Soal Jawab Agama

Tidak Adil Dalam Berpoligami

Tidak Adil Dalam Berpoligami

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan : Ustaz, isteri tua sengaja buat buat tak tahu yang suami telah bernikah dan sengaja hidup mewah seperti sengaja beli kereta mewah dan lain-lain kerana nak kawal suami dari memberi nafkah pada madunya…sehingga sisuami tak dapat berlaku adil pada isteri kedua. Bagaimana nak menyedarkan dia dan mengatasi masalah ini ustaz?Terima kasih.

Jawapan :

Seorang suami yang telah berpoligami wajib berlaku adil kepada kesemua isteri-isterinya kerana lawan daripada adil adalah zalim. Islam melarang melakukan kezaliman terhadap orang dibawah tanggungjawab kita. sebagaimana yang difirmankan Allah (SWT) maksudnya :

“Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah an-Nisa’ ayat 3)

Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.

Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:

1. Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
Seorang suami yang selalu sakit dan uzur dan mengalami kesukaran untuk bekerja mencari rezeki, sudah tentu tidak akan dapat memelihara beberapa orang isteri. Apabila dia tetap berpoligami, ini bererti dia telah menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang demikian adalah tidak adil.

BACA:  Apakah Hukum Solat Orang Yang Bekerja Di Bengkel/Workshop Kerana Tangan Mereka Sentiasa Dalam Keadaan Berminyak?

2. Adil di antara para isteri.
Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara yang diwajibkan Allah kepada setiap suami.

Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisa’ ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;

“Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah.” (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)

a. Adil memberikan nafkah.
Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebab-sebab tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan memerlukan biaya rawatan sebagai tambahan.

Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau isteri baru, isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang tidak cantik, yang berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin, yang sakit atau yang sihat, yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya mempunyai hak yang sama sebagai isteri.

b. Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang tidak diingini.

BACA:  Hukum Ambil Wuduk Buka Aurat

c. Adil dalam giliran.
Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang. Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini. Sebab, tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk mengadakan ‘hubungan seks’ dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi bermaksud untuk menyempumakan kemesraan, kasih sayang dan kerukunan antara suami isteri itu sendiri. Hal ini diterangkan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud ;

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah ar-Ruum ayat 21)

Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan dalam keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia sejak Nabi Adam sampai ke anak cucunya.

Firman Allah SWT berfirman yang maksudnya :

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).” (Surah az-Zalzalah ayat 7-8)

Puan cubalah nasihatkan suami tersebut dengan cara yang hikmah dan sampaikan kepada beliau ciri-ciri suami yang adil seperti yang dijelaskan di atas supaya dia kembali kepangkal jalan dan tidak menzalimi isteri keduanya. Wallahu a’lam

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

5 Comments

  1. Assalam ustaz
    saya berpoligami
    isteri pertama saya melarang saya bersama isteri kedua dengan pelbagai cara
    adakah saya berdosa

  2. Terima kasih ustaz.. sy sdg mengalami mslh ni skrg.. hanya pd allah sy serahkan.. skrg ni sy rsa sgt terseksa dan sakit krn slalu diabaikn suami..

  3. Assalamualaikum Ustaz saya ada satu soalan..suami pernah berpoligami, lepas 4tahun suami menceraikan salah seorang isterinya dengan alasan tidak mampu adil..Adakah selepas suami menceraikan salah seorang isterinya dia kan terima azap seksaan jalan pinggangnya miring sbb penah tidak berlaku adil pada isterinya yg dulu..

  4. Assalamualaikum.

    Dah lama saya nak tanya.

    Ustaz kahwin berapa sebenarnya?

  5. Assalamualaikum ustaz
    1. Apakah hukumnya berpoligami tapi menggunakan sihir kpd prmpuan2 yg ingn dikhwininya sdgkn kaum Adam ini seorg ustaz mutawif vvip? (cth : memanggil ya ruh..(nama prmpn)…ya..)
    2.Apakah hukumnya bila ustaz ini mengatakan prkhwinan ini kontrak slps btkhwn bbrp bulan?
    3. Apakah hukumnya ustz ini hanya brjmpa isteri (ke..(xtau)) hnya 2 hr dlm tmpoh 2 bulan, kdg brselang 3 buln?
    4. Apakah hukumnya ustaz ini kerap berbohong dan berkahwin pula yg ke …slps 5bulan brkhwin yg ke …(bln 11 atau 12 d mekah)
    5. Apakah hukumnya ustaz ini mnyatakan 17 hari musafir bukn 3 hari dn mlnggar bln ramadhan?
    6. Apakah hukumnya ustaz ini hanya menghantar sms cerai dgn mnuduh istri mghtr mesej ugutan sdgkn istri ke 2 tdk tahu menahu prkhwinannya yg baru?
    7. Apakah hukumnya ustaz ini membuang terus nama istri dr online prkhwinan melalui pegawai agama yg dibyr?
    8. Dlm tempoh 2 hr, anak2 istri disuruh letak dtmpat lain, jika ia smpai lgkah prtama, ia akan menuju ke dapur, mengmbil gmbr pnggn yg tdk smpt dbasuh sdg istri dlm sakit dn susah hati lalu share pula dgn rakan2nya di whatsapp utk memalukan istri.
    Apakah hukumnya ustz ini mngmbil pic istri tnpa pngtahuan istri dn share pula dgn rakannya dn mengaibkannya?
    9. Apakah hukumnya jika ustaz ini tidak turun ke mahkamah utk beri padan muka kpd isteri?
    10. Nyatakan adakah ia seorg suami atau seorg musuh berniat jahat? Apakah hukumnya ustaz ini mengambil kmbali pakaian hntaran utk dbri kpdbistri yg lain pula? Orgnya brjubah berserban.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!