Lifestyle, Motivasi

Tersenyumlah Meskipun Sedang Diuji Hebat

Kejadian pagi tadi masih terbayang-bayang di benak fikiran. Tindakan pemandu kereta Myi yang pantas sekali meloloskan diri selepas meninggalkan kesan calar di bahagian tepi keretaku.

Kalau ikutkan hati marah, mahu saja dikejar kereta tersebut. Ingin bersemuka.

Namun mengenangkan pertemuan pada awal pagi ini dengan beberapa orang penting wakil daripada syarikat luar membatalkan hasrat aku. Tanpa berfikir panjang, terus aku mengubah haluan ke pejabat.

Setibanya di pejabat, langkah kaki aku lajukan menuju ke ruangan koridor yang menempatkan lif. Namun, dek kerana tersalah langkah, aku terlanggar seorang wanita separuh abad yang sedang menyapu lantai di ruangan tersebut.

‘’Maaf makcik. Maaf, saya tak sengaja’’

‘’Tak apa, nak. Tak apa,makcik okay.’’

Balas wanita separuh abad itu sambil tersenyum manis. Entah kenapa, senyuman makcik sebentar tadi benar-benar mendamaikan jiwa.

Ibarat air dingin yang disimbah pada hati yang sedang hangat membara. Hinggakan aku terlupa buat seketika peristiwa pagi tadi. Manis. Manis sekali senyuman tadi. Cukup untuk mententeramkan jiwa.

***********************

Senyuman

Selain daripada perbuatan memberi salam, senyuman juga salah satu perbuatan yang tidak memerlukan kita mengeluarkan tenaga, wang, masa dan sebagainya untuk mengembirakan hati seseorang.

Bahkan, senyuman juga tidak merugikan kita serta meninggalkan kesan yang besar terhadap diri kita dan individu-individu di sekeliling kita. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;

‘’Kamu tidak akan mampu berbuat baik kepada manusia dengan hartamu, maka hendaknya kebaikan sampai kapada mereka dengan keceriaan(pada) wajahmu’’
Riwayat Hakim

Begitulah besarnya nilai senyuman pada setiap insan. Bahkan Islam begitu menganjurkan kepada kita untuk menyebarkan kebaikan, mengeratkan silaturrahim walau hanya dengan senyuman. Di dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad S.A.W turut bersabda;

BACA:  7 Tips Pantas Bangkit Selepas Anda Gagal

‘’Janganlah kamu memandang rendah sedikit pun suatu kebaikan, walau sekadar kamu bertemu dengan saudaramu dengan wajah berseri-seri’’
Riwayat Muslim

Hebatnya kuasa senyuman sehingga diangkat sebagai nilai sebuah kebaikan. Namun, terkadang sukar sekali kita maniskan riak muka dan menyebarkan senyuman dek kerana tuntuan harian yang tak pernah habis dan berkesudahan. Alangkah ruginya kita!

Mari kita teliti 6 manfaat senyuman yang pasti membuatkan anda tidak lokek dengan senyuman selepas ini!

#1- Senyuman Adalah Ibadah

Rasulullah S.A.W bersabda;

Senyumanmu ketika berjumpa saudaramu adalah ibadah.
Riwayat Baihaqi

MasyaAllah! Hanya dengan senyuman sahaja sudah membantu memenuhi catatan amal seharian kita.

#2- Senyuman Mampu Menyebarkan Aura Positif

Pernahkah anda bertemu dengan seseorang yang berpakaian biasa-biasa sahaja, mempunyai perwatakan yang sederhana tetapi mempunyai aura yang sangat positif melalui senyumannya?

Hanya dengan memandang dia mampu mententeramkan jiwa dan mengubah suasana. Begitulah kuasa senyuman terhadap orang-orang di sekeliling kita.

#3- Senyuman Meningkatkan Keyakinan Diri

Pernahkah anda berada di atas pentas untuk menyampaikan sesuatu ucapan? Ataupun anda dipanggil ke hadapan untuk membentangkan beberapa topik pembelajaran?

Bagaimanakah perasaaan anda ketika itu? Gementar,cemas, cuak, malu dan sebagainya pasti bercampur-baur di dalam jiwa!

Namun, apa yang anda rasai apabila melihat teman anda yang berada di hadapan anda melemparkan senyuman?

Tenang, bukan? Senyumannya sahaja cukup untuk memotivasikan kita dan meningkatkan keyakinan diri kita.

Begitu juga halnya, apabila di saat cemas itu anda mengorak senyuman kepada audiens di hadapan anda. Pastinya anda dilihat sebagai seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi!

#4- Senyuman Mengubah Persepsi Orang Terhadap Kita

Pernahkah anda mengenali seseorang yang masam riak wajahnya? Sukar sekali melihat dia tersenyum apatah lagi bermanis muka.

BACA:  7 ‘Tidak’ Dalam Hidup Orang Berjaya

Bagaimana layanan anda terhadap individu tersebut? Pasti dingin dan ‘awkward’ sekali. Tetapi, berbeza sekali layanan kita terhadap orang yang murah dengan senyumannya dan manis wajahnya.

Kita akan bersikap lebih mesra dan selesa. Begitu jugalah layanan orang lain terhadap kita. Semuanya bergantung pada persepsi mereka terhadap kita.

#5- Senyuman Mampu Membantu Menghilangkan Stress

Senyuman bukan sahaja dapat memberikan manfaat terhadap orang yang melihatnya, tetapi turut memberi manfaat kepada empunya badan.

Riak wajah yang ceria tanpa berpura-pura mampu menaikkan mood gembira dan merembeskan hormon-hormon yang baik. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, dia berkata;

‘’Satu hari aku dan para sahabat berjalan bersama-sama Rasulullah S.A.W. Ketika itu Baginda memakai selimut yang diperbuat daripada daerah Najran. Tiba-tiba Baginda bertemu dengan seorang Arab Badwi. Tanpa disangka, Arab Badwi tersebut menarik selimut yang dipakai Rasulullah S.A.W dengan kuat hingga meninggalkan kesan merah pada bahu Baginda. Lelaki Badwi tersebut berkata,’Suruh orangmu memberi harta Allah yang engkau simpan kepada aku!’’. Melihat perbuatan kasar dan sombong lelaki tersebut membuatkan para sahabat merasa marah. Namun Baginda melayani sikap kasar lelaki tersebut dengan senyuman dan berkata,’ Berikanlah lelaki ini makanan dan apa yang dia mahu.’ Lalu kami memberikannya makan dan tidak memarahinya kerana senyuman Rasulullah S.A.W.

#6- Senyuman Mampu Membuatkan Empunya Badan Tampak Lebih Muda

Ketika kita tersenyum, hanya 16 otot muka digerakkan berbanding ketika kita berwajah masam, sebanyak 43 otot digunakan.

Ianya juga merangsang pengeluaran hormon endorphins yang membantu menaikkan mood kita dan mengurangkan rasa sakit.

*****************************

Seorang sami di dalam majlisnya pernah mengajukan satu persoalan.

‘’What is the most pleasing five letter words?’’

BACA:  Cara Mencuci Kemaluan Dengan Betul

Salah seorang hadirin menjawab MONEY! Sami tersebut ketawa, lalu berkata;

‘’The most pleasing five letter word is SMILE.They increase your face value.’’

Kemudian, sami tersebut menceritakan satu lawak jenaka secara berulang-ulang kali. Melihat kepada reaksi hadirIn yang semakin bosan dengan jenakanya, sami tersebut berkata;

’’I’m telling you the same joke again,isn’t it? Do you laugh on the same joke again? No. ‘’

‘’We don’t laugh on the same joke again, so why do we cry on the same problem again? SMILE.’’

‘’When you can’t change the situation, you can change your smile. So, SMILE!’’

 

Sumber: Tazkirah.net 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *