Terkini: Iran Serang Amerika di Iraq
Isu Semasa

Terkini: Iran Serang Amerika di Iraq!

Terkini: Iran Serang Amerika di Iraq

Mengejutkan sekali perkembangan terkini, Iran telah melancarkan antara 12 ke 35 peluru berpandu ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq iaitu di Ain Al-Assad dan Erbil.

Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengisytiharkan bahawa mereka bertanggungjawab melancarkan beberapa siri gelombang peluru berpandu beberapa minit yang lalu.

Hal ini disahkan oleh Pentagon sendiri bahawa pangkalan mereka telah diserang dengan peluru berpandu ‘surface-to-surface attack’.

Laporan dari Iran, ISNA dan FARS, Iran menyebut bahawa antara 12 ke 35 peluru berpandu telah dilancarkan Iran dengan operasi yang diberi nama oleh Pengawal Revolusi Iran (IRGC) sebagai Operation Martyr Soleimani dengan nama operasi ‘Oh Zahra’.

Pangkalan Udara Al-Ain terletak di wilayah Barat Anbar, Iraq. Jelas sekali bahawa serangan ini bermotif langkah awal dalam membalas dendam pembunuhan Jeneral Qassem Soleimani melalui serangan udara Amerika di Baghdad beberapa hari lalu. Laporan lanjut masih menyusul. Sama-sama kita doakan yang terbaik.

 

Sumber: Abdul Muein Abadi

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Malaysia Bantah Pembukaan Rasmi Kedutaan AS di Baitulmaqdis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *