≡ Menu

Hukum Zikir Selepas Sembahyang Tarawih

Hukum Zikir Selepas Sembahyang Tarawih

Hukum berzikir selepas salam dari rakaat-rakaat solat tarawih yang diamalkan olih umat Islam itu adalah harus dan dapat pahala orang yang berzikir itu yang dijanjikan di dalam Al-Quran dan hadith dan mereka adalah tergolong dalam kalangan orang yang ingat kepada Allah dan orang yang melakukan amal solih.

Berikut kandungan fatwa mufti Negeri Mesir yang telah difatwakan olih Syeikh Ali Juma’ah :

أجازت دار الإفتاء المصرية أن يقوم المصلون بالذكر بين الركعات في صلاة التراويح في رمضان، مشيرة إلى أنه من المقرر شرعًا أن أمر الذكر والدعاء على السعة. وأضافت الدار في فتوى لها أن التسبيح بخصوصه مستحب عقب الفراغ من الصلاة وعقب قيام الليل؛ فقد أمر الله تعالى به في قوله: ﴿فَإِذَا قَضَيْتُمْ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَوْقُوتاً﴾ (النساء 103 )
وأوضحت الفتوى أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم كان يذكر الله عقب الوتر ويرفـع به صوته الشريف؛ فقد روى النسائي في سننه بإسناد صحيح: أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم كان يقرأ في الوتر بسبح اسم ربك الأعلى وقل يا أيها الكافرون وقل هو الله أحد، فإذا سلّم قال: (سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ) ثلاثَ مرات، زاد عبد الرحمن في حديثه: يرفع بها صوته.
وأشارت الفتوى إلى أنه من جهر بالتسبيح والدعاء فقد أصاب السُّنَّة، ومن أسَرَّ أيضًا فقد أصاب السُّنَّة؛ فالكل فعله رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم، ولا ينبغي أن نحجِّر واسعًا، بل الصواب ترك الناس على سجاياهم؛ فأيما جماعة في مسجد رأت أن تجهر فلها ذلك، وأيما جماعة أخرى تعودت على الإسرار فلها ذلك، والعبرة في ذلك حيث يجد المسلم قلبه، وليس لأحد أن ينكر على أخيه في ذلك ما دام الأمر واسعًا. وأوضحت الفتوى أن الأمر المطلق يستلزم عموم الأشخاص والأحوال والأزمنة والأمكنة؛ فإذا شرع الله تعالى أمرًا على جهة الإطلاق وكان يحتمل في فعله وكيفية أدائه أكثر من وجه، فإنه يؤخذ على إطلاقه وسعته، ولا يصح تقييده بوجه دون وجه إلا بدليل، وإلا كان ذلك بابًا من الابتداع في الدين بتضييق ما وسَّعَه الله ورسوله صلى الله عليه وآله وسلم.
وشددت الفتوى على أنه يجب على المسلمين ألا يجعلوا ذلك مثار فرقة وخلاف بينهم؛ فإنه لا إنكار في مسائل الخلاف، والصواب في ذلك أيضًا ترك الناس على سجاياهم فمن شاء جهر ومن شاء أسر؛ لأن أمر الذكر على السعة، والعبرة فيه حيث يجد المسلم قلبه.
المركز الإعلامي بدار الإفتاء المصرية 13/7/2014م

BACA:  Panduan Solat Terawih Buat Ibu-Ibu Yang Tak Dapat Ke Masjid / Surau

Artinya :

“Telah mengharuskan olih Majlis Fatwa Negeri Mesir bahawa para jemaah sembahyang berzikir antara rakat-rakaat sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan. Sungguhnya ia adalah perkara yang berjalan pada syarak bahawa perbuatan berzikir dan berdoa adalah perkara yang diluaskan.
Majlis Fatwa juga menyebut bahawa bertasbih secara khususnya disunatkan selepas selesai dari sembahyang dan selepas selesai sembahyang malam. Maka sungguhnya Allah telah memerintahkan dengannya pada firman-Nya :

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

فَإِذَا قَضَيْتُمْ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَوْقُوتاً

Artinya : Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang maka berzikirlah kamu akan Allah ketika berdiri dan duduk dan ketika kamu berbaring. Maka apabila kamu telah berasa tenteram maka bangunlah mendirikan sembahyang. Sungguhnya sembahyang itu adalah ia atas orang yang beriman satu kewajipan yang diwaktukan.” (An-Nisaak : 103)

Dan telah menjelaskan olih fatwa bahawasanya Nabi saw adalah baginda berzikir kepada Allah selesai sembahyang witir dan mengangkat suara dengan zikir tersebut.

Maka sungguhnya Imam An-Nasaai telah meriwayatkan di dalam kitab Sunannya dengan sanad yang sahih adalah Nabi saw membaca pada sembahyang witir akan سبح اسم ربك الأعلى dan قل يا أيها الكافرون serta قل هو الله أحد .

Apabila baginda memberi salam baginda membaca سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ sebanyak tiga kali.

Abdurrahman dalam hadithnya telah menambahkan “Nabi meninggikan suaranya”.

Fatwa juga memberikan isyarat bahwa orang yang menguatkan bacaan tasbih dan doa sungguh ia telah melakukan hal yang sesuai dengan sunnah Nabi saw dan orang yang memperlahankan juga sesuai dengan sunnah. Kerana semuanya pernah dilakukan oleh Rasulullah saw.

BACA:  Sempena Bulan Ramadan yang Bakal Menjelma, Inilah Tips Bacaan Al-Quran untuk Panduan Kita

Tidak sepatutnya kita melarang perkara yang dilonggarkan tetapi yang benar adalah seseorang itu bolih meninggalkannya sesuai dengan kemahuan mereka.
Di mana saja jemaah masjid yang ingin menguatkannya maka boleh saja mereka melakukannya.

Dan di mana saja jemaah lain yang telah terbiasa dengan perlahan maka boleh saja mereka melakukannya.

Yang menjadi pegangan dalam hal ini adalah menurut yang dirasakan senang pada hati seseorang.

Tidak boleh bagi seorang pun mengingkari saudaranya dalam hal demikian selama perkara tersebut merupakan perkara yang diberi kelonggaran.

Fatwa juga menerangkan bahwa perintah yang mutlaq melazimi kepada umum setiap manusia dan keadaan dan waktu dan tempat.

Apabila Allah mensyariatkan satu perintah secara mutlaq dan dalam hal mengerjakannya dan tatacara menunaikannya ada kemungkinan lebih dari satu cara maka perintah tersebut difahami atas mutlak (yakni tanpa kait) dan kelonggarannya. Tidak sah mengaitkannya dengan satu cara saja dan tidak boleh dengan cara yang lain kecuali dengan adanya dalil. Jika tidak maka hal demikian (mengaitkan perintah yang umum tanpa dalil) merupakan satu perbuatan bid’ah dalam agama dengan menyempitkan apa yang Allah dan Rasul-Nya telah memberi keluasan.

Fatwa menguatkan bahwa wajib atas kaum muslimin untuk tidak menjadikan hal ini sebagai sumber perpecahan dan perbedaan di antara mereka kerana tidak boleh mengingkari masalah khilafiyah.

Yang benar dalam hal ini adalah membiarkan kaum muslim atas kesukaan mereka. Siapa yang ingin zikir kuat silakanlah dan siapa yang ingin zikir perlahan maka silakanlah. Kerana perkara zikir merupakan hal yang mendapat kelonggaran dan yang menjadi iktibar dalam hal ini adalah menurut bagaimana yang ditemukan hatinya.” (Dar Ifta` al-Misriyah bertarikh 13 Julai 2014)

BACA:  Rasulullah s.a.w berpoligami untuk kebaikan masyarakat

Kesimpulannya berzikir samada dengan suara perlahan atau suara yang kuat dan samada ketika menunaikan solat tarawih atau solat lainnya atau ketika mana jua pun adalah sangat dituntut olih agama dan tiadalah orang yang gemarkan kepada berzikir itu melainkan orang-orang beriman yang cintakan akhirat dan tiadalah yang melarang dan benci akan berzikir kepada Allah itu melainkan orang-orang munafik dan syaitan-syaitan.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel