Tazkirah

Usah Lakukan 9 Perkara Ini Ketika Menziarahi Kubur

Kehidupan dan kematian adalah hal yang silih berganti ada dalam kehidupan seorang insan. Pada saat anda sedang membaca tulisan ini, pasti ada kehidupan yang sedang lahir dan ada pula yang sedang bertarung nyawa menghembuskan nafas terakhir.

Walaubagaimanapun, dalam Islam, hubungan dengan orang yang telah meninggal dunia masih boleh dihubungkan dengan sedekah dan juga bacaan doa kepada mereka. Selain itu, amalan menziarahi pusara atau kubur orang-orang yang telah meninggal dunia juga dibenarkan dalam Islam.

Namun, ada beberapa perkara yang perlu dipelihara ketika menziarahi tanah perkuburan. Berikut antaranya:

1. Larangan daripada berpakaian tidak menutup aurat.

2. Duduk atau bersandar tanpa apa-apa keperluan di atas kubur kerana perbuatan tersebut hukumnya makruh di sisi syara’.

3. Larangan daripada bersuka ria dan bergelak tawa di kawasan kubur.

4. Dilarang daripada melangkah, memijak atau duduk di atas kubur. Kubur yang dimaksudkan ini adalah kubur tempat mayat ditanam. Namun jika lalu di kawasan persekitaran kubur, maka hal itu masih dibolehkan.

5. Meratap, memekik atau meraung juga tidak dibolehkan ketika menziarahi kubur. Walaubagaimanapun, jika menangis sekadarnya sahaja seperti mengalirkan air mata kerana sedih
maka hal itu tidak mengapa (tidak sampai kepada tahap nihayah iaitu meratap).

6. Membuang sampah, kotoran atau apa-apa sahaja yang boleh mencemarkan persekitaran kubur dan juga menyusahkan orang lain yang ingin berziarah.

7. Dilarang daripada makan dan minum ketika menziarahi kubur. Hal ini dikira tidak selari dengan syariat dan tujuan menziaraih kubur itu sendiri iaitu untuk menimbulkan rasa gerun, takut dan insaf.

8. Melakukan perkara-perkara syirik dan khurafat seperti menggosok batu penanda kubur, mencium kubur atau mengambil tanahnya untuk tujuan pemujaan atau kepercayaan tertentu seperti untuk mendapat berkat, kesembuhan dan sebagainya. Hal ini dikira syirik dan khurafat.

BACA:  Doa Meminta Syurga dan Perlindungan dari Neraka

9. Bersolek, berhias-hias dan memakai haruman ketika menziarahi kubur. Ia sangat tidak sesuai kerana anjuran menziarahi kubur sendiri dilakukan untuk mengingati alam akhirat dan bukan hal-hal bersifat keduniaan.

Wallahua’lam.

 

Sumber: tzkrh.com 

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *