Ibadah, Travel

Tips Melakukan Ibadah Umrah Bersama Anak Kecil

Jika sebelum ini saya dah kongsikan tips melaksanakan kerja umrah bersama anak kecil, kali ini saya ceritakan pula tips bersama anak-anak untuk overall trip perjalanan umrah dan ziarah.

✔️ Vaksin

Jangan abaikan suntikan vaksin. Selain meningococcal, disarankan untuk mengambil juga suntikan influenza dan pneumococcal. Ambil suntikan 2-3 minggu sebelum tarikh keberangkatan.

✔️ Bawa Keperluan Dari Malaysia

Barang keperluan anak-anak seperti lampin, ubat-ubatan, jajan macam Koko Krunch dan lain-lain sebaiknya dibawa dari Malaysia. Di sana nanti ada tapi harganya tak semurah Malaysia. Syukurlah Malaysia masih aman.

✔️ Rehat Dalam Penerbangan

Kalau direct flight KUL-JED, akan mengambil masa dalam 8 jam gitu. Pastikan anak-anak penat bermain sebelum itu supaya bila fly je mereka terus tidur. Kita pun kena rehat secukupnya sebab sampai sana nanti terus nak setelkan umrah. Kudrat dan tenaga kena ada.

✔️ Umrah Bersama

Bab umrah dengan anak-anak saya dah ceritakan sebelum ini. Cuma nak tambah, kita ajaklah mereka sama-sama buat segala kerja umrah walaupun sekadar olok-olok. Contohnya pakai ihram dan botakkan kepala. Bagi rasa ada kebersamaan gittew. Diorang kan pernah buat simulasi haji masa di taska, jadi flashback-lah balik moment tu masa kat sana.

✔️ Rehat Secukupnya

Walaupun itinerari yang kita rancang agak padat dengan aktiviti berjalan, jangan lupa masa rehat pun perlu dijaga. Malam-malam tidur awal sebab esok Subuh nak bangun awal.

Kat Malaysia mereka jarang bangun Subuh kan? Kat sana nanti nak tak nak kena kejutkan dan siapkan mereka juga. Ada azan sejam sebelum masuk waktu Subuh. Boleh gunakannya sebagai indikator untuk bangun dan buat segala persiapan.

BACA:  Cara Solat Dalam Kapal Terbang Yang Lengkap

✔️ Baju Sejuk

Kalau datang semasa musim sejuk bulan 12-1, siap sedia baju sejuk kerana cuaca sangatlah sejuk terutama di Madinah. Pakaikan losyen siap-siap di tempat yang berpotensi jangan tunggu sampai kulit dah kering baru nak pakai.

✔️ Aktiviti Di Masjid

Nak bagi handphone takut kita pula yang tak khusyuk beribadah. Haha! Lagipun tak appropriate pula. Jadi cara yang terbaik adalah sibukkan mereka dengan busy book. Buatlah aktiviti yang mereka nak asalkan tak mengganggu kita.

✔️ Solat Bersama

Bila time solat, ajaklah solat bersama. Ini perlu dilatih sejak dari tanah air lagi. Hidupkan amalan solat berjemaah bersama keluarga di rumah dan selalulah bawa keluarga ke masjid untuk biasakan mereka dengan masyarakat. Kalau mereka solat main-main pun tak apalah asalkan jangan sampai mereka keluar dari perimeter yang munasabah. Sekali lagi nak cakap, ini perlu dilatih sejak di Malaysia.

Sebaiknya cari port solat yang sesuai seperti di Mezzanine kerana kawasannya terkepung dan tak ramai orang. Cuma perlu berhati-hati sikit kerana di situ tempat penunggang skuter lesen terbang lalu lalang. Tapi waktu solat insyaAllah semua orang berhenti bawa skuter.

✔️ Bawa Bekal Makanan

Sentiasalah bawa bersama bekal makanan (dan juga lampin) di dalam beg ke mana-mana sahaja. Pastikan perut anak-anak sentiasa kenyang agar mereka tidak meragam.

Makanan yang sesuai bergantunglah kepada anak anda. Untuk kami, pizza dan croissant pun dah okay. Minuman pula ada air zamzam banyak. Koko Krunch pula boleh dibuat tidbits mengunyah.

✔️ Gunakan Wheelchair

Yang ni pun saya dah tulis panjang lebar sebelum ini (rujuk post ‘Baby Stroller vs Wheelchair’). Kesimpulannya, penggunaan wheelchair lebih praktikal di bumi Haramain ini berbanding stroller untuk mengusung anak-anak. Bawa dari Malaysia jika perlu. Nak beli di farmasi sana harganya dalam SR240 sebuah. Jangan risau, fasiliti di sana sangat wheelchair/stroller friendly.

BACA:  Kelebihan dan keistimewaan bulan Syaaban

✔️ Klinik

Dalam kita berikhtiar menjaga kesihatan sebaik mungkin, mungkin ada masanya kita akan diuji juga. Jangan risau, di sana disediakan banyak klinik percuma untuk jemaah umrah sama ada di Makkah, Madinah hatta di airport Jeddah.

Cuma bawa passport sahaja. Tapi kalau risau nak jalan-jalan bawa passport, snap siap-siap gambar passport dan visa masuk dalam phone. Passport dan segala dokumen penting (IC, lesen dsb.) boleh simpan dalam security deposit box di hotel.

✔️ Reward

Upahlah sikit mereka sekali-sekala for the good behaviour shown. Belanja aiskrim ke toys ke coklat ke atau apa saja yang dirasakan sesuai. Bagi depa main dengan burung merpati pun depa dah cukup bahagia. Mood nak kena jaga pasal dua minggu nak duduk sana. Takut mental koyak dan mereka jadi serik nanti.

✔️ Penerbangan Balik

Selalunya masa nak balik dah penat kaw-kaw. Sekali kita pun padam. Masa nak balik rasa sekejap je flight tu. Kalau anak-anak tak nak tidur lagi, layankan saja mereka dengan cerita kartun di skrin monitor. Kejap lagi penat, tidurlah tu.

.

Apapun banyakkan bersabar, berdoa mengharap kepada Allah dengan perangai mereka termasuk juga perangai pasangan ketika di sana. Corak ibadah kita di sana masa tu dah tak sama macam orang yang pergi single atau ber-couple.

Ikram (memuliakan) dan menggembirakan hati ahli keluarga sudah menjadi keutamaan kita ketika itu. Itupun termasuk dalam ibadah yang akan diganjari Allah SWT dengan sebesar-besar pahala lagi-lagi di tanah suci.

Sunnah Nabi SAW di Makkah dan Madinah bukan solat, puasa, tawaf dan iktikaf sahaja. Sunnah Nabi melayani isteri dan meraikan kanak-kanak pun ada juga dibuat di tanah suci. Masing-masing ada bahagian pahalanya insyaAllah.

BACA:  Kesan positif puasa bagi kesihatan

Wallahu’alam.

Nak baca tips-tips yang kacak bergaya lain pasal umrah bersama keluarga, boleh klik hashtag di bawah.

#BijenMohd
#TipsUmrahZiarah

 

Sumber: Facebook Bijen Mohd 

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!