≡ Menu

Ini Ganjaran Yang Diperoleh Dengan Memberi Makan Orang Yang Bepuasa

Kita sedia maklum bahawa amalan pada bulan puasa mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda dan cukup istimewa. Ramai orang mula berlumba untuk bersedekah, memberi makan orang yang berbuka dan meningkatkan amal ibadah. Rata-rata masjid pula menyediakan makanan percuma buat orang yang berbuka puasa hampir setiap hari.

Seperti yang disebutkan di atas, amalan yang khusus dianjurkan dalam bulan puasa adalah memberi makan orang yang berpuasa. Anjuran bersedekah ini banyak disebut dalam Al-Quran, antaranya dalam Surah Al-Munafiqun, ayat kesepuluh.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ”
(Surah Al-Munafiqun 63:10)

Orang yang bersedekah tahu hakikat ganjaran yang tersedia yang dapat membantu mereka di akhirat kelak. Mereka juga menyedari bahawa segala harta dan rezeki yang mereka miliki bukan mutlak milik diri sendiri. Mereka tahu bahawa masih ada bahagian buat orang lain. Jadi sekarang, mari kita lihat apakah ganjaran yang disediakan buat mereka yang memberi makan orang yang berbuka.

#1- Mendapat Pahala Seperti Orang Yang Berpuasa

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Nabi SAW bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”

#2- Disediakan Kamar-Kamar Di Syurga

Dari Ali bin Abi Talib, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ في الجنَّةِ غُرفًا تُرَى ظُهورُها من بطونِها وبطونُها من ظُهورِها فقامَ أعرابيٌّ فقالَ لمن هيَ يا رسولَ اللَّهِ فقالَ لمن أطابَ الكلامَ وأطعمَ الطَّعامَ وأدامَ الصِّيامَ وصلَّى باللَّيلِ والنَّاسُ نيامٌ

“Sesungguhnya di syurga terdapat kamar-kamar yang mana bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari bahagian luarnya.” Lantas seorang arab badwi berdiri sambil berkata, “Untuk siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab, “Untuk orang yang berkata benar, yang memberi makan, dan yang senantiasa berpuasa dan solat pada malam hari di waktu manusia tidur.” (Sahih Tirmidzi, disahihkan oleh Al-Albani)

Ketika Nabi SAW diberi minum, beliau pun mengangkat kepalanya ke langit dan mengucapkan,

اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِى وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِى

“Allahumma ath’im man ath’amanii wa asqi man asqoonii”
(Ya Allah, berilah ganti makanan kepada orang yang memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minuman kepadaku)

#3- Mendapat Ganjaran Hingga 700 Kali Ganda

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة

“Sesungguhnya Allah mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan.” Kemudian Rasulullah menjelaskan: “Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, namun tidak mengamalkannya, Allah mencatat baginya satu pahala kebaikan sempurna. Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai 700 kali lipat banyaknya.” (HR. Muslim, no.1955 – Taraf hadis sahih)

BACA:  Hukum Berkongsi Korban dan Aqiqah Pada Sembelihan Lembu/Unta yang Sama

Hadis ini diterangkan khusus bukan hanya pada bulan Ramadan sahaja sebenarnya, malah terpakai juga di luar bulan Ramadan. Tidak mampu kita bayangkan amalan kecil yang dilakukan begitu besar nilainya di sisi Allah. Rugi kiranya jika kita langsung tidak mengambil peluang yang telah disediakan oleh Allah.

Ulama-ulama Terdahulu Yang Mengamalkan Amalan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa

1. Hasan al-Basri memberi makan saudaranya sedangkan dia berpuasa sunat dan duduk melayan mereka ketika mereka makan.

2. Abdullah bin al-Mubarak memberi makan kepada saudaranya ketika bermusafir dengan makanan yang lazat, sedangkan dia berpuasa.

3. Hammad menjamu setiap malam kepada orang ramai pada bulan puasa seramai 500 orang.

4. Abdullah bin Umar R.Anhuma berpuasa dan tidak berbuka kecuali bersama dengan fakir miskin.

Untuk bersedekah sebenarnya tidak susah. Anda tidak perlu pun berbelanja banyak dan memberi makan kepada ramai orang. Salah satu cara yang mudah adalah bersedekah dengan cara membayarkan makanan lebih apabila berbelanja di bazar. Orang yang datang setelah itu akan mendapat makanan percuma. Jadi, jom apa kata kita cuba!

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel