Waspada dengan muslihat Yahudi

July 2nd, 2011 | 4:24 pm | Akidah, Isu Semasa | 20 responses

PERSELISIHAN antara kaum Yahudi dengan umat Islam bukan perkara yang baharu. Allah SWT telah menegaskan di dalam al-Quran bahawa kaum Yahudi itu sama sekali tidak akan senang dengan umat Islam sehingga mereka berjaya mempengaruhi umat Islam supaya mengikut jejak langkah mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. (al-Baqarah: 120)

Menurut riwayat al-Tha’labi dari Ibn Abbas, sebab penurunan ayat ini adalah kaum Yahudi dan Nasrani sangat mengharap agar Nabi Muhammad SAW bersolat menghadap ke kiblat penyembahan mereka.

Namun Allah telah memalingkan kiblat baru bagi umat Islam menghadap ke Kaabah di Mekah. Justeru, kaum Yahudi dan Nasrani berkomplot dan berusaha untuk mempengaruhi Nabi supaya menyetujui arah kiblat yang sesuai dengan agama mereka.

Lalu ayat ini diturunkan oleh Allah bagi memberi penegasan bahawa kaum Yahudi dan Nasrani sama sekali tidak akan bersetuju dengan Nabi walaupun permintaan mereka ditunaikan.

Kalimah Lan Tardho dalam ayat tersebut yang bermaksud “tidak akan meredai selama-lamanya” harus menjadi ingatan kepada umat Islam seluruh dunia agar berhati-hati dan berwaspada dengan mainan kotor dan taktik jijik yang sering digunakan oleh kaum Yahudi khususnya dalam misi mereka untuk menghancurkan umat Islam.

Amaran juga diberikan oleh Allah agar umat Islam jangan sesekali taat kepada golongan ini. Sebabnya, mereka sentiasa cuba memesongkan umat Islam dari landasan yang benar.

Selain itu, ahli agama di kalangan mereka juga selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al-Quran (rujuk ayat 146 surah al-Baqarah).

Sejarah juga membuktikan kaum inilah yang menyihir Nabi. dilakukan oleh seorang Yahudi yang bernama Lubayd bin al-A’som daripada Bani Zuraiq.

Begitu juga seorang wanita Yahudi pernah menghidangkan daging kambing beracun dengan tujuan jahat untuk membunuh baginda.

Justeru, sejarah membuktikan bahawa membinasakan dan membunuh manusia bukan perkara yang asing bagi kaum Yahudi sehinggakan Nabi pun sanggup dibunuh oleh mereka, apatah lagi umat Islam yang lain.

Maka, Allah melaknat kaum ini disebabkan sifat-sifat mereka yang jahat dan terkutuk ini, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh (al-Maidah: 78).

Walaupun menjadi kaum yang dilaknat dan terkutuk, mereka masih meneruskan sifat-sifat buruk yang sebati dalam diri mereka. Umat Islam pasti tidak dapat melupakan kezaliman Yahudi ke atas umat Islam dan telah terpahat sebagai satu malapetaka besar kepada dunia dan juga keamanan sejagat iaitu peristiwa Nakhbah Palestin pada 15 Mei 1948.

Tarikh yang malang ini memulakan detik yang paling mendukacitakan umat dunia yang cintakan keamanan kerana pada tanggal ini negara haram Israel ditubuhkan. Bermodalkan penipuan, rampasan, penindasan dan pembunuhan, negara haram Israel berjaya ditubuhkan sekali gus menafikan hak wilayah berdaulat Palestin.

Penubuhan negara haram Israel yang direstui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), British dan konco-konconya ini akhirnya menjadi permulaan kepada penderitaan rakyat Palestin. Rakyat Palestin dihalau keluar dari tanah air tempat tumpah tumpah darah mereka.

Kampung halaman, ladang-ladang pertanian serta ternakan rakyat Palestin semuanya dimusnahkan. Bumi Palestin serta merta menjadi medan penghapusan etnik terbesar dan dilakukan di depan masyarakat antarabangsa tanpa berselindung lagi.

Rejim zionis tanpa segan silu mencabuli wilayah Palestin, merampas tanah dan juga hasil bumi, menghalau serta membunuh warga Palestin. Air mata ibu-ibu Palestin mencurah-curah mengalir, anak-anak teresak-esak dengan tangisan, anak muda mula bangkit mengorak perjuangan membebaskan Palestin.

Dianggarkan lebih 750,000 rakyat Palestin diusir dari kampung halaman dan dipaksa pindah ke Gaza dan Tebing Barat. Mereka dilonggok di suatu tempat dan disekat dalam semua keadaan.

Khemah-khemah pelarian dibina sebagai penempatan sementara manakala bekalan makanan, ubat-ubatan, bekalan elektrik dan air semuanya dicatu.

Tidak dapat terbayang di akal fikiran manusia yang waras bagaimana penjajahan terbuka, bersistematik dan zalim ini dapat berjalan dengan lancar walaupun PBB masih lagi berkuasa.

Hak dan kedaulatan rakyat Palestin dicabuli mereka di depan mata dunia. Tiada langsung pembelaan dari negara-negara yang melaung-laungkan kebebasan hak asasi manusia dan keamanan dunia.

Negara-negara Arab yang bersempadan dengan Palestin juga tidak berupaya untuk bersuara dan berusaha.

Peristiwa Sabra dan Shatila, pengusiran dan penghapusan etnik secara sistematik, perluasan wilayah penjajahan secara berperingkat dan pembinaan penempatan haram Yahudi merupakan antara siri-siri pencabulan hak asasi manusia yang masih berlangsung sehingga sekarang.

Pelan demi pelan diatur, perjanjian demi perjanjian dimeterai namun penyelesaiannya masih belum berhasil. Sebabnya, Israel sewenang-wenangnya mencabuli setiap ketetapan yang dicapai dan mendabik angkuh dengan bantuan sekutu rapatnya Amerika.

Pencerobohan dan penindasan Israel terhadap umat Palestin pada tahun 1948 merupakan titik tolak kepada keganasan global yang berlaku dewasa ini.

Keganasan yang diasaskan oleh rejim zionis ini berterusan sehingga kini dan memangkin kepada kezaliman, penindasan dan pembunuhan yang ‘dihalalkan’ oleh PBB.

Akhirnya, respons agresif yang terhasil daripada ketidakadilan ini menjadikan dunia ini seolah-olah tidak lagi selamat untuk didiami.

Kezaliman ke atas umat Palestin ini patut menginsafkan kita tentang nilai sebenar erti kemerdekaan. Nilai dan kedaulatan sesebuah negara dapat dirampas dengan mudah sekiranya kita tidak bersedia dan berupaya mempertahankannya.

Pergolakan dalaman, pengkhianatan, pecah amanah, korupsi, penyelewengan dan sebagainya mampu membuahkan bibit-bibit perpecahan, sekali gus membuka ruang campur tangan kuasa asing.

Sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana, tidak mustahil ‘Nakhbah’ Malaysia pula akan menimpa negara kita yang tercinta ini.

Pengajaran daripada Nakhbah Palestin ini harus dihayati dan dicermati oleh setiap rakyat Malaysia. Ia merupakan pengajaran yang sangat penting bagi kita dalam mempertahankan tanah air daripada campur tangan kuasa asing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(20)

  1. 1

    Keburukan yang banyak dilakukan oleh orang Yahudi kenapa Allah tak dapat menahan ? Adakah Allah tak berkuasa sehingga nak guna umat Islam berperang dengan orang Yahudi ? Allah yang maha kuasa kenapa masih tak dapat menyelesai masalah mereka sehingga zaman ini ? Semua manusia adalah sama yang pencipta agamalah menyebab banyak perselesihan antara manusia

    • 2

      astaghfirullahalazim. jangan cakap mcm tu! Allah saja nak bagi diorang rasa ‘menang’ dulu. Allah dah kunci hati diorang dan hitamkannya, dan merekalah orang2 yg akan rugi. jangan risau, kemurkaan Allah, tiada yang mampu menahannya. mereka itu kaum yang dilaknat. akan ada pembalasan yang setimpal. Allah Maha Adil. Dia juga Maha Kuasa.

    • 3

      astaghfirullahalazim..jangan mempertikaikan tentang kekuasaan Allah swt sesungguhnya Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita seluruh umat islam…jangan terlalu mempertikaikan takut nanti akidah terpesong..”Nauzubillah min zalik”

    • 4

      banyak kan istigfar ya bang…..

  2. 5

    bukannya Allah tidak berkuasa.sudah tertulis dalam Quran akan semua sifat-sifat Yahudi ini.manusia yang tidak mengkajinya sedalam-dalamnya lalu terjatuh ke dalam kemelut ini.sesungguhnya kita dijadikan pencipta kita Allah untuk berfikir.gunakan otak peace,berfikir mencari jawapannya.

  3. 6

    contohnya peace,kalau seseorang itu menagih dadah, maka adakah penagih dadah itu tidak bertanggungjawab atas tindakannya menagih dadah.maka dia meletakkan kesalahan itu kepada persekitarannya, ibu bapanya dan Tuhannya.saya tengok peace termasuk ke dalam pemikiran sebegini.bawa bersabar ye.fikir sedalam-dalamnya.otakmu dijadikan untuk berfikir.

  4. 7

    Salah satunya yang dah lama bertapak di Malaysia ialah demokrasi dan materialisme.

    Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(surah al-baqarah ayat 109)

    Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.)surah al-a’raf ayat 167)

  5. 8

    Semua manusia adalah sama. Manusialah yang mencipta berbagai agama bahasa, adat resam, bangsa kerana untuk kekuasaan. Masalah inilah menyebab perselisihan antara manusia. Jadi manusia patut menghindari kepecayan tersebut menjadi dunia ini lebih aman kerana Allah tak pernah menolong manusia yang manusia perlu sesama menolong

  6. 9

    Yalah mana Allah kenapa tak datang tolong umat Islam? Perselisihan antara Yahudi dengan umat Islam sampai sekarang masih tak habis-habis. Mana dia Allah yang maha kuasa?

  7. 10

    Yahudi juga manusia, ada beberapa hal yg harus dicontoh dari Yahudi.

  8. 11

    kenapa mempersoalkan tentang kekuasaan Allah? Kenapa harus berfikiran negatif? sedangkan kejadian manusia sebaik-baik alam dicipta oleh Allah S.W.T… fikirkanlah dahulu sebelum berkata-kata. TanpaNya wujudkah manusia pada hari ini? biarpun kita tidak nampak Allah S.W.T tidak bermakna Allah tidak wujud. Soalan saya kepada anda… pernahkah anda melihat otak anda? pernahkah anda menyentuhnya? kalau tidak, tak bermakna otak anda tidak wujud.

  9. 12

    Betul boy ! Orang Yahudi banyak menyumbang kemajuan dunia. Banyak sumbangan sains dari orang Yahudi. Mereka juga sembah satu tuhan tetapi ajaran mereka tidak terlampau paksa mereka mengikut ajaran agama. Dengan ini menjadi mereka lebih bebas berfikir dan rajin berniaga.

    • 13

      “Mereka juga sembah satu tuhan tetapi ajaran mereka tidak terlampau paksa mereka mengikut ajaran agama.”

      - sye rase statment saudara ne mungkin tak berape tepat. umat islam selepas kewafatan nabi rajin berniaga. saudagar arab yang menjalankan perniagaan di laluan sutera sgt berjaya. mereka mengerjakan amalan agama mereka bukan kerana ‘terpaksa’ itu harus ingat. kalau ingat terpaksa beribadah, mmg la susah. sya tanak cakap ape2 pasal iman sbb itu hak masing2 dengan tuhan.

      “Dengan ini menjadi mereka lebih bebas berfikir dan rajin berniaga”

      - yahudi tidak terlalu terpaksa mengikut ajaran agama mereka lalu membolehkan mereka berjaya? thinking out of the box? haha, probably you’re confused here. Jews obviously loved this world. they would do anything to stay in this world that they believe they own it all the scientific discover are made by them. Genius, smart are their trait and so does their ‘black’ trait.. poisoning the minds of others into following their steps towards dis-believing one true God, Allah. except for that, they are fine.

  10. 14

    Kita harus berwaspada dengan orang Yahudi. Kt Malaysia pn byk ikut amalan Yahudi. Dulu kita cuti hari Jumaat (Penghulu segala hari) skrg byk negeri cuti hari Ahad (Sunday – Hari Matahari). Begitu juga amalan pemakanan kita, kita byk ikt acuan Yahudi. Contoh: kalau org sakit x ckup darah kita di suruh mkn organ dalaman – hati. tp nabi melarang. Knp kita x ikut sunnah???? mkn buah sblm mkn bkn slps mkn. Byk lagi…. apa2 pn yg terbaik nabi tglkan kita 2 iaitu Al-Quran N Sunnah

  11. 15

    Menuntut ILMU sampai ke liang lahad..Apa makna tersirat….Betapa kerdil kita ini di sisi ALLAH SWT…Ingatlah minda orang berilmu lagi beriman tidak sama macam langit dan bumi perbezaannya…Rujukan utama kita adalah AL-QURAN dan AS SUNNAH tiada kompromi…sumber lain tertolak sebagai PANDUAN HIDUP dengan berguru-belajar kepada ulama yang lurus perjalanan AD DINnya..Sumber rujukan lain adalah kesampingan dan alternatif saja…Al Quran datang dari Allah swt dan As sunnah adalah tatacara perjalanan hidup nabi saw sebagai ikutan semua umat Islam sejagat. Perbezaan cuma dari mahzab saja…INGATLAH KALAU ALLAH SWT TELAH MELAKNAT BANGSA YAHUDI INI AKAN TERCABUTLAH SEGALA PERSOALAN MENGENAI MEREKA.. ALLAH SWT TIDAK LAGI MEMANDANG MEREKA DAN SAMPAI MASA AKAN MENGHANCURKAN MEREKA DENGAN TIDAK TERFIKIR OLEH MINDA MEREKA SENDIRI…Walaupun mereka hebat segala-galanya..Seluruh kutukan akan menimpa mereka…Malaikat, bangsa manusia, binatang, penduduk langit, bumi serta segala mahluk yang di ciptakan oleh Allah Swt akan mengutuk mereka….INGATLAH HEBAT DI DUNIA INI HANYA SEMENTARA SAJA…Bumi akan hancur…kiamat….. AKHIRAT YANG KEKAL ABADI SELAMANYA…

    • 16

      osama dan boy ni mungkin orang kafir~bukan Islam..jadi harap saudara2 Islam jangan terpedaya oleh kata2 mereka..bacalah Al Quran..fahamilah isi kandungannya..moga2 terhindar dari kefasikan dan rosak aqidah..na’uzubillahiminzalik..kepada saudara peace..yakinlah bahawa Allah itu maha pengasih dan maha mengasihani..umat Islam yang ditindas~Palestin..sesungguhnya Allah ingin memberi kepada kamu ‘syahid’..tidakkah kamu mengingininya..? tanyalah kepada umat Islam seluruh dunia..pasti mereka semua ingin mati syahid..mati yang tiada pertimbangan..tiada azab kubur..tiada titian silaturrahim..terus kesyurga firdausi..subhanallah..zalim kah Allah..? Allah tidak zalim malah maha pengasih..yang zalim ialah yahudi israel laknatullah..akan ada pembalasan bagi kaum ini nanti..lupakah kepada bekas PM israel..?Boris Yeltsin..sekarang dalam azab Allah..tiba2 diserang strok..koma..hingga sekarang belum mati2..dikatakan berat badannya tinggal cuma 15kg..tahu kenapa..?sesungguhnya itu lah hukuman Allah kepada orang2 yang zalim..

  12. 17

    kpd saudara/saudari PEACE DAN ZAMAN BARU, banyakkan istighfar kalau anda seorang islam.. ASTAGHFIRULLAHAL’AZIM..

  13. 18

    jangan mencontohi kaum yang terang2 telah dilaknat oleh Allah..perlakuannya hanya akan menyesatkan umat Islam..astaghfirullahal’azim..

  14. 19

    Jangan kesempitan fikiran ini zaman modern. Semua manusia adalah sama jangan bahagi-bahagikan. Orang pertama apa bangsa? Pemimpinlah menjadi manusia dibahagikan menyebab masalah perkauman

    • 20

      Moga mereka ini mendapat hidayah Allah s.w.t

Leave a Reply

CommentLuv badge