General

Yang Buat Haji Hati-hati Scammer Berjubah Putih di Tanah Suci

Aku keluar dari hotel agak lewat sikit utntuk solat jumaat, ruang solat di sebelah dalam sudah penuh. Jadi, aku hanya solat di kawasan dataran Masjid Nabawi.

Selesai solat jumaat, jemaah berpusu-pusu keluar. Aku masih duduk di atas sejadah, berzikir dan berdoa.

Bila jemaah sudah mula bersurai, aku pun bangun. Tiba-tiba aku disapa oleh seorang lelaki berjubah putih dan berjanggut senyum kepada aku. Adakah dia adalah malaikat utusan Tuhan di tempat dan hari yang mulia ini?

Lalu, dia memeluk bahu aku dan bertanya.

“Malizi?”

“Naam” jawab aku.

Kemudian dia pegang poket jubah aku tanda ingin meminta wang sambil buat cerita sedih.

Aku dah dapat agak niat jahat dia.

Aku pun terus membentak sambil menghalau dia.

“Kau Apahal!!?” (Acah-acah je bagi dia takut)

Bila dia lihat aku mengamuk, dia pun beredar dan cari mangsa lain.

Aku perhati dari jauh, dia pergi kepada orang melayu lain. Samada warga Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura ataupun Brunei.

Aku rasa dia tau orang Melayu ni terlalu baik hati. Kalau pergi dekat orang arab, memang kena maki la.

Dia mendekati seorang jemaah Indonesia ni, dia guna modus operandi yang sama sepertimana yang dia buat kat aku tadi.

Mula-mula mamat tu keluarkan duit seriyal seriyal. Lepas tu, scammer ni pau lagi. Dia bagi 5 riyal lagi. Lepas tu, scammer ni terus ambil semua duit kat tangan mamat tu tanpa rasa bersalah dan terus blah.

Mamat tu macam blur dan macam terpukau bagi je semua duit dia dalam poket. Mungkin dia rasa orang yang dia bantu tu orang soleh atau sheikh.

BACA:  Apa sebenarnya Freemasonry?...Bolehkah Fakta Ini Dipercayai?

Bayangkan, kalau dia jumpa 10 orang mangsa setiap hari dan ada yang terpedaya. Jemaah yang datang ni bukan semua orang senang. Menabung bertahun-tahun untuk boleh tunaikan fardhu haji.

Orang seperti ini, memang ada merata-rata. Contoh lain, ada yang jual produk ubat tepi jalan katanya khasiat produk tersebut boleh sembuhkan bermacam penyakit. Kita pun tak tau apa kandungan dan ada kelulusan tak produk tu.

Pesanan saya kepada para jemaah haji semua, memang niat kita dan semua jemaah datang tanah suci ni untuk ibadah. Tapi, jangan sangka semua orang kat sini malaikat. Selagi namanya manusia pasti ada yang berniat tidak baik dan mengambil kesempatan di atas kebaikan kita.

Kalau ada ahli keluarga anda yang sedang mengerjakan haji, tolong pesan-pesan ye.

Tulisan: Tuan Zabidi Haji Azhar

 

Sumber: Pujangga Mama

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *