Isu Semasa

Tony Blair: Saya Membaca Al Quran Setiap Hari

Semasa masih menjadi Perdana Menteri Britain dan tinggal di Downing Street, Tony Blair dikenali sebagai seorang yang enggan berbicara tentang agama.

Namun, sejak bersara pada 2007, Blair menjadi lebih terbuka soal keyakinan. Dia yang memeluk Katolik beberapa bulan sebelum meninggalkan kediaman rasmi perdana menteri, kini mengaku membaca Al Quran setiap hari.

Menurutnya, dengan membaca kitab suci Islam memastikan bahawa ia ‘milik keyakinan’. Dalam sebuah wawancara dengan media, yang disiarkan semalam, Blair berkata, “Menjadi ‘milik keyakinan’ adalah hal yang penting dalam dunia yang makin global, itu yang saya yakini,” katanya, seperti dimuat Daily Mail, Isnin 13 Jun 2011.

“Saya membaca Al Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami beberapa hal yang terjadi di dunia, tapi terutama kerana ia (Quran) sangat instruktif.” Mantan pemimpin Parti Buruh itu yakin pengetahuannya atas keyakinan yang ada di dunia akan menguatkan peranan barunya sebagai utusan Timur Tengah bagi PBB, Amerika Syarikat, Eropah dan Rusia.

Blair sebelumnya memuji Islam sebagai agama yang ‘indah’ dan mengatakan Nabi Muhammad adalah ‘penguasa yang beradab’. Tahun 2006, dia juga memuji Al Quran sebagai ‘kitab reformasi’, inklusif, meninggikan ilmu pengetahuan dan membenci tahyul. Kitab itu juga mengandungi petunjuk praktis bagaimana menjalankan pernikahan, juga pemerintahan. Tak hanya Blair yang tertarik dengan Islam.

Iparnya, Lauren Booth, membuat pengumuman mengejutkan dengan memeluk Islam setelah mengalami apa yanga ia deskripsikan sebagai ‘pengalaman spiritual’ ketika mengunjungi sebuah tempat suci di Iran.

BACA:  Insiden Rempuhan Mina: Tiada Jemaah Malaysia Terlibat

3 Comments

  1. Tony Blair: Saya Membaca Al Quran Setiap Hari - Koleksi cerita hot, cerita panas, melayu boleh - Cerita Hot | Cerita Panas | Melayu Boleh

    […] Sumber: Islam Itu Indah […]

  2. Alhamdu LILLAH…semuga Tony Blair mendapat hidayah dari nya..amiin..

  3. Hidayah itu milik Allah. Allah memberinya kepada sesiapa yang DIA suka dan menarik kembali drpnsesiapa yang DIA suka. Allah maha luas rahmatNYA?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!