Keluarga, Nasihat

Ubati Sifat Panas Baran Anda Demi Keluarga Yang Disayangi – Ustaz Ebit Liew

Terkejut sangat ketika seorang anak muda datang berdekatan saya dan memeluk saya.

“Ustaz, saya rindu nak jumpa ustaz. Saya datang sini keluar 3 hari di jalan Allah, kali pertama bila saya tahu ustaz akan hadir. Ya Allah hati saya berdebar. Allah makbulkan doa saya.”

Saya berkata kepadanya;

“Saya bukan sesiapa adik. Tetapi saya sayang adik kerana Allah. Kerana Allah yang temukan kita asbab doa adik.”

Beliau bersembang dengan saya, katanya;

“Ustaz, saya tak percaya tentang ustaz kata isteri akan jadi baik bila kita jadi hamba Allah yang baik dan mengamalkan sunnah Nabi SAW dalam keluarga. Saya hari-hari doa menangis supaya isteri saya jadi baik. Isteri saya tak solat. Tak tutup aurat. Kuat lawan saya. Hari-hari marah mengamuk, ada sahaja yang tidak kena.”

Sambungnya lagi;

“Saya mula berikan dia hadiah bunga. Saya tolong kerja-kerja rumah. Saya cium peluk dia sebelum dan balik kerja. Saya pergi masjid. Saya buat ta’lim di rumah. Saya mula bersama jemaah dakwah di masjid. Bila keluar berdakwah, terasa makin rindu pada isteri dan anak-anak di rumah. Saya sebelum ini kasar, garang, kuat marah dan tidak pandai mengambil hati isteri dan anak-anak.”

Beliau tertunduk seketika dan berkata;

“Tak sangka ustaz. Allah ubah segalanya. Berkat amal yang ustaz kongsikan dekat Facebook dan Youtube. Hati saya tenang dengar nama Allah. 3 hari kali ini buat saya menangis. Saya tidak sabar nak balik nak peluk isteri dan anak-anak. Isteri saya baik ustaz, kesian dia ustaz, penat sangat uruskan rumahtangga kami”

Saya peluk dia lagi sekali dan berkata;

“Tadi adik peluk saya, sekarang saya peluk adik. Tahniah kerana jadi suami yang baik. Tahniah kerana menjadi ayah yang baik. Tahniah kerana mula sambung kerja dakwah Nabi SAW.”

BACA:  Jaga adab ketika bergurau

Sebenarnya wanita ini yang boleh lembutkan hati mereka ialah Allah.

Jalannya kita kena mula tarik rahmat Allah dalam rumah tangga dengan kelembutan, dengan kasih sayang, hargai mereka dan bimbing mereka berjuang di jalan Allah.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *