Isu Semasa

Titah diraja DYTM Raja Nazrin agar umat Islam bersatu harus dipandang serius

ISMA menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, di atas titah ucapan diraja yang baginda sampaikan mewakili Raja-Raja Melayu sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama beberapa hari yang lepas.

Salah satu intipati utama yang terkandung dalam titah diraja baginda ialah supaya umat Islam di negara ini menghayati semangat bersatu padu khususnya dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa. ISMA menyifatkan seruan ini sebagai amat tepat pada masanya dan perlu dipandang serius oleh semua pihak.

DYTM Raja Nazrin mengambil contoh bagaimana warga Malaysia berketurunan India dari pelbagai kumpulan politik, para akademia dan pelbagai organisasi, telah bersatu suara dan tindakan atas nama mempertahankan maruah dalam isu novel Interlok yang dianggap menghina kaum mereka. Hasil kesatuan ini, tuntutan mereka berjaya membuahkan hasil dan semangat bersatu padu inilah yang wajar dijadikan iktibar.

Menurut baginda lagi, kelemahan umat Islam yang semakin terserlah menyebabkan pihak-pihak lain bertambah angkuh dan toleransi umat Islam terus dicabar. Akibatnya, pencerobohan-pencerobohan bentuk baru telah berlaku seperti pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama eksklusif kepada umat Islam.

ISMA menyokong titah DYTM Raja Nazrin di mana umat Islam hari ini dilihat berada dalam kemelut taksub untuk meraih kuasa dan pengaruh politik sehingga sanggup menggadaikan prinsip-prinsip asas agama dan maruah bangsa. Ketaksuban politik di kalangan umat menyebabkan mereka bergembira melihat pihak yang kalah menjadi abu walaupun pihak yang menang hanya akan menjadi puntung-puntung arang.

ISMA juga amat bersetuju dengan gesaan baginda tentang perlunya umat Islam mempunyai platform penyatuan yang kukuh dan bebas dari politik kepartian. Titah baginda agar Majlis Agama Islam di bawah payung naungan Raja-Raja Melayu berada di barisan hadapan bagi memenuhi peranan kritikal ini perlu dipandang serius oleh pihak-pihak yang berkenaan.

BACA:  Calvary Church, Gereja terbesar di Malaysia dan Asia!

Sumber: ISMAWeb

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

1 Comments

  1. Siti Chasanah Mukim

    Assalamualaikum.Salam silaturahmi.Jika Allah SWT Ridhai kami berniat ingin mempersatukan dan menyelamatkan ummat Islam diseluruh dunia dari pendangkalan Aqidah dan Pemurtadan yang dilakukan oleh “laskar kristus kristian”.Untuk itu kami mohon dapat kiranya bekerja sama dengan saudara2 di Malaysia saling bahu membahu membasmi laskar kristus kristian karena di Indonesia saja telah berjumlah lebih dari 2 juta laskar (mereka sudah ada lebih dari 5 juta orang) dan kamipun tahu di Malaysia terjadi hal yang sama dengan yang kami hadapi.Selain itu kamipun bermaksud ingin mempersatukan seluruh Sultan2 dan Raja2 Islam diseluruh dunia demi menyelamatkan ummat Islam.Sila hubungi email kami :sschasanahyossie@yahoo.com dan mobile : 08118161136 atau dapat menhubungi Sultan Siak Riau (Datuk Meiko Sofyan) mobile :081399597888.Terima kasih atas perhatian dan kerjasamanya. Wa’alaikumsallam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!