Teguran Agong Buat Konsep Rahmatan
Isu Semasa

Teguran Agong Buat Konsep Rahmatan

Teguran Agong Buat Konsep Rahmatan

1. Dalam sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Putrajaya semalam, Yang Dipertuan Agong bertitah agar perlaksanaan “rahmatan lil alamin” tidak harus bertoleransi terhadap perbuatan yang bercanggah dengan tuntutan agama. Nasihat ini seharusnya diambil serius oleh YB Mujahid yang mempelopori gagasan ini.

2. Sejak gagasan ini dilancarkan, beberapa prinsip berhubung konsep Rahmatan Lil Alamin ini telah dipersoalkan. Antaranya:

(a) Pada 10 Ogos 2018, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa telah mengadakan pertemuan dengan aktivis sosial LGBT yang juga transgender, Nisha Ayub. Melalui sidang media yang berlangsung, Mujahid menyatakan bahawa isu LGBT ini akan ditangani dengan konsep Rahmatan Lil Alamin sehingga beliau membenarkan transgender menggunakan tandas perempuan. Pemahaman Mujahid berhubung konsep ini ditegur oleh beberapa orang Mufti termasuklah Mufti Perlis, Mufti Penang dan Mufti Pahang. Untuk perincian lanjut sila baca:

https://www.academia.edu/37863988/Konsep_Rahmatan_Lil_Alamin_Dalam_Hadith_Penerokaan_Makna_Serta_Aplikasi_Di_Malaysia

(b) Pada 6 Oktober 2018, akhbar The Star telah melaporkan hasil temubual mereka dengan YB Mujahid dan menyimpulkan bahawa tiada lagi operasi tangkapan khalwat (no more night khalwat raids or intrusion into Muslims’ private lives says Mujahid). Laporan berita ini turut menyatakan bahawa pendirian yang ingin dilaksanakan oleh YB Mujahid ini adalah berpandukan konsep rahmatan lil alamin. Sekali lagi kenyataan YB Mujahid telah mengundang kritikan ramai termasuklah Mufti Perak.

(c) Ketika memberikan reaksi berhubung ceramah Dr. Zakir Naik di Kelantan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof menyifatkan ucapan Zakir Naik telah mengundang persepsi yang boleh menggugat perpaduan negara ini. Kenyataan ini seakan mengelirukan sehingga mengundang kritikan daripada banyak pihak termasuklah dari golongan akademik seperti Dr. Kamilin Jamilin.

BACA:  Hudud: Jangan berlengah lagi

Untuk perincian baca: https://www.malaysiakini.com/news/489486

3. Mesej yang ingin disampaikan oleh YDP Agong melalui titah baginda seharusnya dipandang serius oleh YB Mujahid. Jangan sampai konsep serta prinsip yang berteraskan al-Quran ini dilihat cacat dek kerana kekeliruan yang ditimbulkan oleh pendokong gagasan ini.

4. Benar, Islam menganjurkan sikap toleransi sesama kaum. Namun Rasulullah telah menggariskan sempadan yang jelas berhubung perkara akidah dan pendirian yang asas bagi umat Islam. Jangan sampai terlalu bertoleransi sehingga melanggar pendirian yang telah digariskan oleh Syarak.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *