Keluarga

Tatkala perceraian, ramai yang kembali kepada agama asal

Islam itu agama yang indah. Tiada siapa yang mampu menyangkal akan kebenarannya. Kali ini saya akan berkongsi satu isu kekeluargaan iaitu “Tatkala perceraian,  ramai yang kembali kepada agama asal”.

Percintaan yang bermula dengan kata-kata manis atau janji-janji sehidup semati bukanlah tiket untuk berkekalan hubungan suami isteri.  Di zaman yang serba canggih ini, apa-apa sahaja boleh menggugat keimanan dan menggoyahkan perhubungan suami isteri.

Lantaran tekad serta keazaman untuk hidup bersama, ramai antara masyarakat yang bukan Islam memeluk Islam.  Kemudian barulah akad nikah dapat dilakukan.  Tangungjawab sebagai suami isteri perlu dilaksanakan, disamping menjaga akidah yang suci.

Namun ada antara kita yang mengambil mudah perkara ini. Lafaz dua kalimah syahadah hanya kedengaran ketika memasuki Islam, namun terus dilupakan setelah beberapa ketika selepas itu.  Ini adalah tidak bertepatan dengan maksud sebenar kalimah yang dilafazkan suatu ketika dahulu.

Jika berlaku perceraian, ada antara pasangan yang lepas tangan kepada pasangan mereka yang baru memeluk Islam “setahun jagung” itu.  Keadaan ini bertambah buruk sekiranya si isteri ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang khabar berita, umpama gantung tak bertali.

Hati siapa tak keruan jika ditinggalkan tanpa sebarang bimbingan? Tambahan lagi keluarga si isteri kebanyakannya bukan Islam.  Sudah tentu pengaruh mereka adakalanya lebih cenderung memujuk si isteri mahupun anak-anak yang ditinggalkan supaya kembali ke agama asal kerana tiada siapa lagi yang membela mereka.

Marilah sama-sama kita kembali kepada dakwah yang sebenar agar perkara ini tidak berulang lagi di masa akan datang. Amin.

By: Abang Isaifuddin Bin Abang Noran (asoi), lawati blog penulis di www.abangisaifuddin.com

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Air Kurma Cina Bagus Diamalkan Masa Pantang Lepas Bersalin

18 Comments

  1. Makasih, semoga kita termasuk keluarga yang berada selalu di bawah naungan Rahmat Kasih Sayang_NYA. Amiin

  2. doa kebahagiaan dan kasih sayang ALLAH….hanya pdnya tempat meminta…

  3. Salam,
    Pegangan asas dlm institusi kekeluargaan sgt penting. Sebuah r/tangga yg dibina bkn sahaja perlukan cinta antara pasangan tetapi jg perlu yakin & sabar dlm mhadapi hari2 m’dtg.

  4. Salam,
    Sememangnya kesabaran dan keimanan diri kita sangat2 diperlu dan diamalkan. Kadang2 sesama islam sendiri pun berlaku perkara yang serupa juga. Mulut dan janji manis seperti gula hakikatnya debu sahaja.
    Inikan pula kahwin campuran.

  5. salam
    walaupon saya lom berkhwin dapat jugak saya blajar untuk menjaga umah tangga yang hamoni n bhagia wat selama2nya.

  6. Norlia Mohd Yusof

    Salam,
    Memang betul kenyataan diatas. Perkahwinan hanyalah pada mulut, tapi hakikatnya ramai yg x menjalankan tanggungjawap yg sempurna. tambahan pula dgn kawin campur, semuga kita ambil aktibar, amin…

  7. As salam. Sy nk tnya ttg sperkara. Adakah kita boleh mnerima cinta dr insan yg bukan islam? Dia ingin mgetahui ttg islam. Tp, sy x tahu ntk mnergkn padanya ttg islam. Wasalam

    1. ya, kita blh menerima cinta dr individu bukan islam. namun harus diingat bahawa jika inginkan kebahagiaan, kena utamakan agama dan bukannya perasaan.

  8. A very good artical to read. Tqsm. A marriage shld b 4 d sake of Allahswt not 4 other reasons.

  9. Ass…saya menyukai artikel ini,krna saya pun berkahwin dgn org non islam.memang susah nak membimbing suami krna saya pun tak begitu pandai dlm hal agama,masalah ke dua,krna suami bekerja di tempat yg jauh.selepas 4 atau 6bln br dpt berada di rumah

    1. Bukankah berkahwin dgn org bukan islam hukumnya haram . Tissa larasati suami bukan org islam habis tu cam mana akad nikahnya dpt di lakukan ? apa syah perkahwinan tersebut ?

      1. salam, mungkin maksud saudari Tissa ialah suaminya sebelum itu adalah bukan Islam dan mereka berkahwin setelah suami menjadi seorang muslim.. wallahu a’lam

  10. syukran.. semoga semua mdpt manfaat dari artikel ini… =)

  11. Alhamdulillah..Syukurlah bagi pasangan yang berjaya mengekalkan kebahagiaan sampai ke akhirnya seperti jnji yang pernah dimeterai dulu. Tapi bagi yang gagal itu adalah ujian dari Allah untuk mengukur darjah keimanan dan ketaqwaan.
    Tapi walau apa terjadi sekalipun jgn abaikan tanggungjawap terhadap anak2 kerana mereka adala amanah Allh pada semua ibu dan bapa…

  12. Berfikir sebelum lafaz cerai

  13. Saya pun peluk Islam, pada usia 21 tahun, sekarang usia sudah 54 tahun. Untuk pendekkan cerita, isteri saya jenis gilakan talak, kerna inginan hendak campur dengan orang yang lebih kaya atau maju daripada saya. Jadi setelah hasutan keluarganya, ia tidak tidur dengan saya,ataupun melayani kehendak dan keperluan saya. Dia bergaul bebas dengan lelaki,tanpa hirau kata-kata saya, walaupun usia dah51 tahun. Juga hasut anak 4 orang itu, yang ayah mereka jahat, hasutan ini dengan pertolongan ahli keluarganya, dan rakan2 parti politiknya.
    Dia selalu minta cerai dari dulu, dengan beri offer yang sekiranya cerai, saya boleh pulang ke pangkuan keluarga dan agama saya dulu. Bila saya bekerja, abangnya kononnya ada hak beri dia keizinan untuk bawa lelaki msuk rumah!!!Pada masa yang sama dia dan keluarganya buat2 seperti orang halim depan mata orang sekelelingm Saya bukan tak mahu cerai, tapi fikir tentang masa depan anak2 saya. Sekarang, mereka dah pun besar, sudah sampai masa untuk bebaskan wanita yang tiada tamaddun. Untuk maklumat lebih, kelima2 ahli keluarganya tak hidup bahagia, dengan yang nak kahwin 2 atau 3 isteri , dengan gaji sebanyak RM 450.00, dan yang ada 9 orang anak kecil yang memohon fasakh, kerna ingin bebas. Saya pun dah kat hujung senja, nak cerai untuk ketenangan jiwa dan sambung cari ilmu Islam sehingga akhi hayat. Semoga mereka ini yang masih jahil dapat terima kesedaran sebelum hembus nafas terakhir. Amin.

  14. Salam, saya memeluk Islam kerana ingin bernikah dengan isteri saya. Setelah lama bersama dengan dikurniakan 4 cahaya mata perkahwinan saya tidak tenteram. Saya bergaji rendah dan kini isteri saya membuat gerai jualan kuih dengan pendapatan hampir RM250.00 sehari. Dengan pendapatan yang saya ada dia telah merendahkan tanggungjawab saya. Telah lama saya pendamkan dan hati saya pun hancur dengan kata-kata yang tidak sepatutnya diluahkan kepada saya. Dia seorang yang Islam asal tidak sepatutnya berkat demikian kepada saya. Saya hampir-hampir kembali kepada agama asal saya Kristian.

  15. saya nak minta cerai sbb suami saya dah berkahwin lain di siam dan saya tidak dapat terima bermadu walaupun ia salah satu sunbah Nabi. Saya akan dan tetap kekal sebagai islam walaupun dulu saya convert sebab nak kahwin dgn orang yg kita sayang. Tapi agama islam tu agama yg indah yg tidak baik hanya insan yg salah guna sunnah-sunnah nabi, ayat Al quran untuk halalkan nafsu mereka. Jangan convert sbb conta pada manusia tapi cinta pada Allah. Klu dah convert cuba memfahami islam, belajar dan bertanya, dengar ceramah2, klu ada yang x setuju bincang dgn ustaz atau ustazah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!