al Baqarah 2:183

Bertaqwa? Taqwa itu apa? Mengapa seorang muslim perlu bertaqwa? Apa kepentingan taqwa untuk aku?

“Kitab (Al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”
Surah al Baqarah 2:2

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Petunjuk? Petunjuk untuk apa pula? Mengapa hanya yang bertaqwa mendapat petunjuk? Ke mana pula petunjuk yang dimaksudkan ini akan membawaku?

“Tunjukilah kami jalan yang lurus”
Surah Al Fatihah 1:6

Ke jalan yang lurus? Jalan yang lurus itu jalan yang bagaimana? Siapakah yang pernah melalui jalan yang lurus itu? Dan apakah yang menanti di hujung jalan itu?

“Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun reda kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung,”
Surah At Taubah 9:100

Wah hebat sekali golongan ini! Apakah yang perlu kulakukan bagi menjadi seperti mereka? Apakah yang selalu mereka doakan untuk ganjaran seperti itu?

“Tunjukilah kami jalan yang lurus”
Surah Al Fatihah 1:6

Oh, jadi itulah doa mereka. Baiklah, aku akan mengikuti jalan yang sama. Tetapi, bagaimana mengetahui jalan mana yang lurus?

BACA:  Pemimpin Islam Harus Menghormati Hak Bersuara Rakyat Jelata

“Katakanlah: Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang lurus” Surah Al An’am 6:161

Oh, aku perlukan petunjuk. Dimana boleh kudapatkan petunjuk itu?

“Kitab (Al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,”
Surah Al Baqarah 2:2

Oh, aku perlu menjadi seorang yang bertaqwa. Jadi bagaimana caranya?

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”
Surah Al Baqarah 2:183

Ya, puasa! Aku mengerti sekarang mengapa Tuhan menyuruhku berpuasa.

Puasa membentuk aku menjadi hamba yang bertaqwa, lalu hanya dengan taqwa aku akan diberikan petunjuk.

Petunjuk hidayah berupa kefahaman terhadap kitab Al-Quran, yang akan membawaku ke jalan yang lurus, jalan yang sama yang pernah dilalui oleh Rasulullah dan para sahabat as-sabiqunal awwalun.

Jalan yang di akhirnya adalah syurga yang teristimewa. Syurga yang mempunyai sungai yang dapat kita bermain-main dengan airnya. Macam Themepark? Atau lebih kepada Waterpark?

Pastinya tidak akan sama seperti yang di dunia kerana syurga itu tidak pernah terlihat oleh mata, tidak pernah terdengar oleh telinga , malah tidak pernah terbayang oleh akal fikiran kita.

Panjang dan indah sekali jalannya. Ayuh kita berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan agar bisa sampai ke syurga! Firman Allah SWT berfirman;

“Puasa adalah perisai yang dengannya seorang hamba membentengi diri dari api neraka dan puasa itu untuk Ku, Akulah yang akan membalasnya.”
Riwayat Ahmad dari Jabir R.A

Terima kasih Allah kerana merahmati dan mengasihi kami dengan Ramadan ini. Ramadan Kareem.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel