Soal :
Saya ada mendengar seorang penceramah politik berkata tidak ada larangan melantik orang kafir menjadi pemimpin ke atas orang Islam kerana tidak ada larangan dalam Al-Quran berkenaan perkara tersebut. Adakah benar perkataan penceramah tersebut dan apakah hukumnya yang sebenar disisi syarak?
Jawab :
Hukum menaikkan orang kafir menjadi pemimpin ke atas orang Islam adalah haram dan dilarang olih Allah dalam Al-Quran.
Firman Allah Taala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Artinya : “Wahai orang-orang yang beriman jangan sekali-kali kamu mengambil orang Yahudi dan Kristian sebagai pemimpin. Sebahagian mereka menjadi pemimpin sebahgian yang lain. Siapa dari kamu yang menaikkan orang-orang kafir sebagai pemimpin maka dia turut termasuk dalam golongan kafir. Sungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada orang-orang yang zalim.”
Surah Al-Maedah : 51
Jelas dari ayat di atas bahawa hukum melantik orang kafir dan menaikkan mereka sebagai pemimpin adalah haram lagi sesat dan zalim dan akan tergolong dalam kalangan orang-orang kafir disisi Allah.
Perkataan penceramah itu adalah perkataan yang batil dan dusta dan siapa yang mengikut perkataanya adalah sesat dari agama Islam.
Wallahua’lam
Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original)