Tsunami antara bukti kekuasaan Allah

March 23rd, 2011 | 12:21 pm | Tazkirah | 7 responses

Peristiwa ombak besar Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu rentetan gempa bumi di Acheh yang telah meragut nyawa ratusan ribu umat manusia terus menjadi tajuk utama akhbar, tv dan media massa yang lain dan terbaru di Jepun. Kita sebagai umat Islam yang mengakui kehebatan dan kekuasaan Allah mesti mengambil iktibar yang sebanyak mungkin daripada peristiwa yang menggemparkan dunia ini sehingga kita mampu menghampirkan lagi diri ini kepada Allah. Kita jangan menjadi umat yang sekadar melihat dan mendengar peristiwa yang berlaku sedangkan diri mereka tetap ditakuk yang lama iaitu hanyut dengan tipu daya dunia. Kita juga turut disuruh berfikir secara rasional mengenai apa yang berlaku agar ia dijadikan pengajaran berharga dalam menginsafkan diri kita sebagai hamba Allah yang serba kekurangan.

Bagi menguatkan pegangan kita tentang apa yang berlaku merupakan antara tanda kekuasaan Allah maka kita datangkan dengan 3 dalil atau hujah iaitu sebagaimana berikut:

  1. Dalil akal: melaluinya kita sebagai seorang yang beriman wajib yakin bahawa Allah berkuasa melakukan apa sahaja samada dengan bersebab atau ada tanpa sesuatu sebab kerana Allah membuat sesuatu mengikut kehendakNya bukan dipaksa oleh kuasa lain. Oleh itu Allah mendatangkan tsunami ini samada disebabkan kedurhakaan manusia atau kerana kehendakNya semata-mata adalah bergantung kepada kehendak atau iradatNya bukan semestinya ada sebab baru ia boleh berlaku.
  2. Dalil Naqli atau wahyu maka di sana banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang menyatakan setiap yang berlaku samada gempa bumi, petir, banjir, taufan, gerhana merupakan antara tanda kekuasaan Allah bagi menjinakkan hati manusia untuk menghampiri Allah sepanjang masa
  3. Dalil adat termasuk teori sains walau pun ada yang berbetulan atau tidak maka ia juga boleh dijadikan hujah untuk kita menerima bahawa tsunami yang berlaku akibat kealpaan manusia itu sendiri seperti merosakkan hutan paya bakau yang menyebabkan kerosakan akibat ombak lebih besar berbanding jika hutan itu dijaga atau dikekalkan. Begitu juga kecuaian manusia yang menguji senjata di dalam laut yang menyebabkan boleh berlakunya gempa bumi. Ini semua memberi pengajaran yang besar kepada manusia agar menjaga alam sekitar dengan baik disamping tidak melakukan kedurhakaan terhadap Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(7)

  1. 1

    tiada kerosakan di dunia ini melainkan tgn manusia sendiri yg menyebabkannya

  2. 2

    mmg benar… Allah jadikan gunung-ganang …pokok2 serta bukit-bukau sebagai ‘tulang’ bumi dan penahan dari segala bencana alam …tetapi kerana kerakusan manusia ….akibat dari tangan2 manusia juga lah bencana itu menimpa balik ke atas manusia itu sendiri…yg baik itu daripada Allah dan yg buruk itu daripada tangan2 manusia ….

  3. 3

    Pokok2 dan tumbuh2an adalah makhluk Allah juga… benda2 ini memerlukan air dan juga makanan seperti makhluk Allah yg lain …. bila hutan2 di mukabumi ini digondolkan dan dibina dgn ‘hutan batu’ air yg melimpah dari laut tidak dpt diserap oleh tumbuhan dan pokok2…. maka inilah akibatnya berlaku bah ..atau banjir besar apabila hujan turun ….Wallahualam…

  4. 4

    satu lg, manusia kena sedar yg mmg kawasan tu merbahaya, tp masih lg duduk di situ, wajarkah manusia menyalahkan allah atas apa yg terjadi. manusia mmg lemah, walaupun tahu kenenaran hakikat bencana tetapi masih x berkuasa utk mengelaknya. Allah maha berkuasa, kenapa jadi? wallahhualam. tetapi sebagai hamba kita salahkan diri, no 1, kerana kita tahu itu kawasan gempa bumi, no 2 jika kita beriman dgn allah, jadilah gempa bumi sekali pun apa salahnya, baik utk bumi, ujian utk kita, dan org yg beriman akan mati dlm islam pun.

  5. 5

    orang mudah lupa. ketika diberi peringatan mereka baru mau sujud dan mensukuri tapi klo udah sedikit bahagia sering lupa lagi.
    baha andes recently posted..Batak-Jawa Bekerja Sama

  6. 6

    Jika Allah berkuasa kenapa ia tak menyekat tsunami yang menyebab banyak kematian tehadap orang yang tak berdosa seperti budak, orang baik, beriman ? Jelas sekali Allah tidak wujud ini cuma ciptaan pencipta agama untuk dapat kuasa dan kekayaan. Bangsa apa yang pertama di dunia ini ? Kenapa boleh menjadi banyak bangsa di dunia sekarang?. Pemimpinlah yang menyebab pembahagian agama, bangsa, adat dll untuk kekuasannya. Ada pemimpin mengguna nama Allah untuk malamatnya seperti kuasa politik, sokongan, kekayaan untuk menaluk tempat orang lain. Jika Allah berkuasa ia tidak perlu hantar rasul beritahu kita meyembah dia dan mengikut ajaran dia. Jika dunia ini cuma Muslim bertuah kenapa negara Islam peperangan tak habis-habis ? Kemiskinan, keburulan, kemarau, banjir, gempa bumi, tzunami berjadi-jadi? Kenapa Allah tak datang menolong? Kenapa non-Muslim kelahiran masih banyak dan kebanyakan mereka kaya, maju dan aman ? Jelas sekali pada zaman moden ini kita masih percaya agama karut dan kuno kita akan ketinggalan zaman.

    • 7

      peace adalah aman, tapi kau datang sini buat huru hara, malaysia adalah negara contoh yang terbaik, yang di sini rakyat berbagaikaum hidup harmoni, aman dan bla bla bla, ini semua kerana ada khilafah yang masih kekal, sebab itu desakan akan terus dibuat supaya pemerintah islam di negara ini kekal, kalau kau si peace yang x peace nak menyelit di negara ini permit yang sah, sila keluar dan gi duduk kat negara yang tiada agama, ko cari lah.. jangan buang masa nak commen, kerana ko belum cukup explore pasal agama lagi, istilah balok yang sesuai dengan ko bukan peace.

Leave a Reply

CommentLuv badge