Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan betul. Bersih belum tentu bererti betul. Perkara ini penting agar amal ibadah kita diterima.
Ramai orang merasa ibadah mereka sempurna tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api neraka hanya kerana tidak betul dalam mencuci kemaluannya.
Saidina Abu Bakar R.A pernah hendak mensolatkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan mayat tersebut.
Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya beliau apabila ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki tersebut.
Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular tersebut tiba-tiba berkata;
“Apakah salahku? kerana aku diutus oleh Allah SWT untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”
Setelah diselidik amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan seorang manusia yang telah mengabaikan dalam perkara menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.
Jadi bagaimanakah cara sebenar membersihkan kemaluan kita? Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.
Lelaki
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.
Setelah itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali, sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air hingga bersih.
Wanita
Apabila membasuh kemaluan, hendaklah ia berdehem dan pastikan di cuci bahagian dalamnya dengan memasukkan sedikit jari hantu dan diputar-putarkan sambil disiramkan dengan air bersih.
Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata kerana hanya dengan menyiram air sahaja tidak dapat membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.
Peringatan Penting
Begitu juga semasa membasuh setelah membuang air besar. Sangat penting untuk memasukkan satu jari ke dalam lubang dubur.
Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur. Air disiram hingga terasa najis benar-benar telah hilang dan bersih.
Sudahkah kita amalkan cara membersih kemaluan kita selama ini? jika belum kita amalkan, marilah kita bersama-sama memperbetulkannya supaya diri kita bersih.
Kerana telah dijanjikan Neraka bagi mereka yang tidak istibro’ (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil atau pun hadas besar)
Tiada kata malu dalam urusan agama. Anggaplah ilmu Fiqh itu amat bermanfaat kerana ia menjelaskan sejelas-jelasnya.
Sumber: Tazkirah.net