Isu Semasa

Visa Elektronik Diproses Dalam Masa 30 Minit Memudahkan Jemaah Umrah

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mewujudkan sebuah platform khas yang berfungsi mengeluarkan visa umrah secara elektronik. Langkah ini diambil bagi mempercepatkan lagi segala proses birokrasi yang ada.

Pihak yang ingin memohon visa secara elektronik dapat terus mengakses e-portal, di mana pengguna boleh menyemak pakej perkhidmatan, memilih pakej dan memohon visa elektronik melalui proses atas talian sahaja.

Jika segala maklumat yang diisi betul, proses mendapatkan visa ini hanya mengambil masa sekitar 30 minit. Hampir 1.1 juta orang telah menggunakan portal yang dikenali dengan nama ‘Maqam’ ini dalam fasa percubaan pada Januari tahun lalu.

Kementerian Arab Saudi menjangkakan sejumlah 10 juta visa umrah dikeluarkan untuk musim ini. Dilaporkan juga bahawa kehadiran jemaah umrah pada bulan lepas merupakan peringkat pertama yang menggunakan e-visa.

Berikutan itu, beberapa hari yang lalu, Kerajaan Arab Saudi juga telah mengumumkan caj tambahan visa berjumlah RM350 (300 Riyal) bagi rakyat Malaysia dalam masa yang sama memansuhkan caj mengerjakan umrah secara berulang setiap tahun, iaitu RM2300 bagi setiap seorang jemaah.

Langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Arab Saudi ini seiring dengan Visi Kerajaan 2030 untuk melancarkan perjalanan jemaah daripada seluruh dunia.

 

Sumber: tzkrh.com 

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Terkini: Mekah Dan Jeddah Cuba Dimusnahkan Syiah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *