Ibadah

Taubat perlu dibuktikan dengan tidak ulang perbuatan berdosa

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

Islam menganjurkan umatnya sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dengan ini, barulah Muslim mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang bertakwa.

Walau bagaimanapun, dalam kehidupan manusia yang sentiasa berdepan pergolakan dan pancaroba menguji keimanan, kadang-kadang ada manusia yang tersungkur dan rebah akibat tergoda ajakan hawa nafsu bergelora.

Atau terjebak dalam kancah maksiat yang memperdayakan pandangan mata hati, akhirnya terpalit noda hitam dalam lubuk jiwanya. Natijahnya, dia terbelenggu dalam kegelapan, meraba-raba mencari sinar Ilahi menerangi hatinya yang tercalit karat dosa.

Justeru, Islam mensyariatkan amalan taubat supaya insan dapat membersihkan diri daripada dosa membayangi dirinya.

Imam al-Raghib al-Ashfahani menerangkan: “Dalam istilah syarak, taubat ialah meninggalkan dosa kerana keburukannya, menyesali dosa yang pernah dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulangi dan berusaha melakukan apa yang ditinggalkan dulu. Jika keempat-empat perkara itu sudah dipenuhi, bermakna syarat taubatnya sudah pun sempurna.”

Justeru, dapat difahami taubat mempunyai peranan untuk membersihkan diri daripada dosa. Oleh sebab itulah, ahli tasauf menjadikan taubat sebagai anak tangga pertama harus dilalui sebelum menaiki anak tangga seterusnya untuk menjejaki makrifatullah.

Dengan taubat, manusia dapat memperbaharui janjinya dengan Allah untuk menjauhi segala perbuatan dosa dan maksiat yang merugikan, seterusnya mempertingkatkan keazaman beristiqamah serta beriltizam melaksanakan segala bentuk ketaatan penuh keikhlasan hanya kepada Allah.

BACA:  Jauhi prasangka sesama Islam

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak Adam melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah.” (Hadis riwayat Darimi)

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (Surah al-Tahrim, ayat

Perlu diinsafi, taubat tidak memadai hanya sekadar manis di bibir dengan melafazkan ucapan saja, selepas itu mengulangi semula perbuatan dosanya buat kesekian kalinya. Taubat sebenar menuntut seseorang melakukan lebih daripada itu.

Lanjutan itu, betapa perlunya kehidupan Muslim dihiasi amalan muhasabah dan menilai diri supaya dengan amalan itu dia dapat mengambil langkah berwaspada dalam menelusuri titian hidup. Kemudian, disusuli pula dengan amalan soleh yang bakal memperkuatkan ketahanan diri dan menggilap kemantapan jiwa menepis segala bentuk dugaan dan godaan mendatang.

Apabila ditinjau sirah Rasulullah SAW, Baginda adalah contoh teladan terbaik menjadi ikutan. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW beristighfar sebanyak 70 kali dan Baginda juga tetap mendirikan solat tahajud di tengah malam padahal Baginda sudah diampunkan dosanya yang terdahulu dan akan datang.

Lantas Baginda menjelaskan kepada isterinya tercinta, Saidatina Aisyah: “Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepada-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

15 Comments

  1. Slm, ustaz bagaima solat taubat nasuha yg sebetolnya,bleh jelaskan bacaan n caranya?adakah ia perlu dilakukan berulang kali wlaupun kita x melalukannya lg?

  2. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa-dosa syirik tetapi mengampuni selain itu”

    Maknanya selain syirik, orang-orang yang bertaubat daripada dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah. Apabila diampunkan, maka samalah ia seperti orang yang tidak berdosa.
    Jadi apakah dosa syirik kita kenal dari yg besar hingga ke yg paling halus..walaupun kita melakukan taubat nasuha diatas kemungkaran yg dilakukan. namun..tetap tak diterima segala amal ibadat..
    Didalam solat kita minta pengampunan tapi diluar solat kita menyekutukannya..Pahala + Syirik = ????

  3. askumUstad aq adlh ahli maksiat, wktu bermaksiat aq selalu takut akan adab Allah,,tp krn jengkel ma keadaan,aq terus menerus ngelakuin maksiat,,hingga akhirnya aq terpuruk dlm kehinaan yg bener2 hina,,lalu aku menghujat Allah jahat ma aq,,&aq mulai ga sholat & mlz bca Al-qur’an,,aq hrs gmn ea tad? hidupQ bener2 hancur & hampa,,,

    1. Kebenaran hanya milik Allah, manusia tempat salah dan Khilaf, Sekiranya kmu bertobat maka bertobatlah disisa umurmu. umur tidak berbau dan tidak berwaktu 1 detik 1menit 1jam 1bulan 1tahun atw umur 63 tahun wafat, tentunya orang tidak akan bertobat. maka segeralah bertobat disisa umurmu yang tidak engkau ketahui. kecuali bagi orang-orang pilihan, maka bagi mereka diberikan tanda-tanda kematian, ada yg diberikan tanda yang sakit dan ada yang nikmat tergantung daripada keridhoan Allah,SWT.

    2. assalamuaalikum…..pintu taubat masih terbuka selagi kamu masih hidup……bertasbihlah ketika kamu berdiri..agar tenang…
      jiwa kamu…ingatlah kesabaran ALLAH terhadap hambanya….
      janganlah kamu putus asa dari rahmat ALLAH,amalkan maa’ruf..cegah kemungkaran…
      manusia akan di uji oleh ALLAH kerana DIA sayang akan hambanya….
      hanya manusia terpilih di uji oleh ALLAH…
      jadi ada dua jalan kepadamu……
      syurgaNYA
      atau nerakaNYA…..
      bukan DIA hina kita tetapi…dia memberi patunjuk supaya kita bertaubat… kerana DIA sayang kamu…..
      marilah kita sama-sama bersolat dan bertaubat….semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA kepada kita ….amin….alhamdulillah….

  4. yusri syamsuddin

    Assalamu Alaikum WrWb
    pak uztas sy ingin bertanya bagaman hukumnya kalu seorang wanita muslim menjalani hubungan dengan laki2 non Muslim untuk mau ke jenjang pernikahan.
    apa diperbolehkan dalam agama atau tidak tolong jawabannya pak uztas terima kasih sebelumnya atas jawaban yang akan diberikan

  5. Salam ustadz.Saya menghadapi masalah yang sy rasakan cukup besar dan memberi kesan kepada kehidupan saya dan anak2. Hidup kami cukup tertekan dengan sikap suami yg. curang dan gemar berbohong . Kini setelah lebih lapan tahun,saya baru benar2 sedar siapa suami saya yang sebenar. Dia curang. Dia pandai berlakon disebalik watak alimnya. Dia gemar berdating dengan girlfriendnya yg layak dipanggil anak. Setelah saya bertembung dengan mereka ,secara berdepan saya benar2 kecewa dan hingga kini saya tidak mampu menerimanya lagi namun saya masih lagi bersama dalam satu rumah kerana saya masih mampu bersabar dan saya masih mahu anak2 saya hidup tenang.Katanya dia mahu berubah tetapi saya masih belum yakin kerana terlalu lama ditipu.Bagaimana saya nak hadapi suami yang seperti ini ? Dia sering berjanji untuk berubah tetapi dia mengulanginya.Saya masih belum yakin dia sudah bertaubat.

  6. Assalamualikum…ustaz saye ingin bertaubat tapi saye mesti akn buat blik dosa tu..umm kejap ok kejap x ok..gi satu saye nk sembahyang taubat..saye nk solat malam tapi saye mlas sangt…perasaan takut tu de jer..sye bkan tkot Allah tkot bnda lain

    1. Har Har Har Mu ni yan . Nakut pahit . Wuh! Mu x perlu dah nak takut kat hantu joker tuh . . . Yang perlu mu takut adalah Allah S.W.T. Aku pom gitu gop . Ha Ha Ha . . . Meh sama2 kita pakat2 betul akidah dlu , kenali diri , siapa yg mencipta , ke guane Yan ? Atas kalimah agung LAILAHAILLALLAH . . .

  7. bertobatlah dengan sungguh2, walaupun setinggi langit dan seluas samudra Allah pasti mengampuninya, asal sungguh2 ingin memperbaiki..

  8. Assalamualaikum…
    Saya prnh trjerumus ke dosa zina krn janji pcr saya skrg sy ditinggalin gitu ja,tp bkn itu mslhny
    sy mrs menyesal n brdosa sekali n setahun ni sy sdh kmbali lg rajin ibadah spt dl n sy jg sdh taubat nasuha n tdk lg melakukan zina lg
    tp knapa sy msh mrs b’dosa,apa Allah sdh mengampuni sy klpun sy hrs dihukum cambuk/sebat 100x sy terima tp dmn sy bs menyrahkn dr sy utk dihukum spt itu?

  9. Taubat perlu dibuktikan dengan tidak ulang perbuatan berdosa « suhaydahazrin

    […] dan rebah akibat tergoda ajakan hawa nafsu bergelora. Baca lagi -> (via Islam Itu Indah) http://www.islamituindah.my/taubat-perlu-dibuktikan-dengan-tidak-ulang-perbuatan-berdosa Share this:TwitterFacebookLike this:LikeBe the first to like this […]

  10. Assalammualaikum, saya ingin tahu jika kita ingin menunaikan solat

  11. Assalammualaikum, saya ingin tahu jika kita ingin menunaikan solat taubat adakah kita hatus berubah dahulu dan kemudian solat taubat, ataupun kita harus solat taubat dan kemudian barulah berubah ke arah jalan yang diredhai Allah. Terima kasih

  12. Taubat ada rukun2nya… smpurna rukun…allah terima… jika tbuat smula… tpakai taubat y dulu… taubat lain utk dosa y baru
    Bljr rukun taubat….cari guru2 y musyid… bljr agma ngn guru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!