General

Wajibkah Muallaf Tukar Nama Selepas Memeluk Islam?

Nama adalah sangat penting bagi seseorang. Agama menyuruh kita menggunakan nama yang baik.

Rasulullah saw menyuruh kita memakai nama yang baik-baik dalam sabdanya :
فَأَحسِنُوا أَسمَاءَكُم

artinya : “Maka elokkanlah nama-nama kamu sekelian.” (Hadith Abu Daud)

Terjadi pesoalan adakah muallaf wajib menukar namanya kepada nama arab atau seumpamanya. Jawabnya tidak wajib. Kerana bahasa yang berbagai di dunia ini tidak pernah dilarang dalam agama.

Nabi saw diutuskan kepada manusia bukan untuk menukar bahasa manusia tetapi membetulkan aqidah dan cara hidup.
Olih itu nama dalam bahasa apa pun dalam dunia ini tidak salah selagi tidak mempunyai nama yang keji, hina, syirik atau buruk.

Jika sebelum Islam namanya menggunakan nama Inggeris atau Jepun atau Cina atau India umpamanya dan tidak ada maksud yang tidak baik jika diterjemahkan maka tidak mengapa kekal dengan nama lamanya itu.

Tetapi jika ditukar juga dengan nama-nama Nabi dan seumpamanya maka ia adalah elok.

Adapun jika namanya mempunyai pengertian yang tidak baik maka perlulah ditukar sekalipun nama yang berbahasa arab.

Dalam hadith Abu Daud :

وَغَيَّرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْمَ الْعَاصِ وَعَتَلَةَ وَغُرَابٍ وَحُبَابٍ وَشِهَابٍ وَحَرْبًا

artinya : “Dan pernah nabi saw menukar nama Al-‘Ass ( degil) dan ‘Atalah (nama syaitan) dan Ghurab (gagak) dan Hubab (nama ular) dan Syihab (nyalaan api) dan Harbun (perang).

Kesimpulannya tidak wajib menukar nama asal ketika belum Islam selagi namanya itu bermaksud baik.

Dan jika nama asal bermaksud tidak baik maka hendaklah ditukar sekalipun nama orang yang sedia beragama islam.

Wallahua’lam

 

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) 

BACA:  Rai Bulan Rasulullah: Doa Mudah Dimakbulkan Dosa Diampunkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!