≡ Menu

Dadah : Setelah Rebah, Bangkit Kembali

“Doa pun tiada gunanya encik.”

Kami berdua hanya senyum. Lelaki kira-kira separuh usia itu meninggalkan pintu hampir dengan tempat kami berbual.

Ya, dia baru berbicara tentang anaknya yang masih bergelumang dengan dadah. Kami faham, tuturnya bukan dibuat-dibuat serta berbaur kecewa yang begitu mendalam.

Kami hanya tersenyum, mengucapkan salam padanya dan menyambung perbualan.

Kami telah lama di arena ini. Arena yang membawa kami bergaul dengan mereka yang melakukan satu kesilapan besar dalam hidup mereka – ketagihan dadah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Saya sebagai petugas yang kerap berinteraksi dengan mereka, manakala Abang Yus (bukan nama sebenar) ialah seorang bekas penagih dadah.

Abang Yus telah lebih 20 tahun meninggalkan bahan terlarang itu. Beliau kini mengurus sebuah badan bukan kerajaan yang aktivitinya membantu penagih dadah untuk kembali ke pangkal jalan.

Kata Abang Yus;

“Memang tidak mudah berhenti menagih. Kita boleh faham mengapa ibu dan bapa mereka begitu sekali kecewa. Saya sendiri pun kadangkala didatangi desakan untuk menagih semula. ‘Trigger’, godaan itu datang sekali-sekala. Cuma yang betul-betul kuat saja akan berjaya.”

Jauh renungan Abang Yus sambil menitipkan pandangannya;

“Mereka ini biasanya pernah terniat untuk berhenti menagih. Tapi selalunya mereka tiada azam yang kuat. Semangat mereka mudah luntur.”

Saya hanya mengangguk lalu membiarkan Abang Yus berbicara. Sambung Abang Yus;

“Saya selalu cakap pada mereka, jangan harap keluarga ubah persepsi atau layanan pada kita. Kita kena ubah diri kita dulu”

BACA:  Selalu Nampak Awet Muda & Kekal Cergas. Ini 11 Rahsia Sihat Dr Hamid Macam Tun Amalkan.

Saya yakin setiap isi kata-katanya berpaksikan pengalaman sebenar.

Tiba-tiba saya teringat pula terjahan minda seorang lagi rakan Abang Yus, juga seorang bekas penagih dadah dalam satu sesi perkongsian pengalaman. Ringkas tetapi padat sekali;

“Masa kita mula menagih dahulu kita belajar dari rakan-rakan. Mengapa bila nak berhenti menagih ini kita malas atau tak mahu nak belajar?”

Abang Yus masih belum puas melontarkan apa yang terbuku di benaknya.

Seorang bekas penagih yang stabil kepulihannya, menurut Abang Yus, biasanya nampak menjaga amal ibadahnya. Kewajipan lima waktu sehari itu tidak ditinggalkan.

Beliau memberi contoh seorang kliennya yang sudah kembali ke dalam masyarakat. Ia telah berumahtangga dan ada pekerjaan yang boleh dikatakan baik.

Demi menjaga solatnya, ia sengaja memilih untuk tinggal dekat dengan surau di kediamannya.

“Satu perkara lagi, kami bekas penagih ni lemah. Proses pemulihan kami adalah sepanjang hayat. Jadi kami perlukan sokongan sesama rakan yang nak pulih. Saya sendiri setiap bulan menghadiri kelompok yang menyokong dan saling membantu kami. Kami berkongsi cerita, meluahkan bebanan rasa serta saling nasihat-menasihati.”

Dalam fikiran saya, benarlah tuntutan berjamaah sepertimana yang selalu difirmankan dalam al-Quran itu tersimpan seribu hikmah dan kebaikan.

Pada penghujung perbualan, Abang Yus menyuarakan sesuatu yang sukar untuk kami rungkai. Pengambilan dadah jenis sintetik seperti syabu, ekstasi dan pil kuda semakin meningkat.

Ramai rakan beliau yang lama menagih syabu misalnya, beliau temui dalam keadaan menyedihkan – mengalami sakit mental, gila selain yang telah menemui maut.

Suatu keadaan yang memerlukan rawatan doktor psikitari serta ketabahan hati yang amat tinggi buat mereka yang di sekeliling pesakit ini.

BACA:  Ambil Ijazah Sambil Berkerja, Abang Polis buktikan tidak mustahil

Muncul pula di memori saya (yang diceritakan oleh seorang bekas banduan) tentang kisah seorang abang yang membunuh adiknya sendiri di sel penjara.

Ia hasil tindakbalas mindanya disebabkan halusinasi yang berpunca daripada penagihan syabu.

Begitulah kalau dilihat pada perangkaan kerajaan, lebih kurang 13,000 penagih dadah syabu yang sedang menjalani pengawasan serta pemulihan pada tahun 2016.

Sahabat-sahabat saya selalu mengingatkan satu prinsip ini – memberi harapan, membantu bekas penagih dan menahan mereka untuk dipulihkan, adalah salah satu usaha pencegahan yang baik.

Pengalaman mereka yang telah kembali pulih ini jika digarap dengan betul, amat berkesan untuk memugar kesedaran anak-anak remaja dan belia.

Malah, semakin ramai mereka ini dibantu, semakin kuranglah mereka yang boleh menarik penagih baru masuk ke kancah penagihan.

Dalam hal ini seorang ustaz kami mengaitkannya dengan ayat al-Quran berikut;

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Surah al-Baqarah 2:160

Tuntutan untuk ‘survive’ dalam kehidupan pada hari ini menjadikan kita sibuk dengan pelbagai urusan.

Pada masa yang sama pengedar dadah giat mencari mangsanya, dengan meningkatkan masa serta komunikasi bersama ahli keluarga, Insya Allah semakin kurang risiko mereka terlibat dengan masalah dadah serta masalah sosial yang lain.

Kerap kali diperingatkan, pencegahan terbaik bermula dari rumah. Dengan Islam sebagai landasannya, kita mampu melakukannya!

 

Sumber: Tazkirah.net 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel