Soal Jawab Agama

Unsur Riba Dalam Pinjaman TEKUN?

Unsur Riba Dalam Pinjaman TEKUN?

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan : Ustaz,saya nak tanya tentang pinjaman terhadap TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga)adakah ianya haram kerana peminjam membayar faedah(lebihan) dari pinjaman mereka.Ada yang pendapat menyatakan ianya Riba’ .Sama seperti PTPTN dan sebagainya yang melibatkan bayaran lebihan.Tolong beri pencerahan Ustaz….

Jawapan :

Setiap pinjaman kewangan yang di kenakan bayaran lebih daripada jumlah pinjaman maka itu adalah riba . Riba adalah perkara yang di haramkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (terkena) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah, ayat 275)

Islam mengharamkan riba dan menyatakan riba sebagai kejahatan terbesar serta dosa terberat yang dilakukan manusia. Rasulullah SAW juga melaknat setiap orang yang terbabit dengan riba kerana amalan itu mendatangkan kesan buruk terhadap individu, masyarakat dan negara.

Firman Allah yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya menyatakan perang terhadap kalian.” (Surah al-Baqarah, ayat 279)

Daripada Jabir r.a. “Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, orang yang memberikan riba, orang yang menjadi penulisnya dan saksinya. Kemudian Rasulullah mengatakan: Mereka semua adalah sama.”(Hadis riwayat Muslim, Nasai, Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Hibban)
Jika pinjaman TEKUN atau PTPTN di kenakan cas lebih daripada jumlah pinjaman maka yang lebih bayar itu adalah riba yang di haramkan oleh Allah SWT. Jika puan hendak berniaga dan perlukan pinjaman perniagaan perlulah mencari pinjaman tanpa faedah yang di sediakan oleh Bank Islam atau Perbankkan Islam supaya puan terhindar daripada riba yang di haramkan oleh Allah SWT.

BACA:  Duduk Rumah Sewa, Selepas Setahun Solat Baru Sedar Salah Kiblat,Sah Atau Tidak?

Berikut adalah maklumat pembayaran yang diperolehi dari web tekun.gov.my

Pinjaman : RM30,000

Tempoh : 30 bulan

Kadar faedah : 4 % caj, 5% simpanan

Bayaran Balik : RM1,225 sebulan

Kadar Faedah jika dikira berdasarkan bayaran balik bulanan RM1,225

APR(average percentage rate) = 15.18%

EFF(Effective Annual Rate@Effective cost of Loan) = 16.35%- kadar interest sebenar yang perlu dibayar!

Sekiranya faedah berdasarkan caj 4%, bermakna bayaran bulanan ialah RM1,100 sebulan

APR(average percentage rate) = 7.5%

EFF(Effective Annual Rate@Effective cost of Loan) = 7.79%- kadar interest sebenar yang perlu dibayar!

Itulah kadar sebenar yang perlu dibayar. Jelaslah pinjaman tekun adalah pinjaman tak patuh syariah (riba) yang di haramkan oleh Allah SWT.

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *