Isu Semasa

Tudung Rekaan Dr Elies Dapat Perhatian Di UK

Nama Dr Eliesmaziah Elias, 45, semakin disebut-sebut apabila cerita tentang kejayaannya mencipta tudung untuk kegunaan polis wanita Muslim di United Kingdom mendapat liputan pihak Harian Metro beberapa hari yang lalu.

Menurut wanita yang berasal dari Melaka ini, ia bermula di satu pameran di UK, apabila beliau mengambil inisiatif bertemu dengan beberapa pihak polis ketika itu.

“Saya tengok material pakaian seragam mereka tidak sesuai untuk anggota polis, saya berbincang dengan mereka dan daripada situ bermulalah perbincangan saya dengan pihak atasan mereka”.

“Tudung sukan jenama MoreSlim saya mereka gunakan untuk polis wanita Muslim barisan hadapan yang biasa, seterusnya meminta saya membantu mencipta hijab yang sesuai untuk polis wanita Muslim taktikal unit,” ulas beliau.

Menurut wanita yang juga ibu kepada tiga anak ini, tudung rekaannya istimewa daripada segi reka bentuk, ciri-ciri keselamatan dan yang paling penting komposisi fabriknya direka khas dan sangat selesa dipakai untuk tempoh waktu yang lama atau dalam keadaan tertekan. Ia juga mempunyai pengesahan ISO (International Organization for Standardization) EN (European Standard) dan AATCC (America Association of Textile Chemist and Colorists).

Akui Dr Elies, beliau gembira kerana kepakarannya dan ilmunya dalam bidang ini dihormati. Selain itu, ada cerita yang membuatkan hati beliau tersentuh. Beliau dihubungi oleh seorang bos di salah satu kontinjen polis UK yang banyak berbincang mengenai pakaian yang sesuai untuk polis wanita Islam terutama tudung.

“Saya diminta mereka tudung yang sesuai untuk polis Islam bertugas di barisan hadapan, tidak beberapa ketika, bos berkenaan menghubungi saya lagi dalam keadaan tergesa-gesa ingin menempah tudung yang sedia ada tanpa menunggu tudung istimewa siap berikutan minggu depannya terdapat seorang anggota polis wanita Islam mula bekerja dengan pasukannya. Lebih menyentuh hati saya, dia mahu anggotanya itu bersedia dan bertugas dalam keadaan selesa malah sanggup menggunakan duit sendiri membeli tudung saya,” katanya.

BACA:  Kempen Beli Produk Muslim Dilancarkan

Mengikut laman rasmi instanthijabs.co.uk, antara keistimewaan tudung rekaanya ialah anti-bakteria, anti-bau, ringan dan telus udara. Malah, ia tampil dengan dua ciri; berzip dan tanpa zip mengikut kemahuan dan cita rasa pengguna. Tudung dengan jenama MoreSlim yang boleh dibeli menerusi laman web www.instanthijabs.co.uk itu dilancarkan di London Muslim Lifestyle Show pada April 2018.

Tudung rekaannya bukan hanya mendapat perhatian pihak polis UK, malah pihak bomba wanita Muslim di sana. Beliau yang kini menetap di Manchester, UK berharap dapat memanfaatkan rekaanya juga buat pasukan polis, tentera dan anggota keselamatan lain di Malaysia.

 

Sumber: tzkrh.com 

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *