Keluarga, Uncategorized

Wahai Suami, Ciumlah Kening Isteri Anda Sebelum Pergi Kerja, Anda Pasti Terkejut Dengan Kesannya!


Sebelum berangkat bekerja dipagi hari, biasakanlah cium anak dan isteri Anda. Dengan begitu ada kebahagiaan yang mereka dapatkan dari ayah tercinta. Cium kening mereka satu persatu dan ciumlah pipi kanan dan kiri mereka dengan penuh kelembutan hati. Berkasih sayang dengan cara berciuman adalah salah satu bentuk kasih sayang seorang ayah kepada anaknya dan seorang suami kepada isterinya. Kening perempuan adalah sumber ketenangan dan semangat untuk suami, kerana kening adalah saksi dari ketaatan pada Tuhan.

Keninglah, perantaraan tunduk makhluk kepada Penciptanya. Keninglah bahagian tubuh pertama yang mengaku, bahawa Tuhan adalah Maha Tinggi, sementara diri adalah rendah.

Keninglah yang bersujud. Kening berada paling bawah, sebagai simbol bahawa tiada yang lebih tinggi daripada Tuhan. Padahal kening adalah bahagian tubuh kita yang paling tinggi. Maka pada kening perempuanlah Tuhan hembuskan sumber ketenangan. Maka tidak hairan jika suami boleh merasakan ketenangan setelah mengucup kening isterinya.

Lalu, apakah sama keadaannya dengan tangan suami yang dicium isteri? Perempuan mencium tangan suami bukan semata menempelkan bibirnya. Ada doa yang dia panjatkan di tangan suami, semata meletakkan doa disana, kerana dengan tangan itulah suaminya bekerja untuk orang-orang yang dicintai dan disayanginya. Lewat ciuman di tangan suami, seorg isteri sedang memohon pada Tuhannya, agar menjaga tangan suaminya dari hal-hal yang dibenci oleh-NYA.

Melalui ciuman yang diletakkan di tangan suami, seorang isteri menitipkan doa agar Tuhan menjaga tangan suami untuk menjaga kasih sayangnya dan tidak mengambil yang bukan haknya… Terkadang kita sering meremehkan hal kecil yang satu itu. Ciuman sering kita lupakan dalam keseharian kita. Kita terlampau pelit memberikan kecupan dikening, dan ciuman kepada buah hati kita. Pada hal ciuman adalah salah satu sarana untuk menyampaikan rasa sayang kepada mereka. Dengan begitu akan ada kedamaian dihati mereka.

BACA:  3 Cara Menenangkan Hati Anak

Kucupan lembut dan mesra dari suami kepada istri atau dari seorang ayah kepada anak-anaknya sangat diperlukan. Ketika berangkat dipagi hari, anak dan isterimu masih tertidur. Tentu ada cara lembut untuk membangunkan mereka. Ciumilah satu persatu mereka seraya berkata dengan penuh kelembutan, “Ayah pergi kerja dulu, ya sayang.

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *