General

Tips Untuk Halau Monyet Yang Mengganggu Tanaman

Kehadiran monyet dan haiwan perosak lain di kebun mahupun laman bukan sekadar memusnahkan tanaman, malah membahayakan keselamatan. Kalau kebun sayur anda dah diserang khinzir, apa pun tak tinggal. Monyet pula suka memusnahkan bukan sekadar tanaman, malah haiwan ternakan seperti ayam dan itik pun habis telurnya dicuri.

Kebiasaannya, langkah pencegahan yang paling berkesan adalah dengan menggunakan sejenis sebatian yang menyerupai bau kencing harimau yang terdapat di pasaran. kalau kita sembur cecair ini di sekitar parameter kediaman ataupun kebun, mesti haiwan-haiwan pemusnah dan perosak ini dah tak datang lagi.

Tapi, pati atau sebatian yang menyerupai bau kencing harimau ni bukan murah tau. Jadi sebagai pilihan, anda boleh cuba buat sendiri sebatian kencing harimau dari 2 bahan yang murah seperti yang telah dikongsikan oleh Fana Syuhud Fana

Bahan-bahan:

Belacan dan Ubat gegat (Tak kisah jenama apa pun)

Cara-cara:

1. Bakar belacan untuk menaikkan lagi aromanya dan hancurkan jadi kepingan kecil

2. Hancur ubat gegat menjadi butiran kecil

3. Sediakan botol mineral yang telah di lubangkan di bahagian atas dan masukkan belacan dan ubat gegat tadi. Kuatitinya bergantung kepada anda. Banyak lagi bagus.

4. Tutup ketat botol dan ikat tali pada tengkuk botol sebagai tempat untuk gantung

5. Letak botol yang berisi ubat gegat dan belacan tadi di sekitar kebun mahupun kediaman. Buat lah beberapa botol. Lebih banyak, lebih bagus.

 

Sumber: http://www.lubukmaklumat.com

BACA:  Pakej Haji 2015/2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!