Isu Semasa

TH bayar hibah guna simpanan pendeposit – PwC


KUALA LUMPUR: Laporan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) 2017 mendapati agensi itu membayar hibah menggunakan simpanan pendeposit, bukan daripada keuntungan.

Berdasarkan laporan disediakan juruaudit bebas, PricewaterhouseCoopers (PwC) yang diedarkan kepada semua Ahli Parlimen, TH memberi gambaran seolah-olah hibah dibayar kepada pendeposit menggunakan keuntungan syarikat.

PwC dalam laporan itu menyatakan, keuntungan diperoleh TH adalah berdasarkan transaksi yang tidak menjana wang tunai dalam tempoh segera.Berdasarkan laporan itu, TH menjual 2.551 billion saham miliknya dalam Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan mendapat keuntungan RM553 juta hasil penjualan saham itu tahun lalu.

Bagaimanapun, pada tahun sama, TH membeli semula saham terbabit pada harga RM2.688 bilion.Menurut laporan itu, penjualan terbabit tidak memberikan faedah tunai kepada TH, sebaliknya hanya menaikkan keuntungan untuk tahun kewangan 2017.

Hasil temubual PwC, peniaga ekuiti TH mengakui penjualan dan pembelian semula saham BIMB itu hanya untuk menunjukkan keuntungan bagi membolehkan pembayaran hibah bagi 2017.PwC juga mendapati, pengisytiharan dividen yang tinggi oleh anak syarikat TH iaitu sebanyak RM510 juta, namun sejumlah RM222 juta masih belum dibayar setakat 31 Disember tahun lalu.

“Walaupun transaksi yang dinyatakan dilihat sebagai langkah komersial, kami faham niatnya adalah untuk membolehkan TH melaporkan perolehan keuntungannya yang lebih tinggi supaya dapat diagihkan kepada pendeposit.

“Tindakan ini mendorong kepada pembayaran hibah menggunakan simpanan pendeposit dan bukan daripada keuntungan yang diisytihar,” katanya.

Peniaga itu juga berkata, menurut laporan, transaksi itu (penjualan dan pembelian semula saham) tidak direkodkan dalam kenyataan kewangan TH  amalan yang menjadi standard laporan kewangan.

Sementara itu, susulan pengisytiharan dividen anak syarikat TH, dikatakan RM510 juta telah diisytiharkan tetapi sebanyak RM222 juta lagi belum dibayar.

BACA:  Jauhi Dari Memakan Mi Segera, Penyebab Penyakit Jantung!

“Kami tidak dapat mengesahkan sama ada dividen-dividen ini (dari anak syarikat TH) dapat diselesaikan sebelum 31 Disember 2018,” katanya.

Tahun lepas, TH mengisytiharkan dividen sebanyak 4.5 peratus dan bonus 1.75 peratus.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, TH mengalami defisit RM4.1bilion, berdasarkan laporan kewangan TH pada 2017.

 

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!