≡ Menu

Apostates in Malaysia and Singapore

Pihak Islam Itu Indah telah menerima email dari seorang pengadu yang sangat perihatin tentang kewujudan kumpulan Apostates in Malaysia and Singapore (Murtad di Malaysia dan Singapura). Kumpulan ini mempunyai Group di Facebook dengan menggunakan nama Apostates in Malaysia and Singapore.

Objektif utama kumpulan ini adalah untuk membincangkan mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan persoalan murtad di Malaysia, persoalan agama Islam, persoalan Melayu Islam, dan lain-lain. Tetapi apa yang dapat dilihat pada group mereka di Facebook, kebanyakkan mereka menghina Islam termasuklah gambar-gambar yang di edit. Semasa artikel ini ditulis, mereka mempunyai seramai 217 orang pengikut. Berikut adalah email yang dikirim oleh pengadu tersebut.

From: XXX [PENTING] Subject: Apostates in Malaysia and Singapore

Message Body:
Assalamualaikum,

Saya hanya prihatin dengan hal2 sebegini. Walaubagaimanapun, saya tidak pasti ke
mana harus saya salurkan isu ini memandangkan saya tiada punya kuasa tertentu untuk
mengambil sebarang tindakan.

Saya faham jika mesej ini agak tiba2, namun saya rasa mungkin pihak tuan punya
‘kuasa’ atau pertalian untuk melihat isu ini dengan lebih mendalam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Persatuan murtad di bawah yang menyatukan warganegara Malaysia dan Singapura terlalu
bebas menghina kesucian Islam. Jika dilihat betul2 pada gambar khinzir di bawah,
perkataan suci Allah diedit pada bahagian belakang haiwan berkenaan.

Saya khuatir yang akhir2 ini, golongan2 ini semakin berani.

Saya juga kesal kerana tiada mampu selain merasa sedih dengan tindakan kumpulan ini.

Yang prihatin,

Apostates in Malaysia and Singapore
https://www.facebook.com/home.php?sk=group_117676498244829

Berikut merupakan sedikit pengenalan kepada Apostates in Malaysia and Singapore sperti yang terdapat di group Facebook mereka.

Islamic apostates in Malaysia and those who support them. This group has the goal to network the apostates of Islam from Malaysia and those who would like to offer support and discuss about this issue.

The Apostates in Malaysia group offers a safe place for those who are trapped by Islam in Malaysia. Feel free to introduce yourself, share your stories and concerns, anything you like. This place is especially for you. 🙂

By government orders, Faith Freedom International (faithfreedom.org) is currently banned by every ISP in Malaysia. Internet usage is also highly monitored in Malaysia today. Those found to be accessing and/or publishing disagreeable contents according to the Malaysian government and the Islamic government of Malaysia are subject to arrest and up to a heavy degree of indeterminable punishment. Apostasy, according to a fatwa issued my the Islamic government of Malaysia, a national security threat and treason. Therefore, for security reasons, I encourage those who are apostates especially in Malaysia to use a secondary Facebook account to participate in this group.

Everyone is welcomed to join this group and participate in the discussions. Being an apostate is such an intimate and troubling concern to individuals who are affected in Malaysia, therefore it only makes sense that we have compassion as there is already weight of the burden that they carry – this can be a wonderful place for everyone if we decide to make the conscious effort to be nice to each other here 🙂

—-

Murtad di Malaysia

Kumpulan ini terbuka kepada mereka yang murtad dari Islam di Malaysia dan pihak-pihak yang ingin menyumbangkan sokongan moral kepada mereka yang murtad. Objektif kumpulan ini adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia. Kumpulan ini juga terbuka kepada perbincangan mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan persoalan murtad di Malaysia, persoalan agama Islam, persoalan Melayu Islam, dan lain-lain.

Kerajaan Malaysia telah bertindak dengan menyekatkan laman web yang bertajuk Faith Freedom International (Kebebasan kepada Kepercayaan Antarabangsa) di alamat: http://faithfreedom.org. Penggunaan Internet di Malaysia kini sedang dikawal dengan ketat. Mereka yang dijumpai dan dipercayai oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Islam di Malaysia menyalahgunakan Internet adalah mereka yang mengakses dan mengeluarkan maklumat yang tidak disetujui oleh matlamat pengislaman negara Melayu Malaysia. Kawalan ini telah melibatkan rakyat Malaysia yang hanya bersuara di Internet ditangkap dan dihukum dengan berat. Murtad telah difatwakan oleh kerajaan Islam di Malaysia sebagai ancaman keselamatan negara dan jenayah berat. Oleh itu, demi menjamin keselamatan rakyat-rakyat Malaysia yang murtad dari Islam, mereka yang murtad dari Islam tidak galakkan menggunakan nama sebenar seperti tercatat dalam rekod negara seperti tertulis di kad pengenalan warganegara apabila ingin melibatkan diri dalam perbincangan murtad di kumpulan Facebook ini.

Walaubagaimanapun, semua dijamin keselamatan peribadi dan digalakkan berbincang dengan menghormati antara satu sama lain. Seseorang yang telah murtad dari Islam biasanya mengalami krisis peribadi yang merisaukan keselamatan and hubung-kait dengan keluarga dan umat Islam di sekelilingnya. Jadi, marilah kita semua menjadikan tempat ini sebagai tempat pelindung kepada murtad-murtad di Malaysia dan menghulurkan bantuan and sokongan kepada mereka. Ini boleh menjadi tempat yang selamat penuh dengan dorongan dan sokongan kepada apa jua pilihan yang dibuat oleh mereka yang murtad. Tanggungjawab kita semua hanyalah untuk menerima mereka ini sebagai seseorang individu yang berhak membuat pilihan, dan juga menerima mereka sebagai individu yang berhak untuk hidup dan bebas dari hukuman Sharia Islam.

Semoga pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan lanjut terhadapt kumpulan ini.

P/S: Sebarkan artikel ini untuk kebaikan bersama.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Arak Musuh Global