Adakah anda pernah mencintai seseorang namun ada halangan yang menyakitkan, apalagi jika orangnya sampai menghina anda? Boleh saja hal ini terjadi kepada sesiapa sahaja.
Akan tetapi jangan sampai dibalas dengan kejelekan, apalagi dengan hal-hal yang boleh menyebabkan kerugian bagi diri anda sendiri, sebab jika anda membalas dengan kejelekan hanya akan menimbulkan permusuhan yang lama.
Didalam islam ada syariat yang harus kita lakukan jika kita mengalami permasalahan yang sedang kita hadapi, jika anda mempunyai permasalahan seperti diatas cubalah berikhtiar dengan amalan berikut ini.
Amalan ini terdapat didalam Surah Yusuf Ayat 4, yang berbunyi ..
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada ‘Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
artinya: “Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: ‘Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan, semuanya sujud kepadaku.” QS. Yusuf: 4)
Ayat tersebut dibaca selepas solat Isyak sebanyak 3X, dan tujukan kepada orang yang anda maksud, Insya Allah orang yang tadinya membenci anda akan berbalik mencintai anda.
Surah yusuf ayat 4 dibaca 3x ini merupakan salah satu amalan ilmu pengasihan yang sangat ampuh dikalangan para penggiat ilmu hikmah. Amalan surah yusuf ayat 4 ini banyak diamalkan untuk yang menginginkan aura pengasihan, aura jodoh, aura ketampanan dan kecantikan keluar dalam dirinya.
Manfaat dan khasiat surah yusuf ayat 4 ini juga bisa dirasakan dengan begitu ampuh bagi pengamalnya. Ayat surah yusuf ayat 4 ini kemudian sering dijadikan wasilah untuk berdoa kepada Allah swt agar diberi aura seperti Nabi Yusuf.
Cara mengamalkan surah yusuf ayat 4 ini berbeda-beda untuk mencapai tujuan yang berbeda pula. Ada yang dibaca 3x, ada yang dibaca 7x, ada yang dibaca 100x tergantung dengan keinginan atau hajat yang mengamalkannya.
Penting: Jangan menggunakan amalan ini untuk kepentingan yang tidak baik, apatah lagi jika ada niat yang melanggar larangan Allah, kerana amalan ini adalah ayat dari Al-Quran, jangan sampai disalah gunakan!
Sumber: www.karteldakwah.com