≡ Menu

Ingin Bercuti? Jangan Lupa Baca Doa Ketika Musafir

Ingin Bercuti? Jangan Lupa Baca Doa Ketika Musafir

Walaupun kita masih lagi dilanda COVID-19, namun ekonomi secara perlahan-lahan berada dalam tempoh pemulihan. Salah satu caranya adalah dengan membuka semua peluang pelancongan kepada rakyat di dalam negara.

Apabila diumumkan perkara itu, rata-rata memberikan respon yang positif dan mula membuat perancangan untuk bercuti di dalam negara.

Walaupun ia hanya percutian di dalam negara, namun jangan sekadar dipandang sebelah mata kerana sebenarnya banyak sangat tempat menarik yang boleh diterokai.

Melalui beberapa perkongsian yang telah diberikan oleh pengguna media sosial, terlalu banyak tempat yang menarik yang boleh dilawati dan disyukuri.

Malaysia ini kan kaya dengan keindahan alam sama ada yang semula jadi mahupun buatan. Jadi, ayuhlah mengambil peluang ini untuk jelajah tanah kelahiran kita sendiri.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Namun, jangan dilupa akan perkara yang paling penting, iaitu tetap terus menjaga keselematan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Begitu juga, dalam bermusafir, tidak kiralah dekat mahupun jauh, sentiasa meminta kepada tuhan agar Dia melindungi kita daripada segala bahaya.

Pasti kita semua sedar dan mengetahui bahawa doa orang yang musafir ini adalah antara doa yang mudah untuk dimakbulkan, bukan?

Hal ini berdasarkan sebuah hadis sahih daripada Baginda SAW:

Maksud: “Tiga jenis yang dikabulkan doa yang tidak diragukan lagi, iaitu; doa orang yang dizalimi, doa seorang musafir dan doa orang tua pada anaknya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 7510)

Justeru, ambillah peluang ini untuk berdoa dan meminta kesejahteraan dari Allah. Bahkan, Baginda SAW juga mengajar kepada kita semua tentang sebuah doa yang boleh dibaca sebelum memulakan perjalanan.

Doa ini boleh dibaca juga untuk meminta perlindungan Allah daripada segala bahaya yang tidak diingini. Terutamanya pada musim COVID-19 yang dilihat kembali aktif, hanya kepadaNya tempat untuk kita meletakkan pergantungan agar percutian itu sentiasa dijagaNya.

BACA:  Amalkan Doa Ini Untuk Orang Tua Yang Sudah Meninggal Dunia Sebagai Bekalan Pahala Mereka di Alam Barzakh

Daripada Ibn Umar RA berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اسْتَوَى عَلَى بَعِيرِهِ خَارِجًا إِلَى سَفَرٍ، كَبَّرَ ثَلَاثًا، ثُمَّ قَالَ: سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا، وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ

Maksud: “Adapun, Baginda SAW apabila duduk di atas tunggangannya untuk keluar bermusafir, Baginda akan bertakbir sebanyak tiga kali (Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!). Maha Suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah, kami akan kembali.

Ya Allah! Kami mohon kepadaMu agar permusafiran ini di atas kebaikan dan ketakwaan dan ia dikira sebagai amalan yang Engkau Redai. Ya Allah! Kami mohon agar permusafiran ini menjadi mudah ke atas kami. Engkau lipatkanlah jaraknya (supaya menjadi pendek). Ya Allah! Engkaulah peneman permusafiran dan penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan). Ya Allah! Aku mohon berlindung daripadaMu agar Engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika bermusafir, pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1342)

Semoga setiap perjalanan kita dilindungi dan percutian itu berjalan dalam keadaan yang diberkati Allah!

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel