Keluarga, Tazkirah

Wanita Boleh Menjadi Lembut Dan Boleh Berubah Menjadi Keras

Terbaca kisah-kisah ceraikan isteri sebab dah ada isteri baru, sedih sangat. Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik sahaja untuk semua.

Satu sahaja saya nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini adalah amanah Allah untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tidak suka kita ceraikan.

Lainlah beliau ada lelaki lain atau sebab yang besar munasabah. Kita manusia adalah mulia sebaik-baik kejadian.

Kita sayang kerana Allah, walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk reda Allah. Lihat isteri, kenangkanlah ibu kita, kenangkan anak perempuan kita. kenangkanlah. Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa seorang ustaz.

“Ustaz, isteri saya baik, rajin, solehah, semua kerja rumah dia buat, senyum je, sempurna rasanya, bestkan ustaz?

Ustaz jawab secara berfikir dan berkata;

“Isteri kamu ahli syurga insyaAllah. Tetapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka.”

Kenapa pula ustaz;

“Dah kalau semua isteri kamu buat. Kamu buat apa?”

Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan, dalam kata lain saling bantu-membantu dan bertolak ansur.

Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tidak nampak baik satu sama lain. Allah sayang, dia uji kita.

Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat reda Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak.

”Tapi ustaz, isteri saya degil, pemalas dan tidak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya.”

BACA:  Tulis Komen Buruk Di Media Sosial – Adakah Dianggap Ghibah?

Dia senaraikan buruk isteri dia. Saya berkata;

“Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim di rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah. Dulu abang nampak isteri abang dulu cantik, menawan, sexy dan semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? “

”Semua takde ustaz.”

”Sekurang-kurang abang dah buat semua tu jika masih tidak berubah barulah fikir yang lain-lain. Ini tidak pernah bawa isteri abang berada di jalan Allah pun lagi.”

”Baik ustaz.”

Dia bawa isteri datang keluarga sunnah. Sehari dalam keluarga sunnah. Lepas itu dia bawa isteri 3 hari belajar iman. Mula buat taklim rumah. Mula makan dalam dulang berjemaah. Mula bersama-sama dekat diri pada Allah. Didik isteri anak solat dan bagi masa untuk keluarga.

Dia Jumpa saya semula dan berkata;

“Ustaz hidup kami dah bahagia. Baru saya rasa kahwin setelah sekian lama. Kalau tahu dari mula kahwin ajak belajar agama. Belajar iman. Dekat pada Allah. Makan suap-suap. Kerana sunnah semua ajaib. Ajaibkan ustaz. “

Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.

Suami tidak boleh jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tidak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab itu kita lelaki. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga.

Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga. Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu.

BACA:  Beberapa Amalan Di 10 Hari Terakhir Ramadan

Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *