Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna!

May 31st, 2011 | 5:45 pm | Akidah, Tazkirah | 67 responses

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Sumber: Islamic Eschatology

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(67)

  1. 1

    andai ku tahu…

  2. 4

    ya Allah selamatkan kami….
    tunjukkanlah kami jalan nur jalan rahmat…
    smga khidupan kami ddunia tidak sia2..
    smga tempat kami dakhirat tempat yg indah…

    • 5

      Ya Allah,,
      ampunkanlah segala dosa2 ku,,keluargaku,,serta Umat Islam di muka bumi,jauhilah kami dari seksaan Api NerakaMu,,sesungguhnya aku banyak melakukan dosa di muka bumi MU Ya Allah,,KAU kuatkanlah Imanku,berikanlahku Hidayah MU..amin…

      • 6

        amin yarabal alaminn..

    • 7

      amin…..

  3. 8

    Ya Allah..bimbinglah hatiku….sesungguhnya aku hanyalah hamba yang sering kali alpa dan lalai…

    Ya Allah…janganlah KAU palingkan hatiku setelah KAU berikan hidayah kepadaku…amin…

  4. 9

    Ya ALLAH…Selamatkanlah aku dan keluargaku serta umat islam didunia dan diakhirat kelak.

  5. 10

    ya ALLAH…
    Sesungguhnya hamba mu ini byk melakukan dosa…
    kuatkan la imanku beri la hidayah pd hamba mu ini..
    lindungi la daku n keluarga serta muslimin n muslimat di muka bumi ini…
    aminnn….

  6. 11

    YA ALLAH…ampunkanlah dosa2 hambaMU ini….ampunkan dosa kedua2 ibu bapaku…keluargaku…jiran2ku..kawan2ku..guru2ku..pensyarah2ku..muslimin dan muslimat samaada y masih hidup atau telah mati..setelah KAU berikan hidayah kpd kami..jgnlah KAU pesongkan hati kami YA ALLAH…n semoga dibrikan hidayah kepada y masih belum mndpt hidayahMU….amin ya RABB…

  7. 12

    Ya Allah ampunilah dosa ku dan dosa ibu bapa ku juga adik beradik ku, saudara mara ku, jiran-jiran ku, teman-teman ku serta seluruh umat Islam. Ya Allah tabahkan juga hati empunya dan teman-teman halaman ini agar halaman ini terus kekal dan terus di kunjungi dan semoga semuanya dapat manfaat dari maklumat dan info-info di dalamnya. Amin…

  8. 13

    HADIS RIWAYAT MUSLIM- DEENUKUM – ALAMAT QIAMAT.
    JIBRIL a.s. dtg mengajar Nabi dan Sahabat LIMA RUKUN AGAMA:

    IMAN..6 perkara
    ISLAM..5 perkara
    IHSAN..2 keadaan
    QIAMAT..sudah sangat hampir [ kematian adalah qiamat keil]
    TANDA2 QIAMAT: anak durhaka – pembangunan moden/hutang riba
    aufaa asrar recently posted..malu dan bersih

  9. 14

    saya minta izin share,terima kasih*

  10. 15

    Ya Allah..rahmatilah umat nabi Muhammad S.A.W..kurniakanlah hidayah dan jalan yg benar untuk seluruh umat islam di muka bumi ni…

  11. 16

    salam.. dunia akhir zaman.. manusia kian alpa kerana tiada org yg cuba sedarkan mereka.. sya hrap diberi kebenaran utuk letak post ne kat blog sya.. :)

  12. 17

    ya allah bukakn lah ati ak tok brtaubat pd mu ya allah,,ak x tau mana mulanya,,dri mana harus ak brmula,,ampunila dose2 ak ya allah,,bg lah ak hidayah untok brtaubat pd jalan mu dah redai lah hdupku ya allah

  13. 18

    saya dari magelang indonesia. sy tak sengaja masuk blog ini dan mendapatkan pencerahan tentang Islam. terimakasih banyak.

  14. 19

    ya allah masuk knlah aku ke surga
    terima kasih banyak jika tida ada ini saya tidak akan tau pasti tentang agama
    makasih banyak y

  15. 20

    YA ALLAH YA TUHANKU..AMPUNILAH DOSA-DOSAKU, AMPUNILAH DOSA-DOSA SUAMIKU, ANAK-ANAKKU, AMPUNILAH DOSA2 IBU BAPA KAMI, GURU2 KAMI, SAHABAT2 KAMI, KAUM MUSLIMIN & MUSLIMAT..PELIHARALAH KAMI AGAR KAMI SENTIASA BERADA DI TMPT YG DIREDHAI OLEHMU YA ALLAH…

  16. 21

    dajal telah pon keluar?

  17. 22

    salam…. saya berharap uamt islam akan berubah. fikirkanlah tentang akhrirat jangan fikirkan sangat dunia. dunia hanya pinjaman Allah untuk kita. sudah banyak tanda tanda kcil keluar insaflah wahai kaum nabi muhammad.

  18. 23

    alhamdulilah kepada yang telah memberi coment kepada laman web ini semoga anda akan mendapat hidayah daripada Allah dan terbuka pintu hati anda untuk membuat kebaikan. saya bersyukur masih ada orang seperti kalian di atas bumi ini……

  19. 24

    Assalamualaikum,semua..
    Allahumma solli ala Sayidina Muhammad Waalihi Muhammad ..
    Sollu..Sollu.Sollu..

    “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepada Nabi dan ucaplah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)

    Sahabat-sahabat, marilah kita mempertingkatkan selawat ke atas junjungan kita, Rasullullah SAW- Murabbi Teragung kita.. Janganlah kita lupakan segala peringatan dan ajaran mulia dari segi lisan, hati dan perbuatan.,. InsyaAllah, moga dengan itu, kita akan diberi kekuatan untuk terus meneruskan perjuangan baginda dan mengamalkan apa yang telah diajarkan baginda dengan sebaik-baik amalan atas jalan yang diredhai Allah.

    ingatlah, firmanNya:
    Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” (Ali ‘Imran: 31)

    Lau Kana Bainana..moga kita, umat islam akan bersama Rasullullah SAW..syafaatnya yang kita dahagakan, akan kita rasai..Amin, Ya Rabb.

    Satu cara yang boleh dibuat, kita kena buat usrah hari2. .ingat mengingati. InsyaAllah.

  20. 25

    YA ALLAH..AMPUN KAN LAH SEGALA DOSA AKU..

  21. 26

    Di situ tertulis tanda – tanda kiamat yaitu:
    13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

    dan sudah terbukti:

    http://1.bp.blogspot.com/-gYH0HhSAo0c/Tapr7rmWXDI/AAAAAAAAAoU/ADaoJ9MVlBU/s1600/salju-di-madinah-.jpg

    “Pada hari Minggu, tanggal 13 January 2002 yang lalu, di Arab Saudi yang merupakan daerah gurun pasir yang sangat panas dimana matahari bersinar sepanjang hari, telah terjadi suatu fenomena alam yang langka, yaitu dengan turunnya salju dengan lebatnya. Tepatnya di darah Tabuk 1500 km dari Riyad (Ibukota Arab Saudi) dengan ketebalan salju mencapai 20 cm, dan di Yordania suhu mencapi titik beku (0 derajat celcius).

    Ternyata tahun-tahun terakhir ini di Jazirah Arab yang notabenenya gurus pasir panas, turunnya salju ini telah sering terjadi, tetapi hal ini ditutup-tutupi atau tidak dipublikasikan secara luas.”

  22. 27

    Ya Allah…ampunilah segala dosa-dosaku…beringat2lah kita..

  23. 28

    Ya Allah , bukakanlah hati hamba mu yang lemah ini Ya Allah untuk bertaubat ke jalanMu Ya Allah .. Aku sedar betapa banyak dosa yang telah aku buat sepanjang aku hidup di atas bumi ini Ya Allah ..

    • 29

      betul tu.. dan kalau boleh tolong jangan ambil nyawa aku dan orang yang aku sayang… aku tahu yang aku ada buat banyak dosa.. tp tolong jangan ambil nyawa aku dan orang yang aku sayang

      Aku mohon padamu Ya Allah….

  24. 30

    ANDAI BISA KU MENGULANGI WAKTU HILANG DAN TERBUANG ANDAI BISA KU PERBAIKI SEGALA YANG TERJADI…YA ALLAH TERIMALA TAUBAT HAMBAMU INI YG PENUH NODA DALAM DIRI BERIKAN HAMBA PETUNJUK KE JALAN YANG BENAR PELIHARALAH NIAT HAMBAMU INI…..SEMOGA HAMBAMU INI MENJADI HAMBAMU YANG BERTAKWA SEPANJANG PEJALANAN HIDUP…AMIN

  25. 31

    YA ALLAH WAHAI TUHAN KAMI PANJANGKANLAH UMURKU,SIHATKAN TUBUHKU BADANKU,TERANGKN HATIKU,MURAHKAN REZEKIKU,HAMPIRKAN DIRIKU KEPADA KEBAIKAN JAUHKAN DIRIKU KEPADA KEJAHATAN, TUNAIKAN SEGALA HAJATKU MENGENAI URUSAN AGAMA, DUNIA DAN AKHIRAT……amin

  26. 32

    Tembok zulkarnain tu dah lama dah pecah.

  27. 33

    YA ALLAH WAHAI TUHAN KAMI, JANGANLAH KIRANYA TUHANKU PUSINGKAN IMANKU SESUDAH TUHANKU KURNIAKAN KEPADAKU PETUNJUK ANUGERAHKANLAH KEPADAKU RAHMAT KERANA BAHAWA SESUNGGUHNYA TUHANKU MAHA PENGURNIA……

  28. 34

    Ya Allah,, ampunkanlah dosa yg telah kulakukan selama ini ya ALLah,,,aku mohon petunjuk dan hidayahmu,,KAU selamatkanlah umat Islam didunia ini yaAllah,,,bukakanlah pintu hati aku dan umat Islam ya Allah,,,untuk menerima makrifat ilmuMu ya ALlah,,,
    YA ALLAh,,let me live as long as life is better for me,,and take my life is death is better for me,,,,

  29. 35

    YA RABB..AMPUNKANLAH DOSA2KU,DOSA KELUARGAKU,JIRAN2KU,GURU2KU,SERTA MUSLIMIN MUSLIMAT SEKALIAN..HINDARILAH DIRI KAMI SEMUA DR AZAB NERAKAMU YA ALLAH..TUNJUKKANLAH HIDAYAHMU SERTA JALAN YG LURUS PD KAMI SENUA.SESUNGGUHNYA KAMI HAMBAMU YG LEMAH LG HINA…AMINNN….

  30. 36

    Ya Allah.. bimbing lah kami… kami ingin hidup lebih lama.. tetai jika itu yang kau mahu kan.. kami hanya boleh redha..aku tahu aku dh banyak buat dosa.. tolong bg aku satu peluang untuk buka pintu taubat di hati aku.. aminn..

    • 37

      Aminnn…

  31. 38

    Allahhuakbar

  32. 39

    Ya Allah Ya Tuhanku selamatkanlah kami dari api neraka..jadikanlah kami ahli syurga…Ampunkan segala dosa kedua ibubapaku,keluargaku..masukkanlah iman anak2ku,kaum keluargaku,limpahkanlah keimanan dan ketakwaan kepadaku serta seluruh keluargaku…selamatkanlah kami dari segala kemungkaran dan apa yang engkau tidak redhai ya Allah….

  33. 40

    salam,sya minta izin utk share ye.tq

  34. 41

    antara tanda2 kiamat – kesaksian palsu. contoh sekarang ini..manusia sanggup bersumpah junjung alquran asalkan kesaksian mereka di terima sebagai benar..padahal mereka tahu dan ALLAH lebih tahu kebohongan mereka….mereka ini lah yg akan jadi ikutan umat islam yg jahil agama mereka,

  35. 42

    diriku sebagai hamba ALLAH,memohon agar umat islam seluruhnya sedar bahawa tanda kecil kiamat telah muncul..ingatlah,bahawa ALLAH amat berat seksaanya…ku mohon supaya matiku dalam keadaan yg beriman dan cinta pada ALLAH DAN RASULNYA…(ku tak sanggup hadapi kiamat)..subhanallah..

  36. 43

    YA ALLAH,baca pun dah menakutkan.

  37. 44

    YA ALLAH AMPUNKAN DOSA HAMBAMU INI DAN KELUARGA HAMBA YA ALLAH ….DAN SEMUA UMAT MANUSIA DI DUNIA INI YA ALLAH AMIN YA ROBBAL ALAMIN ..

  38. 45

    ya allah…teguhkanlah iman ku..selamatkan lah ku dari azab api neraka mu…aku benar2 insaf dan bertaubat atas perbuatan2 ku dulu ya allah. semoga taubat ku diterima allah. aminnnnn

  39. 46

    Ya Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani, ampunikanlah dosa-dosaku yang seluas lautan dan setinggi gunung ini, Kau limpahkanlah hidayah dan rahmatMu kepada diriku yg lemah dan hina ini, Tiada daya upaya melainkan dengan pertolonganMu Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil, dosa-dosa kaum kerabatku, para sahabat dan semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Aku pasrah dan hanya berserah diri dan mengharapkan redhaMu. Masukkanlah aku ke dalam golongan mukmin yang mendapat nikmat syurgaMu & jauhkanlah aku dri azab nerakaMu…Amin…Amin Ya Allah..

  40. 47

    ya tuan2 dan puan2..mukmin dan mukminat sama2lah kita rebut peluang masa saki baki kehidupan kita ini. Lahir saje kita ke dunia hakikatnya umur makin singkat. Kiamat kecil yaitu maut utk semua manusia pasti akan datang. Kita tak tahu adakah esok masih sempat bahkan seminit pun kita tidak tahu. Marilah kita sama2 bertaubat dan kerjakan amar makruf dan nahi anil mungkar. Inilah maksud kita sebagai Khairul Ummah. Ambiklah kerja dakwah nabi Muhammad, ubah iman yakin kita daripada makhluk kpd kudrat Allah. Daripada cinta kehidupan dunia yang fana kepada kehidupan akhirat yang luas dan abadi.

  41. 48

    taubat

  42. 49

    nauzubillah..
    Ya Allah, aku tak layak ke syurgamu,
    namun tak sanggup ke nerakamu

  43. 50

    allah ampunnilah aku yaallah…….aku bersyukur kepada mun yaallah….atas ape yang aku miliki.ampunnilah dosa kedua-kedua ibubapa ku………allah maha besar lagi maha menyangi….

  44. 51

    Ya allah mf kn dosa hambamu in hamba tau byk bgt dosa yg hamba lakuin.
    Tuntunlah hamba ke jalanmu ya allah sblum nyawaku engkau cabuut.
    Amien.

  45. 52

    Ini semua cerita karut dari pencipta agama. Kenapa budak, orang baik, orang iman boleh dibunuh semasa perang, gempa bumi, tsunami sungguhpun sebelum hari kiamat. Jangan percaya ajaran karut dan kuno

  46. 53

    Satu lagi,

    Semua lelaki akan dimatikan oleh Tuhan.

  47. 54

    assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    wahai sahabat2 sekalian, fikirkan sejenak…

    Doalah dgn hati atau lafazkanlah, bila2 n di mana2.
    tak perlu post di sini atau facebook atau twitter dan lain2. Allah mendengar doa anda semua. Apakah kalian mengira Allah perlu buka facebook atau check status updates utk mendengar doa kalian?

    jika nak sampaikan doa2 yg diajarkan nabi kepada sahabat2 lain, silakan. mungkin lebih berbaloi n bermanfaat utk saudara2 kita yg membaca komen2.

    no hard feelings ye. hanya sekadar teguran daripada saudara seagama yang sungguh, mencintai kalian.

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    • 55

      betul tu.. nmpk mcm kita nak menunjuk ke apa. doa dlm senyap sudah. :(
      takutnya

  48. 56

    Assalamualaikum, mintak izin share saudara/saudari.

  49. 57

    blowm lagi laa,, dajal akan kua biler kiamat mmg da dekat nak berlaku…

  50. 58

    ya allah ampuni aku ,keluarga,guru,rakan-rakan dan semua orang beriman di duniaini

  51. 59

    Assalamu’alikum
    Minta izin share..
    Terima kasih..

  52. 60

    Aminn..
    YA Allah ..ampunkanlah dosAku dosa suamiku dosa kedua ibu dan bapaku dosa adik beradikku ,anak2ku teman2 dan muslim seluruhnya..
    Kurniakan kami hidayah dan keinsafan…utk bertaubat kepadaMU ya Allah..KAU jadikan lah kami penghuni syurgaMU yang tetinggi YA Allah..

    AmiN…

  53. 61

    Hari kiamat apa nak takut? Manusia bukan boleh panjang umur ada kiamat tak ada kiamat sama juga. Mati habislah mana lagi ada surga dan neraka

  54. 62

    Assalamualaikum,^-^
    saya mohon shared address ini.. terima kasih..

  55. 63

    ya.allah lindungilah kami umat mu yg terkena rayuan setan atau jin yang berkeliaran di sekitar ku dan sekitar keluargaku dan teman”ku juga

  56. 64

    ya allah ampunilah segala dosa”ku dan dosa keluargaku,kami merasa bersalah atas semua kelakuan kami terhadapamu dan berikanlah aku jalan yang baik untuk keluargaku semoga kamu telah mengampuni semua dosa ku amien

  57. 65

    1dajal
    sudahpun keluar. Iaitu orang-orang kafir yg memutatkan orang islam. Yang semakin ramai orang islam mutat.gempa bumi sudahpun ada. Tingal 1 lagi gempa bumi saja. Tanda2 kiamat tingal berapa saja lagi. Wahai orang isalam sadahlah.

  58. 66

    Ya allah..kau selamat kn Dan lindungi lah aku Dan keluarga ku ini ya allah.kau pelihara lah diri kami agar ke jalan yg di redhai mu..ampun kn lah segala dosa2 ibu bapa ku,adik beradik ku Dan hamba mu ini ya Allah serta umat Islam yg berpijak di bumi mu ini ya Allah..berikan lah kami hidayah mu ya Allah agar kami tidak mnjadi orang2 yg sesat.. AMIN…

  59. 67

    Satu sungai di Palestin (sekarang telah dikuasai Yahudi) sudah 90% kering. Apabila sungai tersebut kering maka akan muncullah Dajal. Dipetik daripada tazkirah 30.4.2012 di radio IKIM jam 7.30 pagi.

Leave a Reply

CommentLuv badge